Monday, November 30, 2009

u such a gay boy

kau tahu ? bila ada perempuan lawa atau hot , cakap yang aku ni buruk , ta lawa . aku takde nak kutuk dia lebih2 balik . sbb aku tahu . aku ta lawa . dan dia lawa so aku nak cakap apa lagi ? dia mmg lagi lawa so better aku shut up . kan ?

tapi kalau ada perempuan tak lawa, tak hot , cakap yang aku ni tak lawa , hodoh . pergh , pegi mati ah . jgn harap aku nak diam . kau tak lawa , nak ckp2 aku hodoh, perasan cun, apa kes? menggelabah .

face-it , if u NOT pretty , u are fucked(:

aku benci dgn perempuan yang tak reti nak cermin diri sendiri dan cuba mengejek org lain (tak kira yg lawa atau tak) . aku tak ckp , "kalau kau tak lawa, aku benci kau" . aku ada ramai kwn tak lawa mcm aku , aku tak bagi shit kt dorang hanya sbb dorang ta lawa . tapi tolonglah , kalau ta lawa, jaga perangai . jgn sukasuka nak kata org hodoh kalau kau sendiri tak lawa. aku ada cermin kalau kau nak pinjam .

nyway , aku mmg tabik dgn perempuan lawa yang perangai baik. -mmg susah nak jumpa . untk perempuan yang muka lawa tapi perangai mcm setan tu , gth . but you lucky , u are NOT ALWAYS FUCKED .

Sunday, November 29, 2009

selamat hari raya haji

Hari raya haji aku merupakan hari paling malas aku , aku bgn seawal 12tengahari dan aku tido balik. ketika aku bgn , aku melihat semua orang sudah berpakaian raya . aku bgn dengan muka busuk dan bdn yang busuk lalu semua org yang ada disitu melihat aku yang busuk . sememangnya aku mmg busuk . aku mandi dan memakai baju yang tidak busuk . (baju kurung) aku rasa panas sampai nak buka baju. tapi aku malas nak buka baju .

nenek aku memerintahkan aku untuk pergi ke kedai , membeli kunyit . disebabkan aku tidak beberapa pasti bentuk dan warna kunyit tersebut , aku menolak dgn alasan, kaki aku saket . setelah nenek aku menyepak kaki aku sehingga ia jadi betul2 saket , aku pun setuju untk pergi ke kedai . ketika aku berada di kedai , sekumpulan remaja kampung datang menaiki moto . ketika itu aku rasa hendak membunuh diri kerana mereka semua TIDAK MEMAKAI BAJU KURUNG DAN BAJU MELAYU . semua memandang ke arah ku . kesian dgn aku .

aku membeli kunyit dan terus cepat2 keluar dari situ . lelaki2 yang berada di situ membuat bunyi tikus sambil menjeling ke arah ku . aku jeling balik . lepas tu aku belah . ketika sampai di rumah , aku dimarahi nenek dan nenek hampir2 mematahkan kaki aku kerana aku membeli kunyit satu je . nenek aku pesan 3. nenek aku suruh aku pergi ke kedai semula . aku menolak dan masuk ke dlm toilet dgn alasan saket perot selama 2 jam . nasib baik toilet tu wangi (:

cullen (:

kalau aku jadi lelaki , kemungkinan besar sekali aku akan jadi gay jika aku dpt melihat dia naked LIVE . HAHA . i think everyone should adore him . face it , he's HOT .

meet my new bestfriend (:

ketika sedang berjalan2 dekat kampung . ada beberapa lembu jeling dekat aku . aku jeling balik . dan kemudian patung domo ini jatuh ke atas riba aku . so betul la org ckp , bulan tak boleh jatuh ke riba tapi domo boleh (: so dialah yang jadi bestfriend aku dekat kampung disebabkan satu kampung sume tak suka aku (sbb aku lawa sngt) jadi aku bercakap dgn dia everything , *aku tahu kau rasa aku bodoh . tapi siapa je yang tak bodoh kan ?

Tuesday, November 24, 2009

tiada beza


setelah potong rmbt di saloon yang mahal ,
inilah hasil nya , tiada perubahan pun . HAHA .

aku malas nak fikir

Tahniah !
tahniah tahniah tahniah kepada saya . (saya , bukan awak!)
kerana telah memaksa ramai orang membaca blog saya (saya oke ,bukan awak ! yang awak nak menyebok sekali ni kenapa? huh )

hari ni saya rasa tidak mahu bahasakan diri sebagai 'aku' lagi . kalau aku (eh sape sebut aku tadi?!). huh , kalau saya ckp juga . sila cium saya sebanyak 6kali . kenapa 6? (sbb aku cakap mcmtu)

korang tahu tak kenapa aku lapar? (btw , aku dah putus asa , aku nak ckp 'aku' jugak) . sebenarnya , aku nak diet . YE , perempuan mmg suke diet . dan kalau korang tak perasan , aku perempuan . aku dah tekad siap baca nawaitu ckp tak nak dinner malam ni . kononnye , aku dah mkn bnyk time lunch . sebenarnya aku just mkn nasi lemak , nasi dagang , mcd , dgn chicken chop je . tapi aku yakin kan diri aku yang aku dh bnyk mkn so aku tak payah dinner . aku ingt aku dpt bertahan . .

sehinggalah pukul 10 , kaki aku berjalan sendiri ke dapur . AKU TAK TIPU ! ia berjalan sendiri . dekat dlm perut aku dah buat satu konsert free . aku ckp kat diri aku ketika berjalan ke dapur .

aku tak lapar , aku tak lapar,
aku tak lapar , aku tak lapar .

sampai kat dapur , aku ckp "shit ! aku betul betul lapar!" . aku buka peti sejukk . time tu aku doa , "tolonglah jgn ada makanan kat dlm ni , tolonglah , tolonglah ! " dan seperti yang aku sangka . ada makanan kat dalam tu ! ohh my! WHY THIS IS HAPPENING TO ME? WHY?!

aku tenung mknn kt dlm peti ais tu selama 10minit , (aku tipu, 5minit sbnrnya) . aku ambil semua jenis buah dan makan slow2, dgn harapan , aku tak lapar . aku ambil puding sekali . lepas tu , aku makan roti . lepas tu aku berlari meninggalkan dapur . *aku tak nak mkn apa2 lagi .

setengah jalan , aku stop . aku lupa . aku belum minum air . so aku patah balik . masuk dapur , aku tuang air , aku minum . time tengah minum , aku nmpk ada maggie . aku jeling kt maggie tu , maggie tu jeling balik kat aku . lepas minum air , aku keluar dapur , lepas tu , aku masuk balik . aku masak maggie .

THE END .

dslr

ada satu hakikat yang aku benci dlm gmbr aku ni .
iaitu dslr yang aku pegang tu , BUKAN aku punya .
aku nak , nak sngt bende ni dan aku pasti kalau aku dpt ,
mmg aku jaga baikbaik. aku guna sampai karat .
so korang rasa ? mcm mana aku nak dapat bende ni . A.S.A.P.
mintak dari parents? pmr kena 8A . ergh .
mencuri ? haa . aku pertimbangkan .

*thanks rara sbb bagi aku guna benda ni satu hari .
sori aku terbuat harta . *batak siket .

Monday, November 23, 2009

aku bangun awal harini

aku tido lmbt malam tadi . aku bgn awal kerana dia call dan suruh aku bgn ,
aku lupa aku dah janji ngn dia nak breakfast sama2 pagi ni ,
aku ngntuk ni . apa kata aku tidur balik ? oke ?
yee , korang pun rasa aku patut tido balik ?
alamak . ni yang sayang korang ni . thankss. korang mmg syg aku .

Sunday, November 22, 2009

pengalaman malam pertama

sebenarnya tajuk entry ini adalah tidak benar . aku tipu sebenarnya .
*padan muka kat korang sbb kena tipu .

aku nak bercerita tentang pengalaman pertama aku dipanggil cikgu di sekolah . aku tahu korang pernah kena panggil dgn cikgu kann . *yang kat belakang pakai baju warne oren tu jgn senyum2 , aku tahu kau pernah . ada yang kena panggil sbb bagi monyet mkn time cikgu mengajar , ada yang kena panggil sbb pukul org sampai keluar air mani . ada yang sbb buat peta dunia kt atas meja .

tapi aku ingt lagi , first time aku kena panggil dgn cikgu sbb cikgu jumpa surat permainan aku dlm beg . ketika itu aku masih bersekolah rendah . *jgn sebok tanya aku sekolah rendah kt mana , denga dulu aku nak cerita . ishh . haa . mana tadi . oke . rendah . haa cikgu tu mmg rendah . sama tinggi dgn aku . nama dia cikgu khadijah , KOT .

masa tu ada spotcheak , cikgu jumpa sehelai kertas warna merah tak silap aku , dlm beg . cikgu tu amek dan baca , kemudian dia masukkan kertas itu ke dlm poketnya . aku buat tak tahu je. sbb aku lupa tu kertas apa . satu jam 5saat kemudian , dia panggil aku masuk bilik guru . time tu aku tngk cikgu apa ntah tengah mkn nasik ayam . aku dpt rasa nasik ayam tu tak sedap .

cikgu tanya " ni apa ni?" aku jawab , "tu kertas warne merah saya , cikgu curi dari saya tadi . ingt saya tak nmpk eh ? saya nmpk tau . cikgu curi . cikgu amek senyap2." aku ingt kan cikgu tu nak gelak , sbb aku melawak je sebenarnya . tapi cikgu tu buat muka serius . aku takut lah . *masa tu aku darjah 4 oke , jgn gelak .


haa , lepas tuu . alamak weyh , bateri laptop aku nak habis lah . sori. aku cerita sampai sini je lah oke . bye ! *sebenarnya aku malu nak cerita tentang apa yang aku tulis kat kertas merah tu , hehe .

kampung

aku baru sahaja balik dari kampung . semasa di kampung , aku berasa seperti mahu membunuh diri . kerana aku sngt boring . YE . aku mmg seorang yang senang boring . disebabkan kampung aku tiada laptop , dan astro . aku tiada sebarang aktiviti yang hendak dibuat . aku hanya text orang , makan dan tidur . *aku rasa kalau aku duduk lebih lama di kampung , aku akan mati dlm keadaan gemuk .

mak aku ada menyuruh aku bersembang dgn atuk dan opah ku . tapi aku menolak . aku sayang mereka , tapi aku mmg jarang bercakap dgn atuk dan nenek ku . aku pelik melihat kebanyakkan cucu mereka rapat dgn mereka . ada dua sbb kenapa aku jarang bercakap dgn mereka .

pertama , opah aku seorang yang sengau . aku tak faham apa yang dia cakap ! *menangis . kadang2 bila dia tanya aku "kau buat apa" aku akan jawab "milla sehat la opah" . bila dia suruh aku ambil pinggan , aku akan pergi cari ubat saket pinggang . see . aku malu . sbb tu aku jauhkan diri . kedua , atuk aku seorang yang kuat berceramah . aku bukan nye tak suka dengar ceramah , tapi aku benci dengar ceramah . maaf atuk .


btw, dekat kampung , aku tengok satu iklan ni ,
sekumpulan budak kompang , nyanyi "potong2~"
banyak kali . HAHA . dlm perjalanan ke rumah , aku nyanyi kuat2 ,
"poootong! pootong! poootong! pootong !"
lepas aku habis nyanyi , adek aku muntah .
oh ! no wonder , dia belum sunat .

Friday, November 20, 2009

harini aku bunuh ramai orang dan aku tahu kau tak percaya

oke semua , hari ni , aku nak semua orang tepuk tangan kerana ,

AKU DAPAT NO 14 DLM CLASS .
kira okey la tu , *aku class first oke .

jadi yee , aku belum terfikir lagi nak minta apa pada kedua ibu bapa aku , tapi aku rasa aku takkan dapat apa2 . jadi aku tak minta .tapi ameerul dan janji nak bagi patung elmooo . weeeeeeeee .
*entah2 dia tipu . haha :P

Wednesday, November 18, 2009

sukahati aku lah

disebabkan ada sesetengah blog yang suka cakap pasal lelaki jenis apa yang dia benci dlm kata lain , tak suka . aku tertarik untuk luahkan benda yang sama . plus, aku tak keluar mana2 harini , aku xde credit na text sape2 ,myspace bosan sbb aku taken, xde org na try aku , aku xde bende nak buat . so , here we go ,

- aku benci bila lelaki minta topup dekat perempuan , tak kira lah emergency mcm mana pun .

- aku benci lelaki yang perangai punya la mcm sial tapi ckp "aku suke gurl bertudung" .

- aku benci laki yang lepak dgn kawan2 dia dan tinggalkan gf dia sorang2 mcm jahanam .

- aku benci lelaki yang pakai baju ada tulisan . kalau perempuan boleh lagi . laki? cannot go .

- aku benci lelaki yang ckp "i tak suka u pakai mcm ni , mcm tu , tak class betul, old fashion la my dear" kepala hotak kau . awek kau nak pakai apa , suka hati dialah .

- aku benci lelaki yang cakap manis mcm gula2 skittles tapi hakikatnya ? HAJAM JADAH .

- aku benci lelaki yang tak suka baca buku . and ckp buku tu low class , yes aku mengaku , lelaki mmg dah pandai malah lebih bijak dari perempuan , ade bukti. mmg fitrah . tapi laki jenis ni , aku rasa otak tak berkembang . come on , baca lah buku oke .

- aku benci laki yg show off , kalau duit xde , buat mcm xde duit buleh tak ? perempuan yang betul2 ikhlas tak pandang duit kau dlm poket .

- aku tak suke lelaki yang tulis mcm ni "akuw rasew kaw buat aq macam niew coz" . buleh tak type normal dan skema . aku tak faham .

-aku benci laki yang suke ckp lucah mcm sial pukimak lancau butoh depan perempuan , aku mengaku kdg2 aku terlepas ckp jgk bende ni, tapi at least , aku bukan nak tunjuk cool mcm korang .boleh belah la woi .

-aku benci bila laki yang pergi date tapi buat muka masam . kesian lah siket kat gf kau .

- aku rasa tak semua laki kena terus terang je bila nak ngorat perempuan , kadang2 kene jadi lebih misteri . kebanyakkan perempuan suka .

- aku faham , skrg ni zaman kalau nmpk awek cun lalu , buat bunyi tikus sambil muncungkan mulut , tapi sorry , aku benci bila laki buat mcm tu. xde class langsung . respect la siket awek tu

-tu jea la kot . otak aku dah low nak fikir benda lain .

everybody lies

siapa yang tak pernah menipu ? i mean , come on dude .

tipulah kalau kau cakap kau tak pernah menipu kan ?

1) menipu untk melindungi diri sendiri , bisanya drpd malu .
2) menipu untk melindungi seseorang .

biasanya aku menipu , dlm kata lain tidak bercakap benar apabila aku rasa aku perlu melindungi diri sendiri . aku ada dua pilihan , menipu atau memalukan diri sendiri . biasanya aku akan pilih yang pertama. aku lagi sanggup menipu dan menanggung dosa drpd memalukan diri sendiri . i mean , siapa yang tak ? mungkin segelintir . tapi aku bukan yang segilintir itu .

CONTOH , kalau aku datang sekolah , baru lepas break up dgn bf , mata baru lepas nangis , dan kawan2 baik aku tanya , asal mcm baru lepas nangis ni , milla ? hahh , jangan harap lah aku akan menangis lagi kat bahu dorang dan cerita semua benda pasal break up tu . NO WAY. aku bukan jenis yang akn bercerita sambil nangis2 pasal break up , lagi2 melibatkan lelaki . aku akan ckp aku baru lepas jatuh tangga kea, baru lps tngk movie hindustan kea , apa2 jea , but NOT the truth . kalau orang lain mybe akan buat mcm tu , tapi aku ? TAK .

kalau aku pergi sekolah , tudung lupa nak gosok , aku akan ckp maid aku lupa nak gosok padahal mmg aku lupa nak gosok tudung haritu . kalau cikgu aku tanya , asal ta pergi sekolah , aku tak akan jawab aku lmbt bgn , malas nak pergi sekolah , aku akan ckp , aku sakit . see, simple .

macam2 lagi penipuan aku pernah buat . tak kira penipuan itu bertujuan baik atau buruk . dan aku mengaku aku selalu menipu , tapi seperti tajuk entry ini . everybody lies . right ?

apa aku nak

aku pening . aku sngt pening sebenarnya . aku baru lepas baca blog seseorang . aku tak kenal penulis blog itu . dan blog dia sngt membuka minda dan memberi kesedaran . aku sngt sngt respect pada manusia jenis ini . dia cakap semua jadah dia nak cakap . tanpa takut kena benci dan kena saman . satu hari nanti , kalau aku dpt jumpa dia , aku akan salam dia dan ckp "ur blog is so amazing. kalau pun satu malaysia benci blog kau , aku still akan suka' . dia ada ckp :

"Kamu percaya tak, ramai orang rasa kosong kerana mereka dah dapat segala yang mereka mahukan? Dan mereka tak tahu hendak mahukan apa lagi. Dan mereka berasa lagi sedih kerana mereka tak paham kenapa mereka masih belum tenang dan gembira walaupun dah memiliki semuanya."

entah kenapa , aku rasa ayat di atas agak berkaitan dengan aku . aku tak cakap aku dapat apa yang aku mahukan . tidak sama sekali . i mean, aku tak dapat nikon , aku tak dapat keluar sesuka hati aku lagi , aku tak dapat muka yang betul2 lawa mcm yang aku nak, body yang hot , mcm2 lagi aku tak dapat . tapi aku dapat apa yang aku perlukan . aku beruntung dan kadang2 aku tak sedar tentang perkara tu .

aku dibesarkan dengan keluarga yang cukup sempurna . ayah aku kuat agama . satu keluarga tak sesat . mak aku garang tapi seorang yang memahami dan sayang pada anak2 nya. terlalu sayang . aku selalu dapat apa yang aku nak . apa yang aku minta . biasanya aku akan dapat. aku anak sulung dan sorry lah adik2 yg lain , biasanya kalau apa2 , aku yang dapat dulu . keluarga aku jarang gaduh dlm kata lain , aman dan harmoni .

aku ada kawan yang cukup baik dan caring pasal aku . gentle , aku sayang dorang . aku ada boyfriend yang sngt aku sayang , yang selalu jaga aku dan buatkan hidup aku lebih bermakna . dia dah cukup buat aku happy . see . aku ada family , kawan , bf yang cukup cukup baik .

semua yang aku perlukan , aku dapat . tapi semua yang aku nak . setengah je yang aku dapat . kesimpulannya , aku dah cukup bertuah . tapi kenapa aku tak pernah nak hargai dan kenapa somehow , dlm hati aku . aku still tak gembira dan happy ? aku rasa kosong .

sebenarnya , aku pun tak tahu apa yang cuba aku sampaikan . aku tak tahu apa yang aku nak tulis lepas ni . jgn tanya aku kenapa. aku pelik kenapa manusia tak pernah nak puas hati dngn apa yang dia miliki? sentiasa mahu jadi lebih dan lebih baik drpd orng lain . kalau aku , aku tak nak jadi lebih baik , i mean , tipu lah kalau aku cakap aku xnak jadi lebih baik dari orang lain -the best ! tapi still , apa aku peduli pasal orang lain , janji aku rasa happy . kan? sebenarnya apa yang aku nak ni ?

Tuesday, November 17, 2009

baca balik post bawah

tadi aku baca blog sendiri , TIDAK aku tak terasa bodoh membaca blog sendiri . then aku baca post bawah ini dan tergelak dgn sendiri . kenapa ? kerana sbb utama aku post entry di bawah kerana aku sebenarnya nak merepek tentang "realiti itu bosan" . HAHA . tapi aku end up dgn "HARAM J".oke. dah la . hari ini aku rasa tak terdaya nak type panjang2 kerana aku rasa aku belum makan . nanti lah . choww .

*chow ? chow ? sejak bila aku guna perkataan tu ? HAHA .

Monday, November 16, 2009

credit aku tinggal 3sen

tadi aku baru lepas baca blog orang . salah satu blog yg paling aku minati .
dah semestinya aku TAK AKAN bagitau korang blog apa yg aku baca tu .
sbb nanti korang x baca dah blog aku . serius .
dan dlm blog tu ada tulis " realiti itu bosan"
aku tak berapa fhm dgn ayat tersebut , lalu aku google .
ya , aku jarang menggunakan kamus kerana aku tak hafal ABC .
aku google dan pelbagai HARAM J aku dapat .

sebenarnya aku xfaham dgn perkataan "HARAM J"
yang selalu aku gunakan . ye, aku selalu guna ayat yang aku tak faham .
aku pun ta faham kenapa .
seperti contoh , lancau . aku ta tahu lancau tu apa .
tapi aku selalu sebut bila aku rasa cmm nak sebut .
mungkin sbb aku fikir aku akan nmpk gengster bila sebut "lancau" itu .
mungkin lah . back to the story ,
aku rasa HARAM J tu mungkin sekali , HARAM JAIS . mungkin .


tapi mungkin tidak .

Friday, November 13, 2009

hari ini

tadi , time aku nak buka laptop . aku agak blurr .
aku on laptop , lama gila dia loading .
so lama gila la aku tunggu kan ?
aku tunggu , and tunggu ..
akhirnya habis juga loading dia.
aku buka start , and click shutdown ,
aku tunggu sampai dia off .
then aku ckp "kimen , apehal aku shutdown balik ?"
so aku buka lagi sekali , and yeah , tunggu lagi sekali . huh .


selepas aku balik dari sekolah tadi , parents aku jemput naik kereta . biasanya aku jalan kaki . mak aku ckp mak aku baru lepas shopping bagai nak mati *dlm kata lain separuh mati , cari charge hp aku and baju untuk aku hang out esok sbb aku mengadu xde baju nak pakai :P sume baju dah penah pakai . haha . aku xsangka pulak mak aku yg mcm tak peduli tu , ambil berat . heee. harga dia ? lebih dari RM100 . tapi sumpah aku x suka . haha . bagi aku xlawa , i mean , xkira lah mak aku pilih dgn teilti pun , still , its not the way i dress up . tapi , xkan lah aku nak ckp kt mak aku "mama , baju ni retro sngt , nina tak suka" . i mean , come on lah , at least dia try what (: aku ckp aku suke sngt baju tuuu *tipu sunat . and yeah aku ckp thanks sngt2 kat mak aku . mama , no mather what , nina sayanggg mama sngt2 , thanks for everything , sumpah nina terharu gila babi <33

tadi aku main ragbi , dekat PJ .
naik bas yg disediakan . trainer die ,
bhaii , dari england .
aku xde lah excited sngt sbb well ,
die x hot mana pun .
tapi aku suka slang british dia , awww (':
balik2 habis lecun kasut aku kene lumpuh .
mcm kerbau baru balik berkubang .
bab bau pulak . isshh xsampai hati na jelas kan . HAHA .


sebelum aku buka komputer , aku mkn . well act aku dah tekad tak nak makan , sbb aku nak nmpk kurus esok . haha . tapi aku gagal berpura2 kenyang . haih .


btw , aku rindu najwa and meerul <33>


Wednesday, November 11, 2009

paper seni ,

ni lah yang aku tulis dekat kertas kosong,
semasa menunggu cikgu ambil paper seni .

ada cerita best ! semalam , aku on myspace , lepas tu aku sign out . habis .


kat sekolah aku , ada cikgu disiplin yg bernama "krisha kumari" , tapi aku lebih gemar memanggil beliau dgn nama "kurisha mari" . Lagi satu , aku xpernah tngk dia tak pakai baju sari dia tuu . teringin na tngk .


aku menyesal sbb tolak pinangan farid kamil haritu .


aku class ARIF , kelas paling pandai la konon nye ni . tetapi kenapa kelas A ni buruk dan tidak selesa ? Aku rasa inilah satusatu nya kelemahan dlm sistem pelajaran di negara kita . Budak yang pintar or budak yg sebenarnya tidak pintar tetapi tak tidur malam untuk baca buku sepatutnya , sewajarnya diberikan class yang cantik dan selesa .


saya makan 3kali sehari , tapi ameerul makan 7kali sehari .


kenapa tempat duduk aku panas di dlm dewan peperiksaan ? , aku rasa hafeeza yg dpt A dlm semua paper tu dpt A sbb dia duduk betul betul bawah kipas . bukankah ini tidak adil?


sepupu aku cakap , Dia nak kurus melidi tapi nak tetek , tak nak jadi papan . Kalau korang tanya aku? hmm , entah . xpernah terfikir .

aku rasa cerita pak pandir yg patut masuk dlm paper sejarah , menarik dan tidak membosankan , juga penuh pengajaran . siapa setuju ? patutkah aku masukkan isu ini di dlm parlimen ?


aku sngt sedih , kerana aku dpt tahu yang ada kerusi tersesat dekat 2C tertulis "mila gemok"



Lepas ni , aku nak bawak kereta . nak drive pergi mkn mcd . lapa . oke . apa aku nak makan ?
a ) buger mcdeluxe
b) nugget 4 ketul
c) ice cram mcflurry
d) coke
e) chicken satu set *spicyy .
f) eh kejap . aku tak pandai drive . shit .


Diyana pakai cermin mata selalu dpt markah tertinggi dlm paper math . Agak2 nya kalau aku pakai cermin mata . Aku akan dpt markah tertinggi dlm paper math tak ?


boring .


hari ni xde seekor cicak pun melekat kat siling kelas .



malam nanti aku nak mimpi aku couple dgn oliver sykes lah .


bila cikgu na kutip paper ni ?

Tuesday, November 10, 2009

tak dapat berfikir

ahh . kenapa nee ? kenapa tak dapat nak tido ?
oke aku mengaku aku tak try na tido tapi aku xnak tido .
aku x tahu since when , aku dah set mata aku tido lebih dari pukul 1 .
well , at least aku xmcm burung hantu , burung hantu mata bulat , aku mata sepet .

see , different thing .

aku tak tahu sekarang pukul berapa sbb aku rasa mcm sial jam bilik aku lawa tapi rosak . haritu aku pernah bgn pukul 12:30 tengahari dan aku lihat jam pukul 9:30 pagi *rosakk . aku dgn bangga nya tido balik lalu menyebabkan aku lewat ke sekolah , eh bukan, tak ke sekolah . aku dimarahi mak . aku tahu anak dara kene bgn pagi tapi tolonglah salahkan jam bilik aku. ia rosak dan memberi info yang salah ke minda . sampai skrg aku tak tahu kenapa aku malas sngt nak betulkan jam aku yang rosak tu . mybe sbb sayang .


kalau korang tanya aku tengah buat apa skrg ,



aku tengah duduk dpn laptop , online dan buka youtube , *bukan redtube , sambil2 tu aku sdg mengulangkaji pelajaran , aku tipu , aku tak pernah mengulangkaji pelajaran ketika berada di hadapan laptop . tidak sama sekali . oh ya , aku juga sedang membaca blog orang . *mcm xde keje . dan update blog sendiri , dan reply cmmnt org dekat myspace . *aku tak tahu sejak bila aku memilih untuk mereply cmmnt , mungkin sbb aku dah rasa aku hot atau tahap kemalasan aku sudah bertambah . ahh , tu je yang aku sedang buat kot , sbb harini xde cicak pun yg aku nmpk dekat dinding . jadi aku xmemandang ke siling ,



tapi kalau myspacers, tanya aku , aku tengah buat apa ? aku akan reply "tengah online.u?" ataupun aku tak reply , xde kejadah haram aku nak jawab betol2 aku tengah buat apa . nanti org ckp aku perasan sendiri . act aku xfhm dgn org yang tanya sebegitu , "hai" then , "tenga buat apa" i mean , xde motif , kan? tanya lah bende yang bermanfaat siket , or tanya bende yang membuka minda , jadi tidak membuang masa dan tenaga . tapi aku xsalah myspacer2 tersebut , kerana dorang ada hak unutk tanya aku apa yang dorang nak . *salah aku sbb buat myspace .


btw aku arahkan semua org yang baca ni , baca post bawah nii , sbb tanpa disedari , aku still lagi mencari dan mencari . aku nak lagu tuu !

Tolong

saya kini sedang mencari lagu fav yang baru , saya mahu lagu yang liriknya penuh makna dan rentaknya beralun dan buleh membuat kan saya menangis ketika saya dlm kesedihan . penuh emosi dan tidak menjahanamkan telinga . lagu yang betulbetul sedap . tidak . lagu ini bukan untuk diletakkan dlm section music di myspace . saya mahukan lagu yang betul2 buat saya cakap "woaa , ni lah lagu yang aku cari selama ini"

siapa yang dapat , please lah suroh aku try denga . merayu gila . pleaseeee *da lebam mata saya mencari lagu sedemekian di laman youtube dan redtube . bagi di myspace or ym okay .


ym : ihatebeingmybf@yahoo.com
myspace : milla terSEXSA

tiada penipuan

kenapa semua orang nak jadi special ? *ahh mestilah semua orang nak jadi special . semua nak jadi lain dari yang lain . nak jadi lebih menyerlah , nak jadi lebih hebat dari org lain, nak jadi lebih unik dan sebagainya. tapi realitinya semua orang sama . oke . mybe x sama tapi bukankah kita semua adalah manusia ? tapi, xkan na jadi sama jea , boring- kosong ! xde apa apa . *fill in the blank

mcm aku . aku nak jadi unik . aku xnak jadi sama . aku xnak jadi ta berguna . aku xnak jadi sama dgn orang lain , aku ta nak jadi aku , sebabnya? aku sama, aku gelak time lawak , aku senyum time gembira, aku nangis time aku sedeh, aku makan buger time aku lapa dan aku pergi ke tandas jika aku perlu . kesimpulannya aku sama . aku xunik , aku manusia biasa , aku xmenyerlah , aku xberguna , aku kosong ! aku nothing kat dunia ni . yeah aku mcm sedeh tapi tak ! aku xsedeh . aku cume berfikir . apa aku nak buat dalam hidup aku ? aku tak tahu nak buat apa dgn hidup aku .


kenapa aku diciptakan ? oke . aku xnak libatkan soal agama dalam hal ini . aku .. aah entah . aku tak tahu apa aku fikir sebernarnya . mungkin aku perlu makan sekarang

iklan besaa punye :D

haha , ni iklan fav kott . gentle , i jatuh cinta pandang pertama time tngk iklan bodo nee . HAHA . teguling2 i tngk . tapi tapi laki yang kuar dgn ikan besa tuu , coooooooomeeeeeeeeeeeeeeeel ! awww :'D haha , kat sekolah pun , i bnyk ckp "besaaa punya" tiba2 , xde motif , just boring , pastu ramai la yang ikot . haha . *dorang pun ada tv jgk kt rumah kan . cume sorang tu je yg ada tv kt rumah tapi xpenah tngk iklan nee *ameerul asyraf :'P

oke back to the storry , i xingat siapa yang mula kan dulu tapi i rse aliah kot :P i ckp "besaa punya" then , dia ckp "panjanggg punya" HAHAHA . na teguling i denga, *siapa yang ta fhm tu buat2 faham okay (:

bakat is talent

GUYS , i ta tahu kenapa tiba2 na type pasal bende nee . tapi i teringin sngt na tahu apa bakat i . gentle doe , i rase mcm takdee. i ta pandai sport , xpenah na try pun . *err, ragbi lain cerita . and buat mende lain pun i ta mahir sngt . music ? nahh , memasak ? bhaii , i potong bawang pun dgn penuh air mata darah . ada org ckp , semua org ada bakat tersendiri , tapi .. I ADE KE ? duhhh . i xpandai terbang , i xpandai main music , i xpandai sport , i xpandai masak , i xpandai nyanyi , melalak pandai lah, i xpandai design , i xpandai lukis, i xpandai dlm pelajaran , *time exam , separuh mati belajar baru buleh dpt A . orr , oke mybe mcm ni , mybe i sebenarnya ADA BAKAT , tapi i xpandai NAK CUNGKIL . err, ada kemungkinan kea ? aaahh , ada ada . mybe betul org ckp , setiap org ada bakat tersendiri .

p/s : nanti bila i dah dpt tahu or cungkil apa bakat i , i imform okay (:

blogspot.com

Dear blogspot,


im sorrry becouse i dont care about u . i dont have time to love u . and i feel great for that . but i promise u that i will try sooo hard to be active afta this. fuck u , bye .

Thursday, November 5, 2009

tajuk utama

aww , lama nya tak update bende alah nee . sumpah rindu nak main tekan2 apa kat otak lepas tu transfer kat nerve and response , eyy , eh ? aa ni pasal hafal science smlm la nee . HAHA . sumpah nak tekentot saya tngk soalan science smlm . mmg dahsyattttt sekali :O i mean , saya rasa einstain pun takkan na buat soaln mcm tu okayy . cikgu hanis kejam ! :( *menangis kekeliruan .


well ,kesimpulannya, exam sume mcm sial :D , ey ey tapi agama tak okay . agama kita tak sial . yang lain2 tu yang sial . perah otak je buat , na tesimpul dah otak saya . math pun sama .


ahhhhhhhhhhhhhhhh!

ta bosan ke cakap pasal exammmmm jea ? haaa ? haaaaaa ?


tengokk , dah xde mood na type dah . salah kau la nih exam ! i benci u exam! dah la warne putih! bodohhhh ! ta lawa , gemokk pulak tu . i hate u forevaaaa baby !




sambung afta exam , bye :D