Sunday, December 26, 2010

fakta random

1. Cardigen itu sangat penting . sbb first kalau pergi jalan dkt mana2 (terutama shopping complex seperti mid valley pavilion atau the curve) lepastu 'erkk terjumpa manusia yg lain memakai baju yg sama mcm yg kita sedang pakai" , teruslah sarungkan cardigen anda untk cover sedikit . ataupun , kalau-kalau anda hendak shopping di tempat yg sama anda membeli baju yg sedang anda pakai , sarunglah cardigen anda sebelum masuk ke dlm butik berkenaan . aku banyak pengalaman.

2. Biasanya bila seorang perempuan tangkap gmbr, masukkan gambar tersebut di dalam facebook dan tulis caption macam "oh my buruk kan muka i? or burukkk" , padahal gambar tu tak lah seburuk mana sbb gmbr itu telah di-edit dgn bersungguh-sungguh sehingga hilang segala jerawat dan segala cacat-cela , well itu maksudnya dia mahu dipuji . puji lah dia .

3. Ada banyak perkara yang seorang suami akan jawab bila kita tanya "kenapa kau syg sngt isteri kau?" , jawapan biasa mestilah sbb dia pandai masak , dia cantik , dia prihatin dan sebagainya tapi hampir 20% daripada mereka akan jawab "sbb isteri aku suka beli baju kat uptown je , jimat duit aku , sbb tu aku syg dia sngt" (tak percaya pergi google, kau google skrg!)

4. kebanyakan perempuan yang betul-betul hot (cantik , sexyy , kaya dan dari segi luarannya mmg perfect) tidak akan kelihatan betul-betul hot di dalam laman sosial seperti facebook manakala untk mereka yg tak berapa nak putih , muka tak berapa nak clean , baju tak berapa nak mahal akan kelihatan hot di facebook kerana mereka akan berusaha untk kelihatan hot di dunia facebook kerana realitinya , mereka hanya biasa-biasa dan tak ah hot mana pun . sama juga dengan lelaki . kebanyakan okay , bukan semua .

5. kalau nak banding lelaki dgn perempuan , oh mmg banyak perbezaan . tapi bila bercinta , semua nak cari yg banyak persamaan , kenapa ? sebenarnya yang banyak persamaan lah yg boring , yang bnyk perbezaan lah yg mungkin boleh tahan lama . yg perlu hanyalah tolak ansur.

6. aku tak faham kenapa justin bieber sngt famous. (okay ni bukan fakta , ni macam persoalan . salah entry , salah entry )

7. tak salah untk perempuan make-up . sbb perempuan make-up untk dapatkan keyakinan diri , tapi kalau perempuan make-up dgn niat nak show-off dan nak berlagak lawa, mmg kena bahan . so kalau nak make-up (lagi2 yg tebal2) , pastikan perangai tu jaga . kalau mulut perangai semua serba serbi buruk lepastu cakap main lepas je comfirm ah kena bahan sebagai "minah make-up".

8. kalau seseorang tak kira lelaki atau perempuan libatkan diri dalam pergaduhan lepastu sepanjang pergaduhan tu dia lah yg tinggi kan suara , dialah yg guna ayat-ayat seperti "puk*mak lancau babi fu*cking dan sebagainya" , lepastu kasi gempak2 kat blog atau status facebook so that dia rasa dia menang , hehh believe me , that guy or girl buat macam tu sbb dia cuba sembunyikan kekurangan dia , sbb dia tahu dia akan kalah so dia buat apa sahaja supaya dia rasa dia menang, hakikatnya ,dia nampak bodoh dan dia kalah sejak awal lagi .

9. zaman sekarang ni , dosa lelaki banyak bertambah sbb perempuan , pergi mana-mana ada je nampak lurah sana-sini , celah sana sini, yg keluar sana-sini , yg terbukak sana-sini , yg kudis sana sini (haha yg ni tak boleh tahan, aku betul2 tak faham dgn perempuan melayu yg pakai short tapi kaki berkudis) . anyway , kesian lelaki . nasib baik aku perempuan .

10. bro , zaman sekarang muka org tak pandang sngt , yang penting kaya , duit . tapi nak tahu apa lagi penting dari semua tu ? heh heh , kebijaksanaan . sbb bila kita bijak , kita tahu mcm mana nak survice . bila kita tahu mcm mana nak survive , org akan pandang kita . kalau setakat hidup nak enjoy , awek hot , duit takdek , budi bahasa haprak , takde org respek kat lu lah brader.

so , ada siapa-siapa nak cari gaduh dngn aku pasal post ni ? aku harap takde . bye

Wednesday, December 22, 2010

aku mintak rm800


Ya Allah , terima kasih :)
terima kasih sangat sangat sangat sangat .

i mind my own business

okay ramai orang salah sangka bila aku kata 'i mind my own business' dekat facebook . ada kata aku sombong , ada kata aku mcm arrogant and bajet mcm hebat sangat , mcm bagus dlm semua benda and tak perlukan orang lain .

tapi mereka salah .

mind my own business tak bermaksud aku tak peduli tentang apa yang jadi dekat orang yang aku sayang , aku tak peduli tentang apa yg jadi kat sekeliling aku , aku boleh buat apa je yang aku nak ,bukannya aku akan ignore apa orang lain cakap tentang aku . mind my own business tak bermaksud bila kau cakap 'hi' , aku jawab 'hmphh' .

what i really mean is , i mind my own business sebab aku nak jadi diri aku. aku tak nak jeles dekat orang yang lebih happy , lebih bagus , lebih lawa , lebih kaya , lebih segala-galanya dari aku . sbb bagi aku, biarlah aku nak jadi diri aku . walaupun aku tak berapa sure tentang siapa diri aku sendiri tapi aku taknak selalu jadi poser , ikut style orang lain . biarlah orang nak kata aku ketinggalan sekali pun , plus, aku dah penat berusaha nak jadi orang yang up-to-date dan lebih hebat dari org lain .

i mind my own business because i want to be want i to be . i want to live like i want to live . i mind my own business because i want to be myself . even im not that special , im still happy . because i can be myself .

but im just human , mistakes is what i always do .

so , i mind my own business , how about you ?

budak2 kelakar

aku suka one blog ni , which aku rasa pemilik blog tersebut seorang yang sngt sngt genius , semua benda dia boleh manipulate , dia ada pendapat tentang , well everything ! which i love . and yes, he's a man , not a boy . Fr me , when it's come about blogspot , i prefer to follow a blog yang ditulis oleh manusia yang berumur lebih kurang 20-30 tahun mcm tu , sebab , bagi aku apa yang dorang cakap (type) lebih realistik , lebih matang , and yes , lebih genius . there's many things i can learn . exspecially about life and 'the truth' about many things.

compare to us (budak-budak bawah 18 biasanya) , kita lebih banyak tulis blog tentang hidup kita , dunia kita , apa yang kita nak , senang cerita blog ni mcm tempat dorang (okay, okay, kami) mencaci , meluahkan perasaan , mengutuk orang , tempat kita tulis pasal boyfriend kita , time gaduh , time break , tempat kita memerli, tempat kita mengadu yang kita nak boyfriend, tempat kita tulis something untk bagi orang lain jeles dan juga , tempat kita rasa kita hebat . bagi mereka (okay salah , bagi kami) , blog tempat paling bebas untk tulis apa sahaja .

which is sometimes , boring and predictable .eh bukan nak kutuk , cuma nak compare je . suka hati kau lah nak tulis apa pun kat blog kau and suka hati akulah nak tulis apa kt blog aku,kan?

okay sambung , so one day , aku nak tahu pendapat dia tentang something , so aku tanya dia dekat formspring . dia ni kalau jawab soalan dari siapa2 mesti ringkas . ringkas tapi meaningfull. so here is the question and the answer :

apa pendapat anda tentang pavilion , bukit bintang , kl ?
Tempat tengok budak2 kelakar

aku tak puas hati dgn jawapan tu so aku tanya lagi

kenapa pavilion tempat tengok budak2 kelakar ?
sebab semua ikut template yang seakan-akan sama


lepastu aku gelak . okay aku dah cukup puas hati dgn jawapan tu . engkau pulak ?


jap nak tambah , sebenarnya , aku bukan nak kutuk or perli siapa2 , takde niat langsung , tapi aku just rasa kelakar sangat dgn jawapan dia . and IT'S TRUE like i said , he's a genius . dia describe budak2 dekat pavilion bb semua budak2 kelakar -__- HAHA . sbb semua style kan diri sama (okay tak semua lah ) . but still , its funny and genius :P

sekarang ni kat seluruh pelosok bandar dah dilanda fashion diseases . kalau nampak je orang lain pakai baju or seluar yg lawa , mesti ah dlm hati nak try pakai jugak kan? sekarang ni kalau nak cari baju yang sebijik atau nak dekat2 sama , comfirm dapat cari . tempat paling strategik nak cari ialah dekat pavilion atau bukit bintang , kat mana lagi ?

tapi tak salah pun , semua org nak nampak hebat . semua org nak nampak cool . lagi-lagi pulak benda senang nak dpt sbb pembekal - pembekal dari china akan sentiasa peka dgn fashion semasa dan memasarkan baju2 yang up-to-date untuk kita semua . HAHAHA.

but actually , what im trying to say is, bila hidup dah senang , banyak yg nampak hebat , bila banyak nampak hebat , susah nak cari yg special . sbb tu aku tak suka . aku nak jadi special -__-

apa-apa pun , jangan sesekali judge someone , anyone lah by his/her cloth . okay ?

Monday, December 20, 2010

siapa kau ?

Aku milla dan aku cool

Tuesday, December 14, 2010

25 random shit about me

Adibah bahiah dgn bangga nya tagged saya dekat facebook lepastu saya TER-remove (TER okay adibah , TER) . so dgn rasa bersalahnya saya buat tag tersebut tapi bukan di facebook . di sini.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. and bla bla bla , okay here we go :

1. im fat but im okay
2. im lazy at so many things
3. im not a boring girlfriend
4. i always missed my subuh since holiday
5. 'loser' is a word for everyone that i hate
6. i always ignore kimi's text when i go to online
7. i will stalk someone if i find her/him attractive
8. i always google when i dont know how to spell something
9. number 8 means im sucks at english (grammar & spelling)
10. i love starbucks
11 . 'annoying' is my fav word
12. i always spell 'uploud' to 'upload' -.-
13. i always want to have a perfect teeth!
14. im afraid of rats , i hate rats
15. im in love
16. i dont have many bestfriends
17. i dont know how to talk with people that think they're hot
18. i just cant get along with my boyfriend ex-girlfriends
19.  i dont know how to use bad words anymore , i guess
20. idk since when , im becoming a good girl
21. i love to write
22. im loud like my mom
23. i always forget to think before i say something
24 . i never watch redtube or porno ( i swear)
25. when i feel annoyed at someone , i will say it clearly

there . random . i guess that's it . bye

Wednesday, December 8, 2010

aku ada penyakit

dengar ni semua , ESOK , aku nak pergi hospital . bukan kau yg nak pergi , aku yg nak pergi . aku tak suruh pun kau hantar lah bro ! ahhhhh diam ! okay esok aku nak pergi hospital .

sampai je hospital aku nak terus masuk bilik pemeriksaan dan cakap dekat dok-- , ehhh kejap ! salah . semula semula , untuk bagi ia kelihatan lebih dramatik , sampai je hospital, aku nak masuk dalam bilik pemeriksaan dan terus hentak meja doktor tu sambil jerit betul2 dpn mata doktor tu :

'DOKTOR SAYA RASA SAYA ADA MASAALAH TAK BOLEH TIDUR MALAM LAH DOKTOR! doktor kena tolong saya sbb saya memang benci penyakit ni ! saya rela ada penyakit tak kencing tiga hari tiga malam tapi saya tak rela ada penyakit macam ni ! doktor kan tahu saya dah la tengah holiday syokk syokk so syokkk holiday (mcm yg dalam tv tu) lepastu boleh lak saya dihidapi penyakit ni sumpah saya menderita doktor! doktor pun tahu kan boypren saya tu mana ada nak teman saya malam-malam mcm ni! kalau saya ada org nak msg tu takpelah jugak , doktor pun tahu kann dari zaman 'saya tak tahu forever21 tu apa' lagi saya tak topup! semua salah boypren saya sbb dia taknak pakai phone! takkan lah saya dgn muka mintak kaki nye selamba nak call mak dia pastu cakap "aunty i need to talk to kimi because i cant sleep" pulak . ishhhh saya ni bukan apa doktor saya mmg anti ah dgn penyakit saya ni , doktor tahu tak setiap malam since i got this penyakit , saya dok baring atas katil tu 3-4 jam doktor tahu tak ! ada satu malam tu sampai 5 jam! sampai muak saya cium bantal2 atas katil saya"


huhhhh *hembus nafas (jap ada lagi)

"DOKTOR TOLONG LAH DOKTOR! I cant do this anymore! I cant handle this situation ! i need your help! saya dah tak kisah doktor nak buat pembedahan ke , nak cucuk je , nak suruh saya makan pil sebesar jambu batu ke , saya dah tak peduli lagi dah ! saya tahu saya nak sembuh dari penyakit ni AS SOON AS POSSIBLE! kalau doktor tak tahu nak buat apa, saya suruh kerajaan saman doktor dgn anak-anak doktor sampai 7 keturunan doktor sekali ! doktor jgn main-main , saya rapat dgn NAJIB tauu! haaa, so bila doktor nak start ni?"



best tak post ni ? best kan ? best dia sampai aku tak sanggup aku nak baca balik -.-'

Sunday, November 28, 2010

are you ready to DIE ?


im just asking , because im not .

Saturday, November 27, 2010

life is complicated

*saje nak tunjuk muka suci sebagai intro post kali ni .

okay life is complicated , siapa kata ? aku kata ! :)
kenapa life is complicated ?


life is complicated bila manusia tak pernah puas hati .
bila seseorang tu tak ikut trend , kita cakap dia old fashion , kita cakap dia ketinggalan , tapi bila dia ikut trend, kita cakap dia market, and suka ikut orang . KONON tak jadi diri sendiri lah bagai . dah jeles cakap ah! kan senang asal susah sngt .

life is complicated sbb life is unpredictable ( sukar diramal )
tak semua yang kita rancang akan jadi seperti yang kita nak . lain yang kita bayang lain yang jadi . bila kita beli baju tanpa try dulu lepastu main beli je then try pakai kat rumah! sumpah baju tu buat kita nampak gemuk and tua lepastu kecewa dah beli baju mahal tapi tak sesuai.

life is complicated because liar and shit poeple are everywhere.
sumpah macam sial gila bila kawan sendiri mengumpat belakarang atau bila beli hot ticket hotlink lepastu dia kata boleh call 2 jam kat semua rangkaian lepastu rupa-rupanya kalau call celcom dia potong banyak kalau msg dia potong bnyk jugak . nak untung cakap ah! iklan bagai nak rak lepastu berani tipu kau fikir aku tak tahu ke ?

Life is complicated bila one relationship has end
Mmg rasa macam best gila sampai nak terjun dari bumbung ah kan bila dah penat-penat jaga kekasih hati bagai nak rak lepastu sanggup korban macam2 duit masa tenaga segala lepastu tak sampai kawin jugak oh mmg best rasa dia . lagi-lagi bila maruah sekali jatuh berderai sbb dalam facebook dah tulis i love you poreber segala siap manja2 di khalayak ramai . blog pulak hari-hari tulis pasal kekasih kita lepastu tiba-tiba break woo mmg best ah kan. comfirm malu habis bhai!

Life is complicated bila kita rasa kita tak tahu
Ni lagi best . elok dah tak jadi apa-apa pun sebenarnya . tiba-tiba badmood semacam macam semacam ah . kau tak pernah rasa ke ? mungkin perempuan je kot . sbb kami ni emosional siket tak macam lelaki hati batu, ego tinggi taknak mengaku . haa sambung kau tak pernah rasa ke? tiba-tiba satu malam tu, petang ke, pagi ke, tak kisah ah , rasa macama ergh nak lari rumah pastu mcm angin semacam , badmood and mula fikir macam2 padahal takde benda jadi pun , pernah ? bila boypren ke gelpren ke kawan ke tanya 'kenapa?' kita mula lah tak dpt jawab -.- aku benci bila aku jadi mcm tu sumpah tak suka . UNLIKE -___-

Life is complicated sbb life tak pernah bagi kita rehat
bila tengah happy kan , masaalah pun takde semua pun takde , happy je rasa mcm dunia ni kita punya and bila kita baru je nak start fikir 'wah bahagianya hidup' lepastu baru nak fikir hidup ni smooth macam yang kita nak , tiba-tiba masaalah problem jatuh BEDEBUK tergolek-golek sumpah rasa mcm best gila baru nak happy siket ade je yang dtg nak kacau . hidup mmg tak pernah bagi kita rehat sumpah kejam .


KAN BAGUS KALAU HIDUP NI MACAM MEMBESAR DGN BAIK DAN CUKUP SEGALA-GALANYA LEPASTU JATUH CINTA DGN LELAKI IDAMAN TAKDE MASAALAH LANGSUNG SBB DIA SETIA KAYA HANDSOME PASTU DAH BESAR JADI DOKTOR BERJAYA BUAT MAK BAPAK HAPPY PASTU MATI DALAM IMAN CUKUP AMAL SOLAT SEGALA . ASAL LIFE IS SOO COMPLICATED AND NOT THAT SIMPLE ?!

oh lupa tu bukan life namanya .
sbb life dan complicated mmg sehati sejiwa tak pernah berpisah!


-by , milla


Wednesday, November 10, 2010

katy perry ♥







Her voice and her beautifull face is a GIFT .

Tuesday, November 2, 2010

bestfriend

Banyak benda kita dah lalui bersama . dari kecik sampai sekarang . dan aku harap sampai ke tua . aku tak akan lupa , zaman bodoh kita , zaman pergi klcc bawak duit rm50 kita , zaman kita-tak-kisah-langsung-baju-apa-kita-pakai , zaman ala-ala hot kita dan zaman nerd kita bersama . sehodoh-hodoh aku dan secomel-comel kau pun , kita tetap akan bersama , kan najwa ? :)

Sunday, October 24, 2010

for preety bitches -em

dont get too proud if you are beautifull or hot , seriously, dont . sebab kenapa , ramai lagi perempuan lawa sexy on fire dalam dunia ni , and if you are one of them , dont think that you can say or do whatever you want to anyone you want . and dont ever think that you always right and pleaseeee , if you think you are the pretiest among the pretiest , wake up ! jangan nak perasan sngt lah kan . there's nothing special about you if you are preety but hati perangai mulut bahasa macam WTF . heh remind urself can you? remind urself that just preety face means nothing and cannot bring ur any where. use ur brain pleaseee. dont be too proud .

but i dont know somehow, through my eyes , i can see everybody is special in their own way . i still do even budak tu annoyinggg gila and buat aku rasa nak bagi kaki ke , heh i still do .

Truly

I just want to say that somehow somewhere ,
I just HATE people that think they are always right.

fact

dont love a guy 100% because when you do ,

you will not be prepared ,

when you are at this age ,

forever are really not that forever like you think it is .

one day they promise you everything

and mybe the next day they're gone.

now , just cherish every moment with them .

perrrrrrrrrrrr-fection


"always remind urself that you are not perfect , and never be one"

mengaku jelah . most of us selalu perhatikan other's people life and selalu fikir 'oh my god why lah aku tak jadi macam dia , dia tu mcm perfect gila , dia tu lawa , selalu happy , ada itu , ada ini "

well somehow , i think that is seriously A STUPID BULLSHIT , there's no one that stand up at this world perfectly , no one . yep , termasuk aku , termasuk engkau , termasuk dia dan mereka .

the point is , perfect is not how you cant describe other's human . because perfect is totally BULLSHIT and one advice , aku rasa baik korang berhenti perhatikan orang yang korang rasa ada life lagi better dari korang sbb korang akan miss every nikmat yang korang dapat and tanpa korang sedar , korang akan terikut dgn cara miss-i-think-he/she-is-perfect tersebut and yeah you will never be urself"

the ugly truth about life is "you cannot get everything that you want, darling"

SO JUST LOOK AROUND , SEE WHAT YOU HAVE , THANK FOR THAT :)

okay guys ? okay good . i really have to get sleep now bye !

Friday, October 8, 2010

7/10


I want to be someone that hold dslr camera and know how to use it perfectly .
I want to make people adore what i capture with my lens.
but hell no , i dont want to be a photographer .

mybe one day ,
I tak akan di sama kan dgn type of people yang habiskan beribu , HANYA UNTUK,
pegang dslr camera dgn muka arrogant hidung kembang kempis ,
sebab nak tunjuk dia kaya, hot and untuk dapat lebih ramai kawan . that is shit .

That is really shit . soooo shit .

Friday, August 13, 2010

happy fasting!


Assalamualaikum kpd semua umat islam yang berpuasa . sempena bulan puasa ini , saya telah berazam akan kurangkan bercakap kurang sopan dan akan cuba berperangai baik sebaik-baik yang mungkin .


5 minutes later ,


Okay , Aku decide untuk batalkan azam itu .


Actually , banyak cerita aku nak tulis seperti macam mana hebatnya party birthday aku (okay its not a big party but then its fun) , betapa lembabnya aku belajar menggunakan nikon aku , betapa menyampahnya aku dengan budak itu yang mulut macam babi , malah babi pun tiada mulut busuk macam dia . betapa takutnya aku dengan percubaan PMR yang bakal menyerang semua calon pmr (cehh saja nak besarkan cerita) , tidak lupa juga tentang betapa laparnya aku hingga ayat-ayat yang aku taip sekarang semua skema nak mampus .

tapi malangnya , masa itu melarang sekeras-kerasnya aku berbuat demikian kerana aku dah lapar , sekarang pukul 7 suku aku nak buka puasa percubaan makin dekat aku sesak nafas . bye .

Sunday, July 25, 2010

love

Bagi aku , when someone , ecspecially a guy , said 'okay couple menyusahkan' dan cuba berlagak cool , aku rasa kesian dengan lelaki itu , fikiran sempit . yeah aku mengaku memang kadang2 girls boleh jadi makhluk paling rumit untk difahami , sensitive , asyik nak menggedik , kuat jelous , dan lelaki yang selalu kena mengalah berbanding perempuan kan ? HAHA

pernah dengar tak : what all girls want is someone who want them back , i guess , entah .

so anyway , semua orang yang in love , mestilah nak bagitahu semua orang yang , okay kami sweet , kami pasangan bahagia , jeles lah dengan kami , macam okay-bf/gf aku lagi hot dari korang . nak cerita kisah cinta mereka dan expect semua orang yg tahu akan 'wahhh sweet gila , kenapa aku tak jadi macam tu' kan? haha tak ke ? haha tak kepala lutut kau tak , yang dalam mypace facebook tu apa ha? haha .

the thing is , ketika bercinta , semuanya indah .. itu apa yang orang kata .

macam mana tak indah , setiap malam call , dating penuh dengan bunga bunga dan pelangi , dia lah tempat kita nak mengadu , bermanja , bercerita , dan cerita yang kecil pun boleh jadi comel , setiap sentuhan , macam ada satu power , power di antara mereka , kaum adam dan hawa .

kita rasa okay dialah everthing , dia lah segala-galanya , kita mula berangan untuk bersama dia sampai bila bila , fikirlah , berapa banyak kali kita cakap 'iloveyou-forever' , setakat ini berapa ramai lelaki? , sebab tu lah , ketika bercinta , semuanya indah .

bila sesuatu relationship tu berakhir , some people akan jatuh dgn teruk , some people akan bangun dan bangkit semula , memulakan relationship dgn manusia yg berbeza , tetapi sama .

'iloveyou forever , you the only one that i need , you are the best' sama kan ?

actually i dont know how to manipulate this topis okay , entah just suddenly nak type about this . im not pro okay , haha . about my-love-story pulak , aku dah banyak kali in love , banyak kali kecewa , banyak kali rasa rumit , banyak kali rasa indah , segala-gala . to be honest , i dont really give a damn when people said 'time bercinta semuanya indah' , plus i think it may be true .

Saturday, July 24, 2010

UP

sekarang , pukul 5petang .. satu lagi hari yg aman untuk aku duduk di hadapan laptop ini , memikirkan apa yang aku nak type so that aku tak pergi makan . buka facebook , okay cakap pasal laman web sosial ni ,

aku sering tergelak . you know , bila aku buka facebook atau myspace dan dapati orang yang dulunya skema bagai nak gila dan gila punya ntah-apa-apa , now dah hot . dah speaking . baju semua dah bajet mahal je beli kat topman kan ? beli kat forever21 kan? cehh . HAHA .

okay . its not like aku kata aku menyampah ke apa , cume kelakar , sangat kelakar macam mana personaliti hot tu boleh ubah seseorang . completely .

tapi kalau setakat pakai hot hot je semua orang boleh buat , aku pun join, semua orang kena UP kan ? takkan still lagi nak pakai lame lame macam dulu kan , kita kena lah ikut trend , kan ? semua dah sampai kat england , kita stuck dekat singapore lagi , mana boleh beb , haha

okay fine . if nak ubah penampilan je aku memang tak boleh nak complain langsung , tapi bila perangai pun berubah , semua pun lain , lepastu nak berlagak bagai nak rak, and nak perasan serba serbi, aku memang nak kutuk .

okay

tak jadi lah kutuk

sangat sukar

kadang2 , aku suka cari something . apa yang aku ada tapi orang lain tak ada . aku suka begitu , aku suka jadi lain dari yang lain , dan tipulah kalau kamu tidak berperasaan begitu , bukan? jadi aku sama seperti kamu dan kamu sama seperti aku. jadi aku masih lagi sama dgn orang lain . Dalam permainan ini , aku dah kalah . tapi tak mengapa , aku cuba cari , aku cuba cari dan aku masih lagi akan cuba mencari , tak salah kan ?

bila aku penat , aku berehat , dan aku mula memerhati , sekeliling , gelagat manusia, berlainan rupa , berlainan gaya ,

toleh kanan , sekumpulan budak yang kebanyakannya berjaket kulit , skirt , dan lutut yang sememangnya tidak lawa , mereka nampak happy , mereka bergelak ketawa .

toleh kiri , sepasang couple , nampak indah , mereka mungkin sekali sedang bercerita tentang apa yang mereka rasa , mereka kongsi , setiap perkataan yang disebut dan setiap sentuhan yang ada , terasa hangat dan indah . ketika bercinta , semuanya indah bukan ?

toleh depan , seorang demi seorang lalu , wajah mereka , nampak kosong , nampak murung , ada juga yang senyum , ada juga yang seperti terkejar-kejar .

dan aku mula berfikir, melihat mereka , mencerminkan diri aku , aku sama sahaja . kadang2 , dalam sesuatu waktu , aku juga akan mempamerkan wajah2 yang mereka pamerkan .

kita manusia tak banyak beza , kan ? kita persoalkan semua yang terjadi , kenapa aku tak jadi macam dia ? kenapa aku tak dapat ini , tak dapat itu , huhh

kita mula rasa hidup ini tak adil , kita mula persalah kan Tuhan , tapi pernah kita fikir tentang mereka yang jatuh teruk dari kita ? pernah ? hmph ?

kita manusia , kita hamba , kita akan sentiasa jadi hamba , badan ini hanya sementara , segala-galanya hanyalah sementara , bukan ?

mungkin aku tak layak untuk mengatakan ini kerana aku sering terlupa , dan aku tahu kau juga sering terlupa .

masih lagi - kosong

when people look at me , they will say something like 'okay dia mesti always dapat apa yang dia nak, keluarga berada , okay boyfriend dia boleh tahan , dia nampak happy dan jenis yang tak ada perasaan , dia suka gelak , dia nampak okay , she seem sooo fine and fine'

well , the problem is , I am . urgh ,

Aku tak boleh tidur , aku selalu fikir , bila aku bangun dari tidur ,

aku harap aku bukan perempuan ini , perempuan yang 'banyak berfikir' tentang semua perkara , cuba untuk happy , cuba untuk happy , cuba untuk happy , aku cuba untuk dapatkan happy ending yang sememangnya bukan untuk aku .

aku dah penat untuk cuba . im tired with all this !

aku penat nak layan perasaan sendiri ,

Dia cakap , aku terlalu banyak berfikir , aku banyak berfikir ,

Aku rasa aku banyak berfikir dan aku dah penat berfikir .

I hate this . you know , when i dont have any problem , I want to create one.


I always feel the same , something like-nothing . empty and still nothing . serious shit what the hell im typing and what the hell im thinking ?

huhh .

I guess , aku hanya perempuan normal yang sama seperti perempuan lain dan aku kena berhenti berfikir dengan banyak . aku kena berhenti .

still , nothing-

Sunday, April 4, 2010

love me or hate me ?

im fifteen , normal girl , i hate spagetti , i love music and fashion , im loud , my personality is depends on my mood, i hate when people hate me and im sensitive . satu-satu nya perkara yang aku tak suka tentang diri aku ialah , aku sensitive . sangat-sangat sebenarnya . kalaulah aku boleh buang sifat sensitive aku ni macam aku buang kulit pisang dalam tong sampah , aku pasti dapat hidup dgn gembira tanpa pedulikan kata-kata orang lain .

tapi mulut orang kita tak boleh tutup .

hari ni aku belajar something , kita tak boleh buat semua orang suka kat kita . macam yang selama ni aku try buat . mybe ramai yang tak tahu , mungkin takde orang tahu , tapi selama ni aku cuba buat orang suka aku , at least cuba buat dorang tak benci aku and tak jadi kan aku topik utama dalam mana - mana sesi mengumpat dorang .

BUT I CAN'T .

Some people akan suka aku , and some people akan benci aku . tak kira sekuat mana aku cuba , aku tak boleh paksa orang suka aku . macam karma , tak semua orang akan suka aku , dan tak semua orang aku suka . mungkin aku patut mula jadi tabah dan tak senstive macam dulu lagi . aku patut mula belajar macam mana nak ignore apa yang orang lain cakap , susah tu memang lah susah , aku dilahirkan dgn sifat ni . tapi aku kena cuba . dan jangan putus asa , yeahh !

anyway , aku baru perasan , aku macam budak-budak kan sbb baru nak sedar this thing. eh wait a minute , aku memang budak-budak . shit !

cina & botolnya

EHEM-EHEM , sebagai salah seorang calon pmr pada tahun ini , aku banyak study . masa aku from2 dan form3 aku masih boleh serong sekolah , lepak bb every week dan ponteng tusyen . tapi sekarang , haihh bukan nak cakap apa lah kan , tapi aku rasa aku lah perempuan paling rajin dalam dunia . study bagai nak rak je tapi malangnya, time exam tak dapat jugak 8A tuu . jadi aku dengan berpura-pura pandai nye , cuba cari jalan untuk , well dapat jugaklah 8A tu kan .

aku start tusyen kat one place ni , memang fucking hell gila lah kan sebab im the only malay kat sana . memang terdiam aku lah sorang2 kat tempat tusyen , first masuk memang A tak cakap B pun tak cakap. rasa macam tercampak kat negeri cina mana ntah . semua stok cina comel2 dgn short segala ,memang silap lah masuk sini . but well , duit dah bayar , nak tak nak aku memang kene bersifat 1 malaysia lah kan .

2 things aku belajar kat tusyen center ni , first , orang cina memang tak suka najib . not all of them lah , mybe dalam 2/3 . and second , kebanyakkan pelajar cina mmg hampir semua rajin2 dan pandai kan ? well , aku rasa mybe sebab dorang semua jenis bawak air mineral setiap masa dorang belajar . tengok jelah botol dorang besar mana . satu keluarga aku minum pun ntah boleh habis ke tak . kan kannn ?

mungkin aku nampak bodoh , tapi kesah apa aku . lepas ni aku akan bawak botol besar besar punya pergi tusyen dan sekolah !

tu pun kalau aku ingat .

Tuesday, February 23, 2010

aku-tak-minat

ayah aku excited sbb dia dapat pekerja yang handsome (ayah aku bukan gay ) , aku rasa mungkin sbb dalam banyak2 pekerja dia , dia lah satu-satunya pekerja ayah aku yang handsome . ayah aku cakap kat mak aku "ma , handsome gile ma dia tu" . mak aku macam excited jugak . anyway, aku ada bagitahu tak dia akan dtg rumah aku 2kali sehari untk amik laptop and pulangkan laptop ? so , dia dtg rumah aku pagi tu , mak aku intip dia dari tingkap , mak aku terkejut tahap tak masuk akal dan ckp kat aku " nina , handsome doh dia , muda lagi , muka macam budak2, umur batu 19tahun, putih , bibir merah , muka suci , handsome gile lah!"

ouh and aku pun start jadi excited jgaklah kan sbb biasanya kalau mak aku ckp "gile lah!" , maksudnya mmg "gile lah!" . HAHA . so petang tu aku intai2 lah tengok dia , dari jauh aku tak nmpk sngt , plus aku ni bukan pandai usya-usya orang ni , so mak aku suruh aku bukakan pagar untuk dia , nak taknak aku pun cover cun , dgn sopan aku bukakkan pagar untuk dia , aku taknak lah nmpk gedik pulak kan sbb aku bukan nak menggatal pun , setakat ikut kata mak aku je . aku bukak pagar , aku tak sabar nak tengok muka dia ni , tapi aku gabra pulak sbb mak aku cakap dia handsome gila ! so , tanpa aku sedari , aku terlalu tunduk dan gabra sampai aku tak sempat pun nak tengok muka dia .

HA , HA . korang boleh gelakkan aku tapi setiap hari aku boleh bukak kan pagar untuk dia tau. aku akan pandang straight kat mata dia bebeh !

tentang aku jugak

Aku dah mula jadi malas balik . nak mampus . ni kerja sekolah, folio semua belum siap lagi ni. aku mmg suka tangguh kerja . kadang2 aku biar kerja tu berbukit sampai kalah ketinggian gunung kinabalu baru aku buat . (korang perasan tak aku suka cakap benda yang tak masuk akal?) kadang2 aku rasa macam nak menjerit (macam kene histeria) sbb aku tak-dapat control diri aku . aku nak study , aku nak study , aku nak study , tapi tak sampai setengah jam aku tutup buku . aku baring , aku buang masa fikir masa depan . ye , aku mmg suka fikir masa depan . bukan sbb aku tak sabar nak kawen dgn orang kaya okay .

tadi aku fikir, jadual aku mmg penuh jugak . isnin and rabu aku tusyen lepas habis sekolah , selasa atau khamis aku jogging (dlm kata lain lepak) atau aku pergi rumah liyana belajar main gitar , pergi intip budak2 skate yang hot-hot atau makan kat taqwa . sabtu dan ahad aku ada class swimming and kursus bahasa enggeris .(kalau free , aku out) -tapi sekarang aku malas nak keluar sbb tak tahulah kenapa . malam aku mmg akan buka komputer and lepas solat isya' baru aku start bukak buku . kalau aku ngantok , aku mesej ahpeng then tido .

APA MOTIF AKU POST ENTRY NI ?

takde motif .

padan muka korang sbb baca

Sunday, February 14, 2010

first ,


siapa kata aku tak comel pakai tudung ?

oh , aku .

aku-tak-percaya-cinta

terpaksa di-delete kerana terlalu penuh dengan unsur jiwang terlebih sangat sampai berkarat . haha . amirul syahiran bin daud , you are my first and i always remember youuuu for the rest of my life :')

Thursday, February 11, 2010

post yang tentang aku sahaja

kebelakangan ni , aku baru perasan , yang aku banyak post entry yg bukan tentang diri aku (tapi apa yang aku rasa). korang perasan tak ?

bukan ke aku sepatutnya buat blog untuk tulis tentang apa yang aku lalui hari ni macam remaja 15tahun yang lain? aku kene tulis tentang apa yang jadi time aku lepak kat bb , bila aku gaduh dngn bf aku , aku terjatuh kat tangga sekolah , pak cik jual buger mengorat aku. HAHA. mungkin aku patut mula berbuat demikian , mana nak mula ? mybe akuw patot tulis mcm niew dan warnakan blog aku ni jadi warna warni . pink, purple, biru, hijau taik, kelabu mangga, semua . ergh . tak nak lah , pening kepala aku .

OKAY , soo nak tahu tak apa jadi kat saya hari ni ? haaaa , tak payah tahu . malas nak cerita . lagipun biasanya kalau ada benda menarik terjadi je aku tulis . hari ni boring sama mcm hari biasa.

aku pergi sekolah pagi2 , makan roti sekeping , belajar dlm class , eh , korang tahu tak budak yang duduk sebelah aku nama dia hidayah ? korang tak tahu ke ? haih . hidayah ni suka buat kerja cepat-cepat sbb dia mmg tak suka buat kerja sekolah kat rumah , aku pun pelik dgn dia ni , kat sekolah macam rajin tapi tak pernah siapkan homework , (mungkin dia ada adik 7orang kat rumah kene jage kot ) haa , okay sambung , aku pergi rehat , aku makan keropok lekor , aku beli air warna unggu , aku belajar balik . aku balik sekolah , tu je lah .

balik sekolah aku tidur , sbb letih sangat , then petang aku keluar naik moto dgn eyra and fara . dua orang ni kawan-naik-moto aku . mereka ni rambut perang , kulit putih dan kurus . so kalau jalan-jalan naik moto dgn mereka banyaklah lelaki mengorat kan . lagi satu , sikat dorang tertinggal dalam moto aku tadi. korang tahu tak kat malaysia ni , awek cun mana yang paling kerap sikat rambut ?haa , dorang lah . dorang ni tengah2 bawak moto pun cari sikat . 24jam sikat mesti kat tangan . rambut dorang dan lurus dah padahal . berapa kali dorang buat rebonding entah .

okay , tu jelah . aku mmg tak suka merepek bnyk2 . (padahal selama ni aku merepek je banyak) , so tu jelah . oh ya , tadi aku tak dinner , diet :) and and , nanti aku nak ambil kursus bahasa english . nanti aku dah pandai . aku se-pi-king2 lah kat sini okay .

p/s : mama aku skrg dah rajin bukak blog aku dan dia dah suruh aku delete post tentang "nak jadi hot dlm myspace" dgn "akibat seks" tu . sbb tulah dah hilang .

okay chow !

Friday, February 5, 2010

mereka

aku sangat TAK respect dgn orang yang suka cakap belakang . dan aku sngt benci orang yang suka dedahkan keburukan orang lain tanpa tngk batang hidung sendiri . orang melayu suka hot kan cerita . jujur aku cakap , sepanjang aku hidup kat malaysia ni , aku rasa orang melayu lah yang paling tak guna sekali . okay , ni bukan pasal tak puas hati atau kutuk kaum sendiri . tapi aku dapat nmpk . mungkin aku salah , mungkin korang betul . tapi, ini hanyalah kata-kata budak 15tahun yang masih mentah dan rasa semua nye dia yang betul . anyway ,

untuk mereka-mereka yang berkenaan : daripada korang berkumpul , mengumpat dan judge anak orang daripada myspace dan blog dia . stop lah . aku nasihatkan korang tengok anak sendiri dulu . okay , mungkin korang nak cakap yang 'kononnya' korang nak cegah kemungkaran . tapi perlu ke korang nak tunggu bagi satu geng tahu , cerita sana-sini , then baru nak bagitahu ? perkara ni simple je , kalau korang rasa korang perlu bagitau perkara ni , bagitau face to face as soon as possible dan bukannya peram dan tunggu masa sesuai . sbb korang akan buruk kan lagi keadaan sebenar . come on , korang dah tua dan nak mati dah , takkan tak boleh nak fikir ?

look , i know who i am , and my mom also know who i am . i know what i did . and aku tahu aku salah . aku tahu aku memalukan parents aku . mak aku tahu macam mana nak didik aku dan korang perlu jaga anak korang sendiri. skrg ni , korang kene kenal anak korang betulbetul . remaja , mmg cepat buat silap , kalau korang nmpk anak korang dah cukup baik , korang salah. zaman dan berubah dan bukan macam korang duludulu . dari apa yang aku tahu , anak korang sebenarnya lebih teruk dari aku . aku bukan tak puas hati dgn apa yang korang buat , (aku dapat terima . plus , aku siap rasa nak ckp thanks lagi) . but honestly , anak korang belum cukup baik lagi untk korang cakap pasal ank orang lain .

ada yang merokok/shisha , ada yang hilang dara/teruna , ada yang penah jadi lesbian , ada yang penah kene raba dgn rela , ada yang hafal al-quran tapi minum arak , buat maksiat , ada yang benci ibubapa (iaitu korang) , ada yang , haihh , tak sampai hati dah aku nak cakap . plus , ini je yang aku tahu . aku tak boleh nak ckp sbb aku xde bukti . satu hari nanti , bila anak korang jadi sampah masyarakat ,dan tak guna . aku harap korang sedar . face it- mak cik2 dan pak cik2 , anak korang hipokrit . korang belum kenal lagi siapa dorang sebenarnya .

so , didik lah dorang . dan fahami dorang .

sangat tak matang

apa yang aku lalui , mungkin lain dari apa yang kau lalui . atau mungkin jugak apa yang aku lalui sekarang adalah perkara yang kau tengah atau pernah lalui . basicly , aku just remaja 15tahun yang baru nak belajar macam mana nak buat kesilapan dan macam mana nak belajar dari kesilapan tu . time mcm ni , parents bukan keutamaan , kita akan lebih dengar dan rasa kawan kita lagi betul. actually , aku just nak have fun , aku tak peduli dan aku pentingkan diri sendiri . start sekolah menengah, aku menjalani hidup aku dengan satu prinsip "this is my life , sukahati aku lah nak buat apa dan ikut siapa" . tapi slogan tu dah buat aku sedar dgn banyak perkara . sngt banyak .

what is life ? aku sendiri pun tak tahu . tapi yang aku tahu , terlalu banyak benda yang aku belajar dari hidup ni . kawan bukan lah sesuatu yang boleh kekal . manusia ? manusia ni adalah makhluk yang mempunyai bnyk hasad dengki , manusia mudah lupa dan sngt sngt pentingkan diri sebenarnya . cara aku ckp , bunyi dia macam sngt mendalam , tapi sebenarnya tak . well , aku dah malas nak bagi pendapat aku . sbb aku naive dan tak pandai nak fikir , aku tak pernah serik dan aku mudah terpedaya , kadang2 aku rasa tak layak nak digelar 'manusia' pun . straight to the point , aku memang bodoh .

here is my problem , aku tak boleh nak ckp bnyk, tapi apa yang bolah aku ckp, parents . aku dah taknak malukan dorang , frankly , dorang lah everything bagi aku . fikir je lah , kalau dorang xde , kat mana aku kat dunia ni skrg . sbb dorang lah , at least aku tahu kenapa aku hidup , sbb dorang lah aku dapat belajar eveything . sbb dorang lah aku masih lagi bertahan . sbb dorang lah , aku ada lagi tekad untuk jadi manusia yang berguna . but like i said , aku just remaja 15tahun yg baru nak belajar membuat kesilapan . dan sbb tulah , aku dah hancurkan hati dorang , satu-persatu . even aku syg macam mana pun kat dorang , aku tetap dgn hati dan kedegilan aku . aku kejam dan aku tahu tapi aku tak boleh nak berubah . mungkin sbb aku mmg macam ni .

manusia boleh berubah , tapi individu tu sendiri yang kene ubah diri dia sendiri . same teori , aku boleh berubah tapi hanya aku yang boleh ubah diri aku sendiri . bukan sbb orang lain . aku ada otak dan aku tahu macam mana nak hidup dan tentukan hidup aku . tapi aku dapat belajar something tadi , aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri . aku tak boleh nak buat apa yang aku suka sesuka-hati sbb apa yang aku buat akan memberi impak kepada hidup org lain . dan apa yang aku buat akan tentukan masa depan aku kat "akhirat" nanti .

Sunday, January 31, 2010

nice people

biasanya , kita akan lebih ingt tentang orang yang jahat daripada orang yang baik . kita akan lebih ambil peduli tentang kejahatan seseorang daripada kebaikkan sesorang , betul tak ?

okay , soalan aku , why ? kenapa kita selalu lupa dgn orang yang baik ? the 'nice people' .

kawan sekolah rendah aku dulu , meninggal dunia akibat kanser tak silap aku , aku tak ingt nama dia , for sure , dia seorang yang baik . sngt baik . dia rajin , tak pernah kutuk orang , suara dia perlahan je , one thing yang aku sngt ingt pasal dia , mata dia bulat dan dia sngt putih dan sngt kurus , dia selalu siapkan kerja sekolah yang tak pernah orang siapkan .

aku ingt dia , tapi aku lupa nama dia . aku rasa bersalah . jadi aku cuba tanya kawan2 lama aku yang sama sekolah dgn aku dulu , dan dorang ckp dorang tak-ingat-langsung pasal budak tu .

betul ke orang yang baik macam dia akan dilupakan bila dia dah mati , or mungkin aku je fikir macam tu , atau mungkin jugak , perkara ni dah lama , so orang dah tak ingt ?

korang perasan tak , kadang-kadang kita rasa macam malas dan tak teringin nak kenal dgn budakbudak baik ni , kononnya dunia mereka ni membosankan. dan kita lebih rasa teruja untuk kenal dgn orang yang drunk , kaki club , banyak isu dan yang rambut2 perang ni . kita rasa dorang lagi fun , lagi hot , lagi sensasi , dunia mereka tidak membosankan . walaupun mereka tidak sumbang apa2 kepada maruah melayu kita atau negara kita malah memperbanyakkan lagi masaalah so-sial di negara kita sendiri . -aku cakap ni macam aku ni bagus sngt pulak -.-

anyway , time tengah bergosip dgn kawan2 baik aku kat sekolah , aku tertanya , kenapa aku tak pernah dengar cerita macam ni "weyhh kau tahu tak senah , dia baik gila ouh . last week , aku nmpk dia tolong bantu kemaskan rumah anak yatim" . kalau ada pun , mungkin ckp macam tu je then ada orang tuka topik . biasa yang aku dengar . "weyh kau tahu tak fifi kan , dia warna rambuttt , aku denga ade org ckp dia dah penah kena raba dgn bf dia belakang sekolah" kemudian , topik tu mendapat sambutan hangat .

macam tu lah . dapat tak apa yang aku cuba sampaikan ? haha . never mind ah , bye :)

kulit putih siapa taknak



aku dah lama nak tulis pasal benda ni , sbb aku agak berminat dgn tajuk ni . aku ada baca lebih kurang 2 atau 3 blog yang mention pasal benda ni , but aku tak tahu apa nak tambah atau kembang kan . so , mungkin aku akan guna kaedah "copy but not too paste'' (hebatnya ayat aku) sekarang .

so , kebanyakkan orang melayu , (kalau korang perasan) , mmg ada satu sifat ni yang suka atau nak berkulit-putih , dalam kata lain "obses dgn orang berkulit putih" . malunya , aku mengaku , aku mungkin-mungkin okay , dalam golongan ni . jadi dgn me-ngepost entry ini , tanpa aku sedar , aku tengah mengutuk diri sendiri atau memalukan maruah diri .

let me begin , orang melayu , secara saintifik nya, mmg banyak berkulit kurang putih , tapi aku tak tahu dari mana datangnya anggapan dari golongan orang melayu sendiri yang berkulit putih tu kurang lawa ? bagi org macam aku , aku mmg tak dilahirkan lawa , mata aku tak bulat , bulu mata tak melentik , hidung tak comel , pipi tak gebu , mulut tak pink macam strawbewwwyy . jadi , aku tekad untuk "lawakan diri" dengan mencerahkan kulit muka .

aku lain , aku nak cerahkan kulit muka , bukan "putihkan" . HAHA

back to the topic , aku dapat rasa yang hampir semua orang dekat malaysia ni tengah pakai produk-produk memutihkan kulit , even orang tu dah dilahirkan putih , dah melepak macam mana pun , nak putih lagi . aku rasa dia nak tunggu sampai kulit dia merah2 dan mengelupas , baru stop kott. aku tak faham lah . kalau aku dilahirkan putih , aku rasa aku akan pakai produk untuk jaga kulit dari pimple , blackhead , mcm tu je . sbb aku lebih suka muka nmpk clean, licin dan bersih dari nmpk putih dan terang benderang .

contoh terdekat , nenek aku , entah kenapa kalau anak dia cakap dia dah ada gf , mesti dia tanya macam ni dulu "putih ke orang nye ? lawa ? baik ke ?" . see , even nenek aku pun lebih penting kan warna kulit muka dari segala aspek dalam dunia . kalau gf pak su aku tu tak pandai masak , perangai macam lahanat pun takpe , janji , putih .

bukan nenek aku je , mak aku pun macam tu . dia selalu cakap , "kau jangan berjemur tengah2 panas sngt , nanti hitam macam bontot kuali , xde orang nak kawen ngn kau" . erghhh. betul ke xde laki nak kawen dgn aku , even aku kaya , pandai , baik , aku amek kursus ekonomi rumah tangga and belajar masak sume , betul ke xde laki nak kat aku ? HAHA.

act banyak lagi benda aku nak cakap , tapi aku skrg dah pukul 1pagi dan aku ngantok. kesimpulannya, aku tak kisah pun taste orang melayu yang suka kulit-kulit putih ni . well , mmg lah kulit putih ni satu bonus . kalau gemuk pun kalau putih , senang nak bergaya , kalau cina yang mata sepet dan hidung tak berapa nak mancung pun , kalau putih , semua baju dia boleh sarung . aku tak kata tak . tapi cuba korang bayangkan , kalau semua orang kat malaysia ni dah ada satu definision yang orang yang lawa mestilah kurus dan berkulit putih , susah lahh .kalau semua orang berkulit cerah dan berambut lurus, bosan lah pemandangan kat malaysia ni . kan ?

senang kata, semua orang ada taste sendiri , chow -- !

yeahhhh

PEOPLE , im aliveeee ! im too young to be dead .kalau korang tanya, aku masih mcm dulu , loser . aku masih lagi gagal kuruskan badan dan aku terlalu sibuk 'dating' dgn buku dan class2 tusyen . ade sesiapa rindukan aku ?

anyway , aku rasa agak sial bila tak update blog dan aku rasa agak tertekan bila ada segelintir orang tanya "milla , asal tak update blog? bila nak update?" . update blog jalanan ni bukanlah kerja bagi aku . ianya tempat aku menulis apa yang aku rasa, apa yang aku nmpk pada org lain dan apa yang aku lalui . dan aku juga harap ada yang tergelak . tapi aku taknak jadi pelawak sbb buat orang gelak adalah perkara paling susah dalam dunia . (atau mungkin tak)

hari ni , aku agak free untuk duduk menghadap komputer dan update blog ini . tapi masaalah nya , aku gagal mencari tajuk dan topik yang boleh aku manupulasi-kan . biasanya , sebelum aku start menaip , aku akan fikir dulu apa aku nak tulis . sbb kalau tak , aku akan jadi macam ni . merapu dan merapu dan merapu . aku harap kau tak kisah .

aku akan update blog lagi , BYE ( ! )

Saturday, January 2, 2010

esok sekolah .

ahaa . macam mana agak-agak nya budak yang pemalas , online 12hours a day , lambat pick-up , tidak suka tumpukan pelajaran dalam kelas , anti kepada jadual dan sememangnya susah nak ingt sesuatu fakta macam aku ni akan dapat straight-A dalam semua mata pelajaran ?

itulah yang aku cuba buat skrg . duduk atas kerusi dan fikir macam mana nak dapat straight A sambil dengar lagu bad romance dari lady gaga . mungkin aku patut mula dengan berpura2 jadi rajin dan jadi rajin , kurangkan mendekatkan diri dengan komputer , mengambil pil senang-ingt-fakta dan senang-pick-up dan mula tumpukan pelajaran , mula ikut jadual dan rajinkan pergi tusyen ? huh .

HELLO NERDY LIFE .