Friday, December 30, 2011

no one stand up at this world perfectly

"All the good things come to those who wait"

jadi sabarlah, sabarlah , sabarlah. langit tak selalunya cerah, hidup tak selalu kelihatan adil. tak semua yang kita rancang akan terjadi, kita tak dapat memiliki semuanya, tapi selagi kita tetap bersabar dan berdiri teguh di bumi ini , something better will come after. perubahan merupakan satu langkah yang besar, tapi setiap kebahagiaan memerlukan pengorbanan , sayang .

so okay enough about it, heyooooo! whats up? wow its been a while huh? okay macam cakap sorang-sorang. so yeah its new year duhhhhhh *eyes rolling .

actually, 31 dec to 1 jan hanyalah salah satu pertukaran hari je. tapi still lah ,dah ada orang nak kasi pasang itu firework free nak buat macam mana , pergilah tengok jugak. *eyes rolling .

So, new year, azam baru lah kan? azam heh? baguslah orang yang ada azam tu, yang 2011 dah tercapai . for type of person mcm aku ni pulak, buat azam beriya. sampai je detik 12 tengah malam tu terus genggam tangan sambil pejam mata - bisik azam tahun baru sambil tekad dalam hati. tapi tak sampai 2 bulan lupa dah azam tu.

so all the pressure start next year huh?

manusia memang tahu

manusia memang pelik . dah tahu dosa pun tetap buat jugak. dah tahu akan masuk neraka pun tetap taknak berubah jugak. --------macam aku. aku sendiri tak faham dengan aku.

dari dulu sampai sekarang aku fikir "okay tunggu aku betul-betul baik dulu lah baru sedia nak pakai tudung" . but WAITTT- tunggu BETUL-BETUL BAIK? sampai bila? sampai mati?

lepastu aku cari alasan sebab ramai orang cakap macam ni "alah pakai tudung pun mulut jahat buat apa" , "alah pakai tudung pun pegang tangan dgn bf buat apa" , "alah pakai tudung pun perangai memalukan umat je buat apa"

- THEN NOW, AKU SEDAR. Allah dah cakap "kaum wanita wajib menjaga auratnya" , jadi, siapa kita untuk menentang bila Allah dah cakap mcm tu?

kita manusia, yang tak nampak lagi betapa kecilnya kita di atas muka bumi ini. sekarang kita bolehlah tulis status macam nak kata kita hebat sangat, kita boleh lah nak bangga sana bangga sini, tapi kat akhirat nanti? diam tak terkata. berani nak hadap ALLAH dan kata "alah saya bukan taknak pakai tudung tapi..." berani?

masa tu baru kita tahu jijik tak jijik diri kita. manusia tahu, tapi tak sedar. aku tahu, tapi tak sedar. sebab aku bodoh . bodoh tak ingat mati. aku rasa macam 'alah chill lah bukan mati pun skrg, tunggu lah kawin dulu, nanti aku pakai lah tudung tu". heh, bodoh tak bodoh.

tahu namanya apa tu? MERPERJUDIKAN HIDUP. memperjudikan hidup tak sama dengan main 'satu juta money drop" sbb kalau kau kalah, kau hanya balik dengan tangan kosong. tak rugi apa-apa. tapi kalau kau memperjudikan hidup, apabila kau mati tanpa iman, tanpa solat 5 waktu, tanpa pahala, tanpa sempat menutup aurat, kau telah kalah dan rugi serugi-ruginya. kau biarkan diri kau terbakar selama-lamanya, tersiksa, sakit dan hidup semula, sakit dah hidup semula , sebab apa? sebab kau MEMPERJUDIKAN HIDUP. sbb kau tak sedar, kau boleh mati bila-bila masa.

aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku post tentang ini. mungkin aku harap ada orang, sesiapa sahaja ugut aku dan kata "kalau kau tak berazam nak pakai tudung sekarang, aku bunuh kau biar terbakar dalam neraka selama-lamanya"

arghh, okay, assalamualaikum.

Friday, October 14, 2011

Monday, August 29, 2011

eid

happy eid guys! bersyukurlah dgn apa yang anda miliki sekarang :)
kerana saya amat beryukur dgn apa yang saya miliki .

Sunday, July 3, 2011

berkorban

nak tahu kenapa ?
sbb khairul fadli rushdi kata :

SPM IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHING START WITH SPM

Monday, March 14, 2011

riak itu dosa tau


aku tak tahu nak cakap apa , mungkin . mungkin satu hari nanti kau akan sedar betapa bodohnya kau nampak sekarang .
bila kau rasa diri kau nampak hebat, sebenarnya, heh, hampeh.



itu normal. bagi manusia , bila sudah dipuji , kadang-kadang dia lupa , yang dia cuma manusia. yang dia taklah se-hebat mana . dia rasa diri dia begitu berharga . mungkin . berharga sangatkah? heh.

aku mengaku , setiap manusia itu unik , tapi kadang2 bila tersalah tunjukkan keunikan itu , lain yang diharap , lain yang dapat .

aku bagi contoh , contoh paling biasa , seorang remaja , dia rasa dia hot. ohh kejap, aku nak tukar , hot sekarang dah lapuk, okay dia rasa dia cool , dia rasa dia sangat cool . orang lain puji dia cool macam 'wehh kau ni cool lah, aku suka cara kau' , lepastu dia akan rasa 'oh aku ni cool gila, aku lah org paling cool dalam dunia' , lepastu dia akan cuba apa sahaja cara untk menampakkan lagi 'ke-cool-an' dia dan cuba tunjuk pada dunia betapa cool nya dia . SAMPAI , sampai dia tak sedar , kini dia bukan lagi cool , kini dia menggelabah . dia tak sedar , tapi org lain akan sedar. satu pujian boleh buat dia kembang 10 inci . kalau sepuluh pujian ? mungkin dia akan meletup . bila dah kembang , dia akan pekak . pekak bagaimana ? pekak bila mendengar kutukan dan perlian halus orang lain .

same goes with 'hot people' , bila kena gelar hot sikit dah bangga sampai nak terjun banggunan dah! kalau boleh siap nak pakai t-shirt 'ramai org kata aku hot' . padahal kena perli . heh. itulah. tak dapat bezakan 'perli' dengan 'realiti' . bodoh.

ada juga yang , kalau blog ramai follower sikit , dah lupa diri , rasa macam 'wehh hebat oh aku ni, ramai baca blog aku, ramai suka blog aku' , bila ada peminat kirim salam sikit , dah rasa diri ni paling lawa dalam dunia , paling handsome dalam dunia. kalau dah ada kereta sendiri , dah rasa mcm dunia dia yang punya. kalau ada gf / bf hot sikit , dah mula aktiviti hidung kembang kempis.

heh. itu lumrah . bila dah kena puji sikit , akan bangga sampai rasa diri dah sempurna . orang lain kutuk diam2 pun takkan ter-bau , orang lain perli depan2 pun tak dikisahkan , orang cakap face-to-face pun macam mencurahkan air sirap di daun yang sama jenis dgn keladi. diri akan degil menerima realiti . itu manusia . itu juga aku . (ye, aku mengaku aku manusia)

dulu aku selalu macam ni jugak , rasa diri mcm hebat sbb gambar masa zaman myspace dulu bagi aku mmg paling hot ah! kalau edit tu pergh setengah jam semata-mata nak nampak hebat . dulu kalau ada budak ala-ala hot sikit cakap 'hai' , rasa macam wahhh aku ni hot jugakkkan . hahaha itu dulu . sekarang aku malas nak layan diri sendiri. sbb aku dah sedar betapa bodohnya aku nampak dulu . aku sedar , aku taklah sehebat mana dulu dan juga skrg . in the future , mybe . aku haraplah. kalau boleh hebat sikit pun jadilah.

actually, perasaan bangga tu kadang2 kita tak dapat nak elak . itu biasa . sangat biasa . sbb kita apa ? ye bagus murid-murid , kita manusia . ye murid-murid, manusia . manusia mmg begitu . benda 'show off' - 'show off' ni aku dah masak sangat dah . dah masak sampai hangus ! so , aku rasa setelah dibahagi ditolak dicampur dan didarab , aku rasa conclusion-nya :

kalau nak show off tu cover lah sikit.
kau rasa orang pandang kau hebat , tapi sebenarnya ?
tak semua kau rasa tu betul .
cuba buka mata, hati , telinga .
sedarlah, kalau nak bangga tu boleh.
tapi bangga diam-diam cukuplah.
aku meluat tahu ?


p/s : mungkin kau rasa aku post macam ni sebab jealous, sbb yelah aku ni kan loser. mana pernah kena puji. mungkin juga kau rasa aku tak puas hati , atau atau bajet bagus. haha. serious ! fikirlah apa kau nak. niat aku bersih tanpa sebarang bakteria. bye.


(aku rasa ramai orang akan benci aku)


Saturday, March 12, 2011

aku bukan manja

TAPI AKU CUMA TAK BIASA :

-bila kena bagun pagi 4 :30 pagi setiap hari.

-bila aku kena beratur mcm banduan sebelum mandi sambil pegang baldi dgn muka mengantuk penuh dgn taik mata (nak gosok mata pun tak larat sbb ngantuk sngt!)

-bila kena tidur dgn bertemankan dua kipas pusing2 atas kepala aku.

-bila semua jadual rutin aku diatur oleh org lain .

-bila kena jalan 2 kilometer pagi-pagi semata2 nak iron baju sekolah.

-bila aku takde masa nak tidur petang atau tengahari.

but MRSM is great. the school is huge! and fyi, my mrsm is the biggest mrsm in malaysia so far. the teacher is awesome . the student ? no different. the food is 'boleh laa' , the surau is good. the class is better . mrsm is great but the asrama is B.O.R.I.N.G okay? like seriosly. i hate living is asrama. yeah okay aku mengaku aku homesick hari ketiga. aku call mak aku nangis2 dgn hingus meleleh-leleh. okay fineee!

chill lah kan ? nanti biasalah kan ? kan ? CAKAP LAH KAN?! -.-

okay look at the bright side ,

-aku akan lebih mudah untk aku cemerlang dlm pelajaran (aku tahu aku skema gila skrg)

-aku boleh naik flight 8 x 2 kali setahun .

-aku boleh belajar buat kerja2 rumah supaya nanti bakal mak mertua suka. HAHA

-aku boleh jadi hebat di masa hadapan. (tak boleh bela betul aku ni kan)

okaylah aku cuma nak bagitahu mcm mana aku kt sana sbb ramai yg tanya and aku tak tahu nak jawab apa . best pun tak , tak best pun tak. but yeah , i ada kawan baru tau nama dia AMYYYYY. okay bye.


ALAH 2 YEARS JE PUNNNNNNNNNNNNN ---

kan ? O.O

Thursday, February 17, 2011

sorry aku update blog lagi

err .. hello ? anyone here ? haha ada lagi ke yang baca blog berhabuk aku ni. aku dah rasa nak delete dah blog ni tapi tulah , dah banyak benda aku lalui dgn blog ni, sayang pulak. hihi. so anyway, sebenarnya aku nak tulis 'sorry lama tak update blog' tapi bila fikir2 balik kenapa aku nak kena minta maaf pulak , im innocent tau . *sambil buat muka mintak tampar

oh oh and sorry lah post aku dah tak lawak mcm dulu. i have lost my sense of humour . biasalah budak baru nak jadi matang memang mcm ni. hahahaha . mintak kaki punya statement.

Lately , i had been busy with exam and life . oh and fyi, im still nobody mcm dulu . there's nothing much i can do about it. haha. being from4 is not that awesome. i was wrong okay, i thought from 4 will be a year without hardwork and full with enjoyness. gahhhh. life memang tak boleh nak senang. semua susah. so enough about myself and my boring life. i want to say something here. random things that i believe .

- I believe to get a bit of happiness , we mybe have to get through all the sadness . all the trouble. but it is worth it ! kepuasan tu adalah salah satu kebahagian yang sebenar. kan ? (;

- I believe being a nerd is not a loser . ada orang kata 'wehhh apa barang bawak buku time rehat siap baca buku sambil jalan lagi. bapak nerd' , aku jawab 'haha tu ah mcm loser kan? tapi tu ah bagi aku jadi nerd tak loser doh , tapi kalau failed exam tu baru loser yg sebenar. HAHAHA. berusaha untk jadi pandai tak loser, failed exam tu loser wa cakap lu .

- I believe the most important day in life is : birthday , wedding day's and the day I die.

- I believe everyone deserves a change and a second change .

- I believe in karma . what goes around comes around .

- I believe love sometimes hurt no matter it's right or wrong .

- I have to gooooooooooooo. bye!

Sunday, February 6, 2011

aku taip cinta , so ?

CINTA
cinta itu senang , sbb cinta tak perlukan apa-apa,
cinta hanya perlukan cinta .

tetapi

BERCINTA
bercinta itu susah , bercinta perlukan kesabaran , kejujuran , kesetiaan ,
pengorbanan , kasih sayang yg mendalam , rupa paras , credit, duit ,
restu , tolak ansur , toleransi , langkah berjaga-jaga ,
perubahan , persediaan , pencegahan ,
dan banyak lagi .


you know what i mean ?

takdir itu takdir

aku nak tanya kau,

kalau kau nampak someone with braces,
and kau kutuk 'wehh dah ah gigi besi, buruk dohh'
KAU FIKIR DIA PAKAI BRACES SBB SUKA-SUKA KE?
KAU FIKIR DIA PAKAI SBB GIGI DIA TAK BURUK KE?

kalau kau tengok lelaki or perempuan tu muka hodoh gila,
and kau kutuk 'muka dah ah hodoh gila, belah ah'
KAU FIKIR DIA NAK KE DILAHIRKAN DGN MUKA MACAM TU?
KAU FIKIR SALAH DIA KE DIA TAK LAWA/HANDSOME MCM KAU?

kalau kau nampak orang tu gemuk gila ,
pastu kau kutuk 'eee dah ah gemuk'
KAU FIKIR SALAH DIA KE METABOLISME BADAN DIA RENDAH?
SALAH DIA KE SBB ADA NAFSU MAKAN?
SALAH DIA KE DILAHIRKAN GEMUK?

kalau kau tahu someone tu miskin ,
and kau kutuk dia, kau hina dia, sbb dia dtg dari keluarga miskin,
KAU FIKIR DIA MINTAK KE JADI MISKIN?
KAU FIKIR DIA MMG NAK KE MISKIN?

DIA ADA GIGI BESI , DIA HODOH , DIA GEMUK, DIA MISKIN,
KAU INGAT DIA MINTAK KE JADI SEMUA TU?

HABIS TU KAU SIAPA NAK KUTUK2 ORANG ?
KAU TAHU TAKDIR TU APA TAK ?
kita manusia wehh mana ada yg perfect ,
kalau hebat tu pun tak hebat mana wehh ,
yang atas tu jugak yg hebat .

Friday, January 28, 2011

aku tak suka

nak tahu apa aku tak suka ?

1) aku tak suka bila tengok ada budak umur 7tahun pakai iphone. dan bila phone aku berbunyi , aku terpaksa buat tak tahu .

2) aku tak suka when i have a fight with my boyfriend and i shout to him 'DONT CALL ME AND DONT EVER TEXT ME!' dan aku tak dapat satu call or satu simple text 'sorry' pun dari dia .

3) aku tak suka bila aku nak nampak matang . dan cuba lari dari realiti yg aku cuma budak perempuan 16tahun yg shopping guna duit mak lagi. heh. aku sedar aku try pakai higheels, dress atau baju yg tak sesuai dgn umur aku , what is that ? that's stuuuuuuuuupid --'

4) aku tak suka bila aku tengok phone aku setiap 2 minit sambil tunggu bagai nak rak dia reply text dan apa yg dia jawab hanyalah 'k' .

5) aku tak suka bila ada orang cakap dia benci aku padahal aku tak pernah cakap dgn dia pun.

6) aku tak suka bila aku dtg rumah orang dan bila dia offer aku something like food ke , aku terpaksa cakap 'oh , its okay. thanks' untk jadi sopan. padahal aku memang nak !

7) aku tak suka bila aku tengah tengok tv dgn adik-adik aku lepastu tiba-tiba muncul part cium cium or goda goda .

8) aku tak suka bila ada orang badmood dan marah semua orang yg ada di sekeliling dia dengan alasan dia tengah badmood. oh kalau badmood je kau boleh buat apa kau nak ah ?

9) aku tak suka bila aku angkat call from unknown number dan dia cakap 'milaaaaaaaaaa , kenal tak ni siapa?' . kau fikir aku apa nak kenal pasti semua suara org yg aku kenal ?

10) aku tak suka bila someone buat lawak yang tak lawak dan aku terpaksa kena gelak .

Thursday, January 27, 2011

high school life

for me , high school ialah zaman untuk belajar . bukan belajar reproduction dan translation sahaja , tapi zaman aku jatuh dan belajar untuk berdiri semula , zaman aku kata aku nak cari siapa diri aku sebenarnya, zaman aku guna ayat 'nobody perfect' , zaman aku belajar mcm mana nak tampak hebat , zaman aku nak tahu apa tujuan aku hidup , zaman aku kata aku tak faham dgn manusia , dan dunia . zaman aku belajar kawal emosi remaja dalam jiwa .

And last but not least , benda yg wajib ada, 'cinta' , high school ialah zaman aku belajar bercinta . selain cinta pada ALLAH dan family. well, siapalah aku . aku cuma remaja perempuan biasa yang tak boleh lari dari melalui semua ni .

problems suckss

for just a second, i feel like i know exactly what to do with my life ,
but i just dont . you know?

complicated tahu tak benda ni ?!!
emosi remaja aku yg tak stabil ke aku yg banyak berfikir ?

whatever it is , i am seriously tired.


Sunday, January 23, 2011

KALAU

kalau aku ada gigi yg perfect, setiap kali bergambar , aku akan tunjukkan gigi aku sahaja .

kalau aku dapat kahwin dgn farid kamil aku akan bahagia seumur hidup .

kalau aku lawa mcm akak 7E tadi aku akan pengsan setiap kali aku tengok cermin .

kalau aku tahu aku takut mati , aku taknak hidup .

kalau aku dapat emak yg bukan seperti emak aku sekarang , aku mungkin rosak .

kalau aku kurus aku akan kerap pakai t-shirt bertulis 'dunia, lihatlah aku dah kurus sekarang!'

kalau aku pandai cakap english britain , aku akan bercakap setiap masa .

kalau aku kaya nanti , aku nak shopping setiap minggu ! imma fashion freak man! *err sikit

kalau aku diberi pilihan untk tidur atau untk sambung benda alah ni ,

AKU PILIH TIDUR!


*pelikkan post aku sikit je ? okay bye!

Sunday, January 2, 2011

aku bukan pakar cinta

but , here's somes advice for :

perempuan yg tengah sedih sbb tak ada pakwe : wehhh bukan kiamat pun lah kalau kau takde pakwe pun , okay mmg lah susah sbb well di-sekeliling kau penuh dgn couple2 yg sweet semua , pastu blog pulak skrg penuh dgn cerita cinta je memanjang , tapi fikir macam ni ah okay , satu hari nanti ada jugak untk kau . kalau kau penat tunggu dan bantai je yang kau jumpa kat facebook , one day kau akan menyesal . takdir kita tak boleh nak lawan . jangan ah hidup hanya untk cinta sbb bila cinta tu hilang , kau boleh jadi manusia yg hidup tapi dah mati . sbb apa ? sbb cinta kau mati . tak rock ah . try lah fokus kat benda lain selain cinta ni . cinta mmg lah indah tapi bila cinta dah hancur kau akan rasa baik kau tak bercinta in the first place . percayalah .

perempuan yg tengah nangis sbb pakwe curang : pernah dengar pasal karma tak? kalau tak kau pergi google sekarang . what comes around goes around darling . lupakan lelaki tu , kalau dia dah ada yg lain kau nak kesah apa lagi wehhh , tunjuk middle finger dah lah wehh . kau boleh nangis kalau kau rasa tu boleh buat kau feel better tapi lepas nangis kau kena bangun dan tunggu pakwe baru! bukan sorang je lelaki je kat dunia ni , bukan sorang je lelaki yg special . remember this , he is not worth it . okay ? biar dia menyesal curang dulu.

perempuan yg tengah gaduh dgn pakwe dia or dah break : when its over , IT IS OVER . cinta boleh datang dan boleh pergi wa cakap lu ! Allah boleh bagi cinta tu dan bila-bila masa je Allah boleh ambil balik wehh . kalau dia untk kau , everything will be fine later tapi kalau dah sah2 dia bukan utk kau, redha je lah. kita manusia , bukan tuhan . tak semua kita nak , kita dapat. kalau kita rasa lelaki tu dah bosan dgn kita dan tak menghargai kita , just move on with your life ! fikir ah , sampai bila kau nak sedih muram mcm ni ? kau masih muda wehh . tak payah nak kesal2 sgt ah cita dia . lain ah kalau kau dah 'buat' dgn dia , pastu dia tinggalkan kau , tu pandai2 ah kau handle .

perempuan yg rasa tak dihargai : sayang , lelaki tu makhluk yang sukar difahami . kdang2 dia bukan macam kita , dia takkan tulis pasal perasaan dia dlm blog mcm orang lain , kadang2 dia tak akan buat benda romantik mcm yg kita nak , dia tak cerita pasal gf dia kat kawan2 dia yg lain . lelaki ni ego tinggi , (okay okay bukan ego , maruah tinggi , fineee) , kita kena faham . selagi dia cakap dia sayang kita dan kita tak nampak tanda2 dia curang , stay with him :) you will be fine .

sorry lah kalau apa aku cakap ni salah ke korang tak setuju ke apa , aku pun main type je ni . aku bukan doktor cinta .

lagi satu , for every couple yg masih bersekolah menengah (termasuk aku) ingat ni, 'ITS HIGHSCHOOL LOVE , BE PREPARED ' .