Monday, March 14, 2011

riak itu dosa tau


aku tak tahu nak cakap apa , mungkin . mungkin satu hari nanti kau akan sedar betapa bodohnya kau nampak sekarang .
bila kau rasa diri kau nampak hebat, sebenarnya, heh, hampeh.



itu normal. bagi manusia , bila sudah dipuji , kadang-kadang dia lupa , yang dia cuma manusia. yang dia taklah se-hebat mana . dia rasa diri dia begitu berharga . mungkin . berharga sangatkah? heh.

aku mengaku , setiap manusia itu unik , tapi kadang2 bila tersalah tunjukkan keunikan itu , lain yang diharap , lain yang dapat .

aku bagi contoh , contoh paling biasa , seorang remaja , dia rasa dia hot. ohh kejap, aku nak tukar , hot sekarang dah lapuk, okay dia rasa dia cool , dia rasa dia sangat cool . orang lain puji dia cool macam 'wehh kau ni cool lah, aku suka cara kau' , lepastu dia akan rasa 'oh aku ni cool gila, aku lah org paling cool dalam dunia' , lepastu dia akan cuba apa sahaja cara untk menampakkan lagi 'ke-cool-an' dia dan cuba tunjuk pada dunia betapa cool nya dia . SAMPAI , sampai dia tak sedar , kini dia bukan lagi cool , kini dia menggelabah . dia tak sedar , tapi org lain akan sedar. satu pujian boleh buat dia kembang 10 inci . kalau sepuluh pujian ? mungkin dia akan meletup . bila dah kembang , dia akan pekak . pekak bagaimana ? pekak bila mendengar kutukan dan perlian halus orang lain .

same goes with 'hot people' , bila kena gelar hot sikit dah bangga sampai nak terjun banggunan dah! kalau boleh siap nak pakai t-shirt 'ramai org kata aku hot' . padahal kena perli . heh. itulah. tak dapat bezakan 'perli' dengan 'realiti' . bodoh.

ada juga yang , kalau blog ramai follower sikit , dah lupa diri , rasa macam 'wehh hebat oh aku ni, ramai baca blog aku, ramai suka blog aku' , bila ada peminat kirim salam sikit , dah rasa diri ni paling lawa dalam dunia , paling handsome dalam dunia. kalau dah ada kereta sendiri , dah rasa mcm dunia dia yang punya. kalau ada gf / bf hot sikit , dah mula aktiviti hidung kembang kempis.

heh. itu lumrah . bila dah kena puji sikit , akan bangga sampai rasa diri dah sempurna . orang lain kutuk diam2 pun takkan ter-bau , orang lain perli depan2 pun tak dikisahkan , orang cakap face-to-face pun macam mencurahkan air sirap di daun yang sama jenis dgn keladi. diri akan degil menerima realiti . itu manusia . itu juga aku . (ye, aku mengaku aku manusia)

dulu aku selalu macam ni jugak , rasa diri mcm hebat sbb gambar masa zaman myspace dulu bagi aku mmg paling hot ah! kalau edit tu pergh setengah jam semata-mata nak nampak hebat . dulu kalau ada budak ala-ala hot sikit cakap 'hai' , rasa macam wahhh aku ni hot jugakkkan . hahaha itu dulu . sekarang aku malas nak layan diri sendiri. sbb aku dah sedar betapa bodohnya aku nampak dulu . aku sedar , aku taklah sehebat mana dulu dan juga skrg . in the future , mybe . aku haraplah. kalau boleh hebat sikit pun jadilah.

actually, perasaan bangga tu kadang2 kita tak dapat nak elak . itu biasa . sangat biasa . sbb kita apa ? ye bagus murid-murid , kita manusia . ye murid-murid, manusia . manusia mmg begitu . benda 'show off' - 'show off' ni aku dah masak sangat dah . dah masak sampai hangus ! so , aku rasa setelah dibahagi ditolak dicampur dan didarab , aku rasa conclusion-nya :

kalau nak show off tu cover lah sikit.
kau rasa orang pandang kau hebat , tapi sebenarnya ?
tak semua kau rasa tu betul .
cuba buka mata, hati , telinga .
sedarlah, kalau nak bangga tu boleh.
tapi bangga diam-diam cukuplah.
aku meluat tahu ?


p/s : mungkin kau rasa aku post macam ni sebab jealous, sbb yelah aku ni kan loser. mana pernah kena puji. mungkin juga kau rasa aku tak puas hati , atau atau bajet bagus. haha. serious ! fikirlah apa kau nak. niat aku bersih tanpa sebarang bakteria. bye.


(aku rasa ramai orang akan benci aku)


Saturday, March 12, 2011

aku bukan manja

TAPI AKU CUMA TAK BIASA :

-bila kena bagun pagi 4 :30 pagi setiap hari.

-bila aku kena beratur mcm banduan sebelum mandi sambil pegang baldi dgn muka mengantuk penuh dgn taik mata (nak gosok mata pun tak larat sbb ngantuk sngt!)

-bila kena tidur dgn bertemankan dua kipas pusing2 atas kepala aku.

-bila semua jadual rutin aku diatur oleh org lain .

-bila kena jalan 2 kilometer pagi-pagi semata2 nak iron baju sekolah.

-bila aku takde masa nak tidur petang atau tengahari.

but MRSM is great. the school is huge! and fyi, my mrsm is the biggest mrsm in malaysia so far. the teacher is awesome . the student ? no different. the food is 'boleh laa' , the surau is good. the class is better . mrsm is great but the asrama is B.O.R.I.N.G okay? like seriosly. i hate living is asrama. yeah okay aku mengaku aku homesick hari ketiga. aku call mak aku nangis2 dgn hingus meleleh-leleh. okay fineee!

chill lah kan ? nanti biasalah kan ? kan ? CAKAP LAH KAN?! -.-

okay look at the bright side ,

-aku akan lebih mudah untk aku cemerlang dlm pelajaran (aku tahu aku skema gila skrg)

-aku boleh naik flight 8 x 2 kali setahun .

-aku boleh belajar buat kerja2 rumah supaya nanti bakal mak mertua suka. HAHA

-aku boleh jadi hebat di masa hadapan. (tak boleh bela betul aku ni kan)

okaylah aku cuma nak bagitahu mcm mana aku kt sana sbb ramai yg tanya and aku tak tahu nak jawab apa . best pun tak , tak best pun tak. but yeah , i ada kawan baru tau nama dia AMYYYYY. okay bye.


ALAH 2 YEARS JE PUNNNNNNNNNNNNN ---

kan ? O.O