Thursday, December 31, 2009

2010


kruk krak kruk. bunyi tangan aku .

so , now , pukul 1 :43 am pada 1 januari 2010 . baru balik dari the curve. aku masih lagi pakai skinny dengan t-shirt yang aku pakai tadi . malas nak tukar . bau aku busuk. malam ni aku rasa taknak tidur . aku nak fikir apa azam aku pada tahun depan dan apa aku nak buat dengan hidup aku . aku dah tua setahun dan boleh mati pada bila2 masa sahaja . kadang2 aku rasa tensyen jugak bila fikir pasal diri aku ni . tadi , bila aku tengok orang2 sekeliling , aku rasa aku kecik je . nothing special and aku rasa tak guna . pelik nye aku ? tapi aku tak kisah , kau lagi pelik . HA , HA .

btw , ehem2 . TADI BUNGA API BESAR GILA , WARNA WARNI WOO . PASTUKAN , RAMAI GILA ORANG SEMBUR SNOW SPRAY . BEST GILAAAAAA . AKU PUN BELI . 4-10 . HAHA . THEN PUKUL 12 TU , NAJWA CALL JERIT2 CAKAP HAPPY NEW YEAR , AKU PUN JERIT . AKU JERIT LAGI KUAT . KORANG NAK DENGAR ? TAK PAYAH . BTW TADI MMG GEMPAK GILA BABI BHAII .

haha . btw , azam aku tahun ni ialah tiada azam . bye .

Wednesday, December 30, 2009

Random Questions

Do you have any pets?
kucing yang suka berak se-su-ka-ha-ti .
What color shirt are you wearing?
im not wearing any shirt .
Name three things that are physically close to you:
handphone , laptop , books .
What is the last book you read?
sleepless by terri clark .
Are you or were you a good student?
tak tahu . tanya cikgu saya .
What's the weather like right now?
duduk dalam bilik ni mendung .
Who tells the best jokes?
nabil raja lawak <3
What was the last thing you dreamed about?
keluarga saya ialah power rangers dan selamatkan malaysia .
Do you drive? If so, have you ever crashed?
no but im sure i will if i do .
Do you believe in karma?
what goes around comes around ? NO .
Do you believe in luck?
mybe kalau saya dapat 10ribu tibatiba, saya akan percaya.
Do you collect anything? If so, what?
buku komik . penuh satu rak . saya pun TAK percaya .
Are you proud of yourself?
for what ? im nothing .
Are you reliable?
err, adakah saya boleh dipercayai ?
What's your favorite food?
food is my favorite food .
Have you ever had a secret admirer?
adaaaaaaa *wah kembang lubang hidung .
Do like to draw?
nak lukis petak pun tak jadi .
Is your room messy?
kejap lagi saya kemas lahh -.-
What do you like better: oranges or apples?
apple . oranges susah nak kupas .
Do you give in easily?
saya seorang yang mudah berputus asa dan saya akan berubah .
Are you a good guesser?
mula2 saya rasa farid kamil yang suka saya rupanya johhny depp yang suka saya
Are you a bully?
saya tak pernah buli orang .
Do you have a job?
kerja saya hanyalah menghabiskan duit ibubapa saya
What time did you wake up this morning?
pukul 12pm sbb mimpi power rangers tu panjang .
What did you eat for breakfast this morning?
donut adik saya
Do you have any nicknames?
like milo , milo tin , tambbe , gemuk ? YES , i do have any nicknames.
What's your least favorite color?
i dont have favorite color .
Is there someone you have been constantly thinking about? If yes, who?
yes , adik sayaaaaaaa . omg dia gila babi punya annoying ( ! )
Would you ever go skydiving?
if i know what is skydiving mybe i will say "yes" or mybe not .
What toothpaste do you use?
haha . non-of-ur-business
What's the last movie you saw?
bandslam .
What do you want to know about the future?
adakah saya akan still shopping dekat forever21 atau tak ?
What does your last text message say?
from maxis .
Who was the last person you spoke over the phone to?
akmal . kejap lagi dia ada photo shooting -.-
What's your favorite school subject?
sejarahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .
Would you rather have money or love?
money , cuz money 'is' love .. right ?
What is your dream vacation?
jepunnnnnnnnnn .
What is your favorite animal?
babi . oink oink .
Do you miss anyone right now?
yes . my bestfriends .
Do you need to do laundry?
why i need to do that ?
Do you listen to the radio?
mybe .. if i 'have' a radio .
What's your ringtone?
baby are u down down down down down .
Who was the last person to make you laugh?
myself .
Do you have any obsessions right now?
yes , johhny deppppppppp .
Do you watch cartoons?
span bewarna kuning itu .
Have you ever sat on a roof?
yes . i lovvve doing that . macam best :)
Name three things in the world you dislike:
tikus , spaggeti and sometimes , myself .
Name three people in the world you dislike:
selena gomez , aref , and millatina .
Do you like sushi?
no . sushi pelik .
Do you believe in magic?
yes tapi tak akan terjadi kepada saya .
Do you hold grudges?
saya suka berdendam :)

EH DAH HABIS . haha .

Monday, December 28, 2009

lawak paling tak kelakar dlm dunia

hari ni aku moody . aku bangun tido seawal 7pagi dan terus pegi jogging dengan bersungguh2, aku sngt yakin berat badan aku dah turun sebanyak 1gram dan selepas itu aku rasa sangat lapar . jadi aku ambil keputusan paling dasyat sekali dlm dunia , iaitu makan nasik lemak kak misah . sngt sedap dan tengahari aku makan abc dgn nasik ayam dan putu piring . semua makanan menggoda aku hari ni . aku tak tahu kenapa. then , malam pula mak aku bawak balik nasi lemak antarabangsa . what the heckk .. so dipanjangkan cerita , aku kenyang .

semasa sedang makan nasik lemak antarabangsa , adik aku, Iman, tengok jam . dia tanya,

"EH, baru pukul 7:30?"

then , maid aku cakap dari dapur "jam tu dah mati la iman.. xde bateri"

tiba2, adik aku lagi satu , Amin, cakap "mati dah ? innalillah"

iman gelak. setelah 2minit kemudian , aku baru dapat pick-up lawak yang adik aku, amin, try buat so aku gelak . sampai terpelanting nasi aku dlm mulut . ish , sngt tak senonoh .

then , ketika aku sedang basuh pinggan sambil nyanyi lagi thinking of you dari katy perry , adik aku datang dapur letak pinggan kat singki sambil cakap ,

"janganlah nyanyi , karang mati semua jam dalam rumah kita ni"

seperti biasa , setelah 2minit kemudian , aku gelak . sorang2 .

thanks adik2 aku sbb buat aku gelak , hilang moody aku kejap . tak jadi aku nak emo lama2 . jadi untuk balas budi dorang yang baik tu even aku selalu curi sarapan dorang , aku nak imform kat korang . azam tahun baru adik2 aku .

amin "amin nak jadi superman yang boleh kuruskan kakaknya"
iman " iman taknak kencing dalam seluar lagi supaya tak kena smack down dgn mama"

azam aku ? entah lah . nanti aku fikir. anyway, amin kena pukul dgn aku lepas tu .

Sunday, December 27, 2009

meaninglesss

know what , aku terfikir , macam mana aku nak hidup in the future . time aku dah kena mula jaga diri sendiri . aku sememangnya tak dilahirkan berdikari . aku macam lemah . tak , aku tak lemah . kau lemah . eh bukan , aku lemah . fine , aku lemah . the thing is, aku rasa aku perlu "someone" untuk bagitau jalan mana aku patut pilih . mana aku patut pergi , apa yang aku kena elakkan, apa aku kena buat .

aku macam sesat kadang2 . aku ikot je siapa2 , aku redah je mana2 , then, after buat , aku fikir balik and aku rasa bodoh . aku rasa sial , aku rasa shit . mungkin sekarang aku ada parents , mybe dorang ada untuk tunjukkan aku jalan , tapi sampai bila ? one day , dorang akan lepaskan aku , dorang akan biar aku buat apa aku nak buat , dorang akan biar aku fikir sendiri . bila aku fikir2 balik , aku takut . aku belum tahu dunia sebenar dan aku rasa aku taknak tahu pun. kadang2 , aku pernah rasa tak sabar2 nak kenal dunia ni, belajar berdikari dan jauh dari ibubapa , aku boleh buat apa aku nak . bebas . benda yang paling aku suka . bebas . tapi , somehow, kadang2 aku rasa takut bila aku bebas .

aku takut aku pilih jalan yang salah . aku takut nanti aku dah tak kenal erti "suci" or aku lupa diri, aku lupa tuhan , aku lupa family, aku lupa aku akan mati, aku lupa everything . huh . apa akan aku jadi nanti ? sampah sarap atau emas? aku takut jugak bila fikir2 balik . ada banyak lagi benda yang aku akan belajar dan banyak lagi benda aku kena tahu . bnyk lagi pengalaman , penyesalan, perpisahan , yang aku kena hadapai. kalau aku hidup lama lah.

anyway , 10 tahun akan datang, aku harap aku adalah perempuan yang having fun , outgoing , pandai , still ada dara , tahu berfikir dgn bijak, tidak bergantung pada lelaki, dan mempunyai masa depan yang cerah . dan aku harap masyarakat recpect aku .

p/s : pernah tak korang rasa macam tuhan dah gelapkan hati korang?

cuti bulan12 saya

pada awal tahun 2009, aku tekad akan menghabiskan masa aku dgn sebaik yang mungkin ketika holiday bulan12 . aku nak belajar swimming , kurangkan penggunaan internet , jogging setiap pagi untuk turunkan berat badan , berlatih untuk bangun pagi dan tak miss breakfast. dan yang paling penting, aku ingin mengulangkaji pelajaran ( oh ayat aku sangat tak cool )

hari ini , 28disember 2009 , dan aku dapati yang aku telah menghabiskan masa aku dgn se-tidak baik yang mungkin . aku tak pergi belajar swimming , aku kerap menggunakan internet, aku hanya jogging 2kali sahaja pada bulan ini dan aku gagal turunkan berat badan , aku juga selalu bangun tengahari dan aku tak pernah tak miss breakfast dan yang paling cool sekali , aku tak sentuh pun apa2 buku pelajaran .

bagaimanapun , aku still rasa Farid Kamil sesuai dgn aku . tak pedulikk !

saya sukaaa

kejadian ini berlaku ketika aku sedang bercuti. ketika aku sedang menunggu parents aku membeli tiket , aku sorang2 sambil bersandar di satu tiang . tiang itu besar dan bewarna hijau .

aku pejam mata .. dan ketika aku sedang membuka mata semula , aku ternampak seorang lelaki , memakai baju topmen dan di lehernya tergantung camera dslr . sangat hot ! dia juga sorang2 dan juga bersandar di satu tiang yang lain . tiang itu juga besar tetapi bewarna merah . dia sedang senyum dgn cool sambil melihat gmbr2 di dlm camera nya . adakah aku telah jatuh cinta ? gosh . dia sangat handsome .

aku dgn muka yang agak lawa dan tak malu nya , berjalan ke arah nya dan turut bersandar di tiang merah yang sama sambil berpura2 menaip sms . aku curi2 pandang dslr dia dan tanpa aku sedari , aku menyebut "canon.." secara random .

what the fackkk ,

seperti yg aku jangka, dia dengar dan memandang ke arah aku . aku berpeluh . aku rasa nak kencing dalam seluar . takkan tiba2 aku nak lari pulak ? mungkin aku patut cakap "saya suka camera awak" untk menutup malu . uhh , "saya suka camera awak" ? sngt tak cool !

ahhh . ini kecemasan . so aku pun mula buka mulut ,

"saya sukaa.."

dan dia angkat kening dia sambil tersenyum . ( oh sangat hot ! )

"saya sukaa .. cara awak angkat kening awak . sngt cool"

oh shit ! apa benda aku ckp ni ! so belum sempat dia ckp apa2 , aku blah kan diri .

apa benda tadi tu ? "saya sukaa .. cara awak angkat kening awak . sngt cool" . lain yg aku nak ckp , lain yang keluar . uhhh, aku langsung tak percaya aku ckp mcm tu .

anyway , di dlm A Famosa tersebut , aku ternampak dia lagi dalam 3,4 kali . tapi sumpah aku tak ikot dia . dia nmpk seronok menghabiskan masa dgn gf dia . gf dia hot , rambut perang , body cun dan hitam manis .

Wednesday, December 23, 2009

ehh , HELLO

tak sangka kita bertemu lagi . ye , persoalan anda kini terjawab . saya belum mati lagi . saya sebenarnya baru sahaja lepas menghadiri kem "if u fat , better you get dead" . selepas menghadiri kem selama 14hari 41 malam itu . saya kini kembali normal . banyak perkara yang saya pelajari daripada kem itu terutamanya , kalau anda mahu beli topup di 7eleven , pastikan abang 7e itu handsome . anyway , cerita tentang kem itu hanyalah khayalan semata2 .

sebenarnya , saya sebagai remaja yang baru nak mengenal dunia dan forever21 (tidak lupa juga cotton-on) telah membuat kesilapan yang mungkin akan saya ulangi . anda tidak perlu tahu kesilapan apa itu tetapi yang pasti saya masih dara dan suci . oleh kerana perbuatan saya itu kantoi , saya telah di denda (dlm kata lain grounded) oleh ayah saya . dulu ayah saya seorang yg lemah lembut dan bertolak ansur tetapi dia amat risau tentang saya dah tak mahu saya menjadi remaja sampah-sarap jadi dia mengambil keputusan untk lakukan apa sahaja untk saya menjadi anak dara yang baik dan tolong mak masak kat dapur .

maka , dia mengambil satu2 nya benda yang sngt2 saya cintai sepenuh hati saya iaitu laptop saya . jadi , skrg saya hanya boleh menggunakan laptop selama 2jam sehari dan bukannya 24jam sehari . ye , saya tahu . amat kejam sekali . huh ! apapun mungkin pada tahun hadapan , iaitu tahun 2010 , saya akan dapat kembali laptop saya , mungkin tidak tapi saya akan pastikan juga saya dpt balik laptop saya nanti .

btw , jgnlah rindu saya sngt , nanti saay post blog bnyk2 ye ?
anda semua sihat ? dah fikir azam 2010 nanti?

Saturday, December 12, 2009

pengalaman pertama

kau pernah masuk rumah hantu ?ouh aku saja tanya , sbb tadi aku baru sahaja masuk rumah hantu (dgn berjalan kaki) . di times squre . ala yang dalam cosmo world tu . haa. anyway , sebelum aku masuk rumah hantu tersebut , aku dah start lemah jantung . perut aku dah kecut dan tangan aku tiba2 kejang .

oke oke! semua boleh ketawakan aku kerana sememangnya aku dilahirkan penakut . its a gift okay. so, setelah dipaksa oleh kawan aku, aiman , aku pun masuklah bersama dia . sebenarnya aku tak rela , tapi dia heret aku . ye dia kejam .

di permulaan rumah hantu tersebut , tiada hantu pun yang sergah aku, tapi aku dah lari balik keluar. di luar , kawan aku heret aku lagi sekali untk masuk ke dalam . jadi nak tak nak aku terpaksa masuk jugak . lagipun , duit pun dah bayar . RM9.00 lagi .

huh! (mengeluh) , kenape lah kita kena bayar duit hanya untk masuk rumah hantu dan menakutkan diri sendiri ? rumah hantu adalah sesuatu yang tidak realistik dan sngt merugikan . dan yang paling teruk , ianya TIDAK MENYERONOKKAN . i just cant understand this world !

SO , di dalam rumah hantu tersebut , i was like so freakin' out . mmg tak boleh nak cakap takut dia . masa tu , aku terpaksa memilih antara memeluk keling yang berada dihadapanku iaitu penjaga rumah hantu yg menemani kiteorg masuk , atau memeluk kawanku , aiman . aku berhadapan dgn situasi yang merumitkan . disebabkan keling baunya , well, busuk . jadi aku memilih aiman . aku memeluk aiman sekuat2 nya dan nasib baik dia tidak mengambil apa2 kesempatan kerana aku tahu , dia pun tengah takut jugak .

sepanjang perjalanan di dalam 'rumah hantu" itu , aku berbisik sendiri ,

"jgn nangis milla , milla jgn nangis , jgn nangis milla , jgn nangis mcm perempuan milla , jgn milla , jangan . kau tu bukan perempuan , jgn nangis mcm perempuan milla . ingt milla, kau tu laki milla , jgn nangis, boobs kau tu span je milla , kau tu laki milla . bukan perempuan , kau takde batang sbb kau cacat milla , tapi kau laki milla . bukan perempuan, jgn nangis milla . jgn nangis!"

dan ketika aku sedang cakap mcm tu berulang2 kali , tiba2 , ada makhluk lain gelak betul2 kat telinga kanan aku . dan ada lagi satu makhluk lain meniup angin lembut di telinga kiri . masa tu , air mata aku terburai macam air terjun . aku nangis sekuat2 nya sampai sume hantu2 palsu kat situ sume terdiam . keling tu terus menggelabah dan membawa aku keluar secepat yg mungkin .

itulah pengalaman pertama aku masuk rumah hantu . lain kali jgn harap aku nak masuk lagi . apapun , aku dah berjaya memalukan diri sendiri dgn menge-post entry ini tetapi ini untuk kebaikan semua . wahai pembaca sekalian , jgn sesekali !

masuk rumah hantu dekat dlm cosmo world . sekian , terima kasih .

Monday, December 7, 2009

darjah1,2,3

time aku kecil , aku seorang yang kurus kering , selalunya berambut pendek dan aku sememangnya hitam . tapi aku comel . aku suka benda2 yang bewarna pink dan benda yang berkelip2, aku sngt girly tapi mak aku selalu memaksa aku memotong rmbt sehingga pendek. disebabkan dulu aku ingt mak aku boleh makan aku , aku ikot sahaja apa yg beliau inginkan. kadang2 mak aku gunting rmbt aku macam payung . aku suka jugak sebenarnya.

anyway, dulu semasa bersekolah rendah di sri delima, aku selalu dtg sekolah berambut tocang (ketika rmbt panjang) dan mengheret beg roda ku yg bewarna pink . buku2 sekolah ku habis aku lekatkan dgn sticker kelip2 yang boleh menjejasan penglihatan. dan aku ingt , sejak kecil lagi aku seorang yang penipu dan pencuri .

darjah3 : ketika bulan puasa , agak ramai kawan2 ku yg cuba untuk puasa . ketika rehat , semua pelajar melayu tidak pergi ke kantin . kecuali seorang bdk perempuan ni yg di rambutnya ada reben dan sepit pink. oh ! itu aku . ye , aku mmg selamba pergi ke kantin untk mkn, bila kawan2 ku tanya , "eh milla , kau tak puasa" . aku ckp " aku period" . dan disebabkan kwn2 aku ni pun agak bengap jugak . dorang terpedaya .

ketika aku darjah 3 juga , aku selalu curi2 duit mak aku untk membeli sepit dan sticker, gula2 dan ice cream. kesian mak aku . siapa suruh dia simpan duit dlm kotak barbie aku ? kan senang aku nak amek. haa, dulu, aku pandai , tapi aku malasss nak study , ketika ada hari report card , aku ckp dgn cikgu aku yg mak aku saket , lepas tu , aku ckp dgn jiran aku suruh amek kan report card aku , haa . pandai kan aku ? tapi akhirnya mak aku tahu jgk . lepas tu aku kena bantai dgn rotan , dulu , time aku tngk rotan , aku rasa nak pitam . fobia .

dan aku ingt lagi , aku paling benci perhimpunan , setiap kali hari isnin , aku akan pura2 saket , batuk2 , dan aku dgn sendiri nya akan pergi bilik saket dan tidur di sana . SETIAP ISNIN . dan dulu aku paling takut dgn cikgu ni . cikgu ni cina . aku lupa nama dia tapi kalau aku nak pergi tandas time class dia , aku akan tahan , sbb aku nak pandang muka dia pun takut . satu hari ,aku demam , aku rasa nak pengsan . ketika tu dia mengajar , aku tahan dan tiba2 kwn aku jerit , "cikgu, milla mcm nak pengsan , bdn dia panas cikgu" dan cikgu tu dtg kat aku, aku punya takut , sampai aku tak buka mata, aku tutup mata aku rapat . cikgu tu panggil pun aku diam je. lepas tu tahu2 , aku dah ada kat bilik guru.

time kecil, aku sngt bodoh . bila aku ingt2 balik zaman bdak2 aku , aku rasa nak bunuh diri .dulu aku ingt yang kalau dah kawen , kena cium pipi, lepas tu ade automatik dpt anak (tak payah buat seks) . and and dulu aku jatuh cinta dgn cikgu sklh rendah aku , konon2 cinta pertama , last2 bila dia ckp dia nak kawen , aku nangis 3 hari 12 malam. aku merajuk dgn cikgu tu siap tak nak belajar sume . kelakar betul . aku ingt. first time aku pakai make-up mcm hantu . aku je yg perasan makeup aku lawa . semua diam . puji tak , kutuk tak .

apa2 pun , sekarang aku mmg dah lain . kalau aku jumpa balik kawan2 aku time aku sekolah rendah , aku akan buat2 tak kenal . JANGAN HARAP , aku nak mengaku yang aku ni milla yang hitam , kering , gedik , penipu, dan selalu pakai benda2 pink kelip2 .

Friday, December 4, 2009

entry paling tak guna aku

terima kasih kerana membaca . haha . disebabkan aku telah memaksa lebih ramai lagi org membaca blog jahanam aku ni . lagi2 pasal nak jadi hot kt ms tu dan follower pun mcm bertambah, aku nak bagi korang hadiah . hadiahnya berbentuk pakej bermalam di rumah sendiri selama 3hari 2malam . sesiapa yang rasa berminat , sila hubungi saya di talian maxis (selamat mencari no phone saya) dan jika anda perlukan sebarang bantuan, sila dail 999 dan saya nasihatkan anda mewakili pihak kerajaan , "jangan buat panggilan palsu" . kerana ini sngt serius ye . lagi satu , sekarang ni, aku rasa mcm takut nak jwb panggilan yang tidak aku kenali . tak tahu kenapa. mungkin kerana aku ade terima text ni kot :

"nama ku aida. umur ku 20tahun . aku mati pada 17.1.07 . aku dibunuh, diperkosa, tubuhku diptng2, jasadku dbuang dipssran pantai. aku mencari pembunuhku krn polis blm menemukan jasadku, tlg sbarkan msg ini kpd 10org, jika tidak, aku akan mengganggu mu"


aku tak percaya langsung pasal msg ni sbb hantu mana tahu tulis singkatan. HAHA. anyway , aku syorkan korang semua tengok cerita "one missed call" .

p/s : jgn suruh aku follow blog korang sbb aku tak reti (jangan ajar!)

5perkara yang aku boleh fikir

sebelum itu, aku ingin meminta maaf kerana kebalakangan ini , aku rasa mcm nak marah semua org . semua benda lah kiranya . hari tu, aku baca surat khabar, isteri tinggalkan suami dan ditangkap berkhalwat dgn lelaki lain ketika inai masih merah di jari. aku rasa perempuan itu sngt kejam . mentang2 lah suami nye tu gemok dan tak hensem ! "fuck you perempuan."

huh. kalau tngk2 balik blog aku , semua mcm emo2 .kan ? lepas ni insya' aku tak emo mcm ini lagi . apa pun , aku nak bagitahu 5 perkara yang boleh buat aku rasa bengang :


1) bila orang pinjam hp aku dan buat mcm hp sendiri . aku dah baik2 kasi pinjam hp, kau boleh borak2 dgn bf kau lama2 . yg aku tak tahan tu , nak ckp "bye" tu sampai 10 kali . apa kes beb . kedit aku tu .

2) aku bengang bila hp aku xde bateri , patut ke aku blame syarikat samsung kerana bekalkan bateri yang lemah dan bodoh ?

3) "ade aku tanya?" - soalan paling annoying sekali. aku dah excited bercerita sampai habis, aku bagitau something yang mybe kau perlu tahu, kau buat muka blurr sambil tanya "ade aku tanya?" . lepas ni jgn harap lah aku nak ckp ape2 lagi dah dgn kau .

4) perempuan yang perasan dia hot /lawa sngt . baru lepas kena ngorat dgn mat bangla tepi jalan dah kecoh . baru kena bunyi tikus siket, dah menggedik . annoying gila aku . kau ingt kau je ke kat dunia ni yang lawa ?

5) orang melayu yang cakap melayu ada slang english . nak bangga ckp org putih pun tak payah la sampai nak buat aku meluat .

*sekali lagi aku mintak maaf
sbb entry ni pun ,
mcm emo jugak .

Thursday, December 3, 2009

aku anak sulung

okey , kenapa aku boleh jadi baik gila dgn kawan2 aku , tapi aku boleh jadi mcm sial dan kejam gila dgn adik2 lelaki aku ? BINGO ! you right . sbb aku benci dorang . aku rasa dorang annoying gila mcm jahanam . selalu buat muka mcm menyakitkan hati dan selalu berserabut dlm rumah aku . buat bising dan kdg2 jadi penghasut dan mata kedua untk parent aku . dan aku benci gila bila dorang buat muka mcm "i have my eyes on you sista" . -sambil angkat kening mcm ziana zain .

tapi sebenarnya, aku tipu , aku tak benci dorang . how can aku benci family aku sendiri ? bak kata adam sandler dlm movie click, "family first" . tapi aku tak tipu pasal sikap dorang yang annoying mcm jahanam, muka menyakitkan hati, selalu berserabut , pembising , dan penghasut tu . yeah dorang mmg annoying mcm jahanam, muka menyakitkan hati, selalu berserabut , pembising , dan penghasut , tapi aku tak pernah benci dorang , setiap kali aku cuba untk benci dorang , aku gagal. no matter what happend, dia still adek2 aku . tapi aku mengaku , aku mmg kejam sedikit dgn dorang , (kejam bnyk sebenarnya) , dgn kwn2 aku pun , aku tak kejam mcm ni

bilik aku dgn adek2 aku bersambung dan kami berkongsi toilet , kdg2, bila dia tak tahan sngt nak terkencing dan aku berada di dlm toilet , aku saja lambat2 kan , dia dah ketuk2 pintu jerit2 suruh aku keluar , aku dlm bilik air( tahan gelak) . bila aku keluar , aku nmpk dia dah berkerut sambil terkepit2 . HAHA . dia jerit "nina buat apa dlm tandas lama sngt haa?" , aku jawab "nina jumpa UFO dlm tandas tadi" dan dia terus masuk toilet , ketika dia di dalam , aku saja off lampu tandas, hihi . dia jerit "ninaaaaaaaaaaaaaaa!". aku dah gelak guling2 . kesian kau .

bila sarapan , aku bgn awal sbb selalunya aku bau makanan dulu . kadang2 , bila aku tengah mkn dan adik2 aku belum bgn , aku selalu habiskan sarapan lagi2 kalau sarapan tu hotdog cheese (mknn fav dorang) , bila dorang bgn , nmpk aku tengah habiskan sarapan , dorang mesti jerit "mamaaa! nina habiskan sarapan lagiiiiiii" .

heh , ada bnyk lagi benda2 kejam aku selalu buat kt adik aku . saja kacau dorang . kan ? baru lah boleh menjana ketahanan luar dan dalam . see, aku sebenarnya seorang kakak yang baik :) apa? korang tak percaya ? haha .

p/s : time dorang dah besar , smart dan handsome , aku pasti akan bawak dorang ke bb (bukit bintang) . HAHA . aku dah ajar dorang , kalau jumpa perempuan hot, kita hanya boleh lihat sahaja .

i hate to face this but ,

apa kau rasa bila kau macam jadi stranger dalam rumah sendiri , dengan keluarga sendiri?

tak selesa, boring , malap, sial , celaka , kan ? itu yang aku lalui sekarang . disebabkan aku ada problem sedikit dgn parents aku (kerana masaalah so sial aku ) , aku dah 2hari tak dinner sama2, tak makan , dan hanya terperap di dlm bilik . dunia aku selama 2 hari ini hanyalah laptop , aku mandi sekali sehari dan aku sngt lapar. aku rasa moody dan cuba membuka web2 kelakar untk menceriakan "dunia bilik" aku ni .

kalau nak di-ikutkan, aku nmpk seperti remaja 14tahun yang merajuk kerana parents cuba halang hubungan percintaan ku lalu duduk di dlm bilik , merajuk tak nak mkn sambil dengar lagu "love story dari taylor switf" . tetapi realitinya , aku tak merajuk , tapi aku tak sanggup nak berhadapan dgn kedua2 ibubapa ku dan reaksi yg mereka bakal berikan .

bila aku cuba keluar dari bilik aku , aku rasa seram , sekeliling aku mcm "black and white", aku rasa mcm 100% stranger , aku jalan terhendap2 mcm pencuri , aku berdoa supaya tak terserempak dgn parents aku , (dlm rumah sendiri? wtf?) , huh, setengah jalan ke dapur , aku dengar bunyi moto ayah aku , aku terus berlari selaju tahap kelajuan tikus lalu cepat2 masuk ke dlm bilik .

aku rasa tertekan ! aku lapa dan aku xde kredit ! aku rasa kalau laptop aku xde, aku boleh mati, dlm keadaan tragik sekali . so, its just u and me , encik laptop . hmm , aku rasa.. mybe aku terlalu takut nak berhadapan dgn DUNIA dan REALITI . Life is complicated, everything seems so wrong, and shit happens.

tadi, mak lang aku dtg rumah , dia tahu pasal aku tak makan , dan dia ketuk pintu aku , aku buka pelan2, aku nmpk dia senyum smbl bawak nasik goreng kerabu . mula2 aku fikir nak tolak , tapi bila aku tngk mak lang aku dah panas kan sume , hmm . aku amek jelah . 5minutes after that, dia dtg lagi , bawak air dan buah-buahan , that time , aku rasa mata aku dah berair. somehow, aku rasa dlm hati aku, aku harap sngt org yang senyum dan bwk makanan tu adalah mak aku , or mybe ayah aku .

but salah siapa semua ni terjadi ? aku .sampai bila aku nak mcm ni? takkan aku nak habiskan masa cuti aku , dgn membuka laptop, terperap dlm bilik, dan curi2 makan tengah malam ? org lain sedang happy holiday dgn family tapi aku ? aku dah rasa mcm org asing dlm rumah ni. aku rasa nak menjerit , tapi xde ayat yg keluar. tapi , apa korang nak aku buat ? apa yang korang akan buat kalau korang dh ckp something bad and hampir lari rumah ?

sometimes, kita rasa dorang menyusahkan , dorang menggangu , dorang tidak memahami , kdg2 kita tak tahan , kita melawan , kita memberontak , tapi aku tahu , walaupun kita rasa mcm tu, kita still sayang dorang. cuma hormon remaja dlm diri kita buat kita susah nak buktikan sume tu . aku tak tahu apa nak buat , apa nak fikir, apa nak ckp, lepas ni .

P/s : maaf , lain kali aku akan cuba untk tidak post entry2 berbentuk luahan perasaan seperti ini lagi.