Tuesday, February 23, 2010

aku-tak-minat

ayah aku excited sbb dia dapat pekerja yang handsome (ayah aku bukan gay ) , aku rasa mungkin sbb dalam banyak2 pekerja dia , dia lah satu-satunya pekerja ayah aku yang handsome . ayah aku cakap kat mak aku "ma , handsome gile ma dia tu" . mak aku macam excited jugak . anyway, aku ada bagitahu tak dia akan dtg rumah aku 2kali sehari untk amik laptop and pulangkan laptop ? so , dia dtg rumah aku pagi tu , mak aku intip dia dari tingkap , mak aku terkejut tahap tak masuk akal dan ckp kat aku " nina , handsome doh dia , muda lagi , muka macam budak2, umur batu 19tahun, putih , bibir merah , muka suci , handsome gile lah!"

ouh and aku pun start jadi excited jgaklah kan sbb biasanya kalau mak aku ckp "gile lah!" , maksudnya mmg "gile lah!" . HAHA . so petang tu aku intai2 lah tengok dia , dari jauh aku tak nmpk sngt , plus aku ni bukan pandai usya-usya orang ni , so mak aku suruh aku bukakan pagar untuk dia , nak taknak aku pun cover cun , dgn sopan aku bukakkan pagar untuk dia , aku taknak lah nmpk gedik pulak kan sbb aku bukan nak menggatal pun , setakat ikut kata mak aku je . aku bukak pagar , aku tak sabar nak tengok muka dia ni , tapi aku gabra pulak sbb mak aku cakap dia handsome gila ! so , tanpa aku sedari , aku terlalu tunduk dan gabra sampai aku tak sempat pun nak tengok muka dia .

HA , HA . korang boleh gelakkan aku tapi setiap hari aku boleh bukak kan pagar untuk dia tau. aku akan pandang straight kat mata dia bebeh !

tentang aku jugak

Aku dah mula jadi malas balik . nak mampus . ni kerja sekolah, folio semua belum siap lagi ni. aku mmg suka tangguh kerja . kadang2 aku biar kerja tu berbukit sampai kalah ketinggian gunung kinabalu baru aku buat . (korang perasan tak aku suka cakap benda yang tak masuk akal?) kadang2 aku rasa macam nak menjerit (macam kene histeria) sbb aku tak-dapat control diri aku . aku nak study , aku nak study , aku nak study , tapi tak sampai setengah jam aku tutup buku . aku baring , aku buang masa fikir masa depan . ye , aku mmg suka fikir masa depan . bukan sbb aku tak sabar nak kawen dgn orang kaya okay .

tadi aku fikir, jadual aku mmg penuh jugak . isnin and rabu aku tusyen lepas habis sekolah , selasa atau khamis aku jogging (dlm kata lain lepak) atau aku pergi rumah liyana belajar main gitar , pergi intip budak2 skate yang hot-hot atau makan kat taqwa . sabtu dan ahad aku ada class swimming and kursus bahasa enggeris .(kalau free , aku out) -tapi sekarang aku malas nak keluar sbb tak tahulah kenapa . malam aku mmg akan buka komputer and lepas solat isya' baru aku start bukak buku . kalau aku ngantok , aku mesej ahpeng then tido .

APA MOTIF AKU POST ENTRY NI ?

takde motif .

padan muka korang sbb baca

Sunday, February 14, 2010

first ,


siapa kata aku tak comel pakai tudung ?

oh , aku .

aku-tak-percaya-cinta

terpaksa di-delete kerana terlalu penuh dengan unsur jiwang terlebih sangat sampai berkarat . haha . amirul syahiran bin daud , you are my first and i always remember youuuu for the rest of my life :')

Thursday, February 11, 2010

post yang tentang aku sahaja

kebelakangan ni , aku baru perasan , yang aku banyak post entry yg bukan tentang diri aku (tapi apa yang aku rasa). korang perasan tak ?

bukan ke aku sepatutnya buat blog untuk tulis tentang apa yang aku lalui hari ni macam remaja 15tahun yang lain? aku kene tulis tentang apa yang jadi time aku lepak kat bb , bila aku gaduh dngn bf aku , aku terjatuh kat tangga sekolah , pak cik jual buger mengorat aku. HAHA. mungkin aku patut mula berbuat demikian , mana nak mula ? mybe akuw patot tulis mcm niew dan warnakan blog aku ni jadi warna warni . pink, purple, biru, hijau taik, kelabu mangga, semua . ergh . tak nak lah , pening kepala aku .

OKAY , soo nak tahu tak apa jadi kat saya hari ni ? haaaa , tak payah tahu . malas nak cerita . lagipun biasanya kalau ada benda menarik terjadi je aku tulis . hari ni boring sama mcm hari biasa.

aku pergi sekolah pagi2 , makan roti sekeping , belajar dlm class , eh , korang tahu tak budak yang duduk sebelah aku nama dia hidayah ? korang tak tahu ke ? haih . hidayah ni suka buat kerja cepat-cepat sbb dia mmg tak suka buat kerja sekolah kat rumah , aku pun pelik dgn dia ni , kat sekolah macam rajin tapi tak pernah siapkan homework , (mungkin dia ada adik 7orang kat rumah kene jage kot ) haa , okay sambung , aku pergi rehat , aku makan keropok lekor , aku beli air warna unggu , aku belajar balik . aku balik sekolah , tu je lah .

balik sekolah aku tidur , sbb letih sangat , then petang aku keluar naik moto dgn eyra and fara . dua orang ni kawan-naik-moto aku . mereka ni rambut perang , kulit putih dan kurus . so kalau jalan-jalan naik moto dgn mereka banyaklah lelaki mengorat kan . lagi satu , sikat dorang tertinggal dalam moto aku tadi. korang tahu tak kat malaysia ni , awek cun mana yang paling kerap sikat rambut ?haa , dorang lah . dorang ni tengah2 bawak moto pun cari sikat . 24jam sikat mesti kat tangan . rambut dorang dan lurus dah padahal . berapa kali dorang buat rebonding entah .

okay , tu jelah . aku mmg tak suka merepek bnyk2 . (padahal selama ni aku merepek je banyak) , so tu jelah . oh ya , tadi aku tak dinner , diet :) and and , nanti aku nak ambil kursus bahasa english . nanti aku dah pandai . aku se-pi-king2 lah kat sini okay .

p/s : mama aku skrg dah rajin bukak blog aku dan dia dah suruh aku delete post tentang "nak jadi hot dlm myspace" dgn "akibat seks" tu . sbb tulah dah hilang .

okay chow !

Friday, February 5, 2010

mereka

aku sangat TAK respect dgn orang yang suka cakap belakang . dan aku sngt benci orang yang suka dedahkan keburukan orang lain tanpa tngk batang hidung sendiri . orang melayu suka hot kan cerita . jujur aku cakap , sepanjang aku hidup kat malaysia ni , aku rasa orang melayu lah yang paling tak guna sekali . okay , ni bukan pasal tak puas hati atau kutuk kaum sendiri . tapi aku dapat nmpk . mungkin aku salah , mungkin korang betul . tapi, ini hanyalah kata-kata budak 15tahun yang masih mentah dan rasa semua nye dia yang betul . anyway ,

untuk mereka-mereka yang berkenaan : daripada korang berkumpul , mengumpat dan judge anak orang daripada myspace dan blog dia . stop lah . aku nasihatkan korang tengok anak sendiri dulu . okay , mungkin korang nak cakap yang 'kononnya' korang nak cegah kemungkaran . tapi perlu ke korang nak tunggu bagi satu geng tahu , cerita sana-sini , then baru nak bagitahu ? perkara ni simple je , kalau korang rasa korang perlu bagitau perkara ni , bagitau face to face as soon as possible dan bukannya peram dan tunggu masa sesuai . sbb korang akan buruk kan lagi keadaan sebenar . come on , korang dah tua dan nak mati dah , takkan tak boleh nak fikir ?

look , i know who i am , and my mom also know who i am . i know what i did . and aku tahu aku salah . aku tahu aku memalukan parents aku . mak aku tahu macam mana nak didik aku dan korang perlu jaga anak korang sendiri. skrg ni , korang kene kenal anak korang betulbetul . remaja , mmg cepat buat silap , kalau korang nmpk anak korang dah cukup baik , korang salah. zaman dan berubah dan bukan macam korang duludulu . dari apa yang aku tahu , anak korang sebenarnya lebih teruk dari aku . aku bukan tak puas hati dgn apa yang korang buat , (aku dapat terima . plus , aku siap rasa nak ckp thanks lagi) . but honestly , anak korang belum cukup baik lagi untk korang cakap pasal ank orang lain .

ada yang merokok/shisha , ada yang hilang dara/teruna , ada yang penah jadi lesbian , ada yang penah kene raba dgn rela , ada yang hafal al-quran tapi minum arak , buat maksiat , ada yang benci ibubapa (iaitu korang) , ada yang , haihh , tak sampai hati dah aku nak cakap . plus , ini je yang aku tahu . aku tak boleh nak ckp sbb aku xde bukti . satu hari nanti , bila anak korang jadi sampah masyarakat ,dan tak guna . aku harap korang sedar . face it- mak cik2 dan pak cik2 , anak korang hipokrit . korang belum kenal lagi siapa dorang sebenarnya .

so , didik lah dorang . dan fahami dorang .

sangat tak matang

apa yang aku lalui , mungkin lain dari apa yang kau lalui . atau mungkin jugak apa yang aku lalui sekarang adalah perkara yang kau tengah atau pernah lalui . basicly , aku just remaja 15tahun yang baru nak belajar macam mana nak buat kesilapan dan macam mana nak belajar dari kesilapan tu . time mcm ni , parents bukan keutamaan , kita akan lebih dengar dan rasa kawan kita lagi betul. actually , aku just nak have fun , aku tak peduli dan aku pentingkan diri sendiri . start sekolah menengah, aku menjalani hidup aku dengan satu prinsip "this is my life , sukahati aku lah nak buat apa dan ikut siapa" . tapi slogan tu dah buat aku sedar dgn banyak perkara . sngt banyak .

what is life ? aku sendiri pun tak tahu . tapi yang aku tahu , terlalu banyak benda yang aku belajar dari hidup ni . kawan bukan lah sesuatu yang boleh kekal . manusia ? manusia ni adalah makhluk yang mempunyai bnyk hasad dengki , manusia mudah lupa dan sngt sngt pentingkan diri sebenarnya . cara aku ckp , bunyi dia macam sngt mendalam , tapi sebenarnya tak . well , aku dah malas nak bagi pendapat aku . sbb aku naive dan tak pandai nak fikir , aku tak pernah serik dan aku mudah terpedaya , kadang2 aku rasa tak layak nak digelar 'manusia' pun . straight to the point , aku memang bodoh .

here is my problem , aku tak boleh nak ckp bnyk, tapi apa yang bolah aku ckp, parents . aku dah taknak malukan dorang , frankly , dorang lah everything bagi aku . fikir je lah , kalau dorang xde , kat mana aku kat dunia ni skrg . sbb dorang lah , at least aku tahu kenapa aku hidup , sbb dorang lah aku dapat belajar eveything . sbb dorang lah aku masih lagi bertahan . sbb dorang lah , aku ada lagi tekad untuk jadi manusia yang berguna . but like i said , aku just remaja 15tahun yg baru nak belajar membuat kesilapan . dan sbb tulah , aku dah hancurkan hati dorang , satu-persatu . even aku syg macam mana pun kat dorang , aku tetap dgn hati dan kedegilan aku . aku kejam dan aku tahu tapi aku tak boleh nak berubah . mungkin sbb aku mmg macam ni .

manusia boleh berubah , tapi individu tu sendiri yang kene ubah diri dia sendiri . same teori , aku boleh berubah tapi hanya aku yang boleh ubah diri aku sendiri . bukan sbb orang lain . aku ada otak dan aku tahu macam mana nak hidup dan tentukan hidup aku . tapi aku dapat belajar something tadi , aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri . aku tak boleh nak buat apa yang aku suka sesuka-hati sbb apa yang aku buat akan memberi impak kepada hidup org lain . dan apa yang aku buat akan tentukan masa depan aku kat "akhirat" nanti .