Thursday, June 7, 2012

5 perkara tentang rumah aku paling rindu ketika di asrama :

1) Ibu bapa, adik adik (yang pasal adik-adik ni aku tak berapa nak sure sebab kadang-kadang, aku sangat sayang mereka tapi kadang-kadang aku rasa macam nak bunuh mereka)

2) my cat (okay aku tipu sebenarnya. aku takde kucing. tapi kalau aku ada, aku tentu akan rindu kucing aku)

3) peti sejuk. ye, aku mengaku. aku memang suka makanan.

4) buka penghawa dingin,  baring di atas katil, merenung siling dan lupakan seketika tentang masalah dunia dan SPM.

5) semua, semua tentang rumah dan kehidupan di dalam rumah.


aku tak percaya lusa aku akan pulang ke asrama. doakan aku tak mati. chow.

10 sebab paling kukuh kenapa aku tak boleh berkahwin dengan HAZIQ ADLIN



Oh by the way, kau tahu Haziq Adlin kan? kalau kau tak tahu kau boleh add dia dekat facebook. (aku tak pasti dia ada twitter ke tak tapi yang pasti aku takde). kalau kau tak jumpa dia dekat facebook, apa boleh buat. kau memang rugi. kau hanya boleh tengok gambar dia di atas.  apa apa pun, Dipendekkan cerita, dia ni kawan aku dari duluuu lagi. lama dah kami berkawan. okay tak lah lama sangat sebenarnya tapi kami memang rapat .

sepanjang beberapa tahun kami kenal, dia dah banyak tolong aku, jaga aku, menyusahkan hidup aku dan menyemak di lama chat facebook aku. kau tahu, kadang2 rasa macam sayang sangat kat dia (biasalah, KAN KAWAN) tapi kadang2 aku rasa macam kalau iman aku ni tak kuat, nak je aku baling dia macam hulk baling alien yang datang memusnahkan dunia dalam cerita avanger . ( best kan cerita avanger? memang gempak filem itu. hish gempak sungguh. aku tengok dua kali . memang gempak.)

so dipendekkan cerita lagi, tadi haziq berkunjung ke rumah aku untuk menyiapkan assignment bersama-sama. semasa kami sedang bersama-sama membuka laman facebook , eh salah. semasa kami sedang sama-sama menyiapkan assignment kami , aku tibatiba terfikir untuk membuat post tentang ini. malah, Haziq adlin ada mencabar aku untuk menyenaraikan 100 sebab kenapa kami tidak boleh berkahwin. aku hanya akan menyahut 10% daripada cabaran tu sebab aku hanya dapat senaraikan 10. (aku memang seorang yang sibuk sekarang, kalau kau nak tahu)

tanpa membuang masa :

10 sebab paling kukuh kenapa aku tak boleh berkahwin dengan Haziq Adlin :

1) dia tahu password facebook aku (sejak 2 tahun yang lalu) dan aku dah berjanji dengan diri sendiri yang  aku akan guna password ini hingga umur aku mencecah 38 tahun.  suami sendiri tahu password facebook merupakan sesuatu yang sangat tak cool.

2) adik dia cantik dan abang dia (sangat) handsome.(aku sendiri pun tak tahu kenapa alasan ni dikira kukuh)

3) dia tahu berat badan aku sejak aku from2 dan bagi aku, merahsiakan berat badan aku dari suami merupakan sesuatu yang penting dan serius. nampak tak muka aku serius sekarang? nampak? bagus.

4) kami pernah berangan untuk berjiran semasa kami sudah berkeluarga nanti. jadi kami tak boleh berkahwin kerana kalau kawin kena duduk dalam rumah yang sama. dah tak boleh berjiran. kalau kami tak boleh berjiran, macam mana angan-angan kami ingin menjadi kenyataan?! nampak tak betapa bijaknya aku?

5)  Haziq ada satu tabiat ni , iaitu tabiat untuk kata aku 'gemuk atau besar' setiap kali kami berjumpa. (WALAUPUN DULU AKU KURUS) . Sekarang, dia kawan aku jadi aku tak kisah. tapi kalau dia jadi suami aku, aku pasti akan merajuk dan beranggapan yang dia bakal curang. - tetapi aku agak pasti 5tahun akan datang aku akan kurus seperti lisa surihani.

6) antara kawan baiknya merupakan bekas teman lelaki aku. dan itu langsung tak cool. (bila aku bold kan tulisan maksudnya aku serius)

7)  aku ada 2 kawan baik. perempuanA dan perempuanB . perempuanA pernah suka haziq dan Haziq pernah suka perempuanB. nampak tak? ianya complicated.

8) kami dah TERLAMPAU mengenali antara satu sama lain. bila aku kata TERLAMPAU, aku betulbetul maksudkannya. kalau kami berkahwin, soalan "awak suka makan apa?" takkan pernah wujud tapi akan wujud soalan seperti " kali ni berapa pinggan awak nak makan nasi goreng kampung ?"

9) aku dah buat macammacam perkara yang memalukan diri aku sendiri di hadapan dia (jatuh tersembam, nangis hingga keluar hingus, rambut gugur di sofa rumah, tidur sambil mulut terbuka dan lain lain). malah, tak terkira berapa banyak gambar buruk aku yang dia simpan.- katanya untuk keperluan kecemasan. (kepala otak dia)

10) aku dah takde idea. banyak lagi alasan kukuh kenapa aku tidak boleh berkahwin dengan haziq adlin  tapi kau pun tahu kan, aku seorang yang sangat (sangat) sibuk.

Tapi , KALAU, KALAU, DAN KALAU satu hari nanti aku betulbetul berkahwin dengan dia , aku akan terus buka blog dan delete post ni.

apa-apa pun aku terima siapa pun jodoh aku.

Tuesday, June 5, 2012

misery

aku rasa aku baru hilang (mrsm merbok tercinta) dalam beberapa bulan, bila aku balik holiday je ...



  





semua orang dah jadi awesome . hebatnya .


Sunday, June 3, 2012

loser(?)

want to know how loser i can be?

- aku senyum sorangsorang bila tahu lelaki paling cool dalam facebook poke aku

-aku tengok last avenger semalam . alone. dan baru tahu betapa hebatnya cerita tu tapi malu nak komen dekat facebook sebab baru tengok semalam.

-i dont tweet. (and im serious)