dari dulu sampai sekarang aku fikir "okay tunggu aku betul-betul baik dulu lah baru sedia nak pakai tudung" . but WAITTT- tunggu BETUL-BETUL BAIK? sampai bila? sampai mati?
lepastu aku cari alasan sebab ramai orang cakap macam ni "alah pakai tudung pun mulut jahat buat apa" , "alah pakai tudung pun pegang tangan dgn bf buat apa" , "alah pakai tudung pun perangai memalukan umat je buat apa"
- THEN NOW, AKU SEDAR. Allah dah cakap "kaum wanita wajib menjaga auratnya" , jadi, siapa kita untuk menentang bila Allah dah cakap mcm tu?
kita manusia, yang tak nampak lagi betapa kecilnya kita di atas muka bumi ini. sekarang kita bolehlah tulis status macam nak kata kita hebat sangat, kita boleh lah nak bangga sana bangga sini, tapi kat akhirat nanti? diam tak terkata. berani nak hadap ALLAH dan kata "alah saya bukan taknak pakai tudung tapi..." berani?
masa tu baru kita tahu jijik tak jijik diri kita. manusia tahu, tapi tak sedar. aku tahu, tapi tak sedar. sebab aku bodoh . bodoh tak ingat mati. aku rasa macam 'alah chill lah bukan mati pun skrg, tunggu lah kawin dulu, nanti aku pakai lah tudung tu". heh, bodoh tak bodoh.
tahu namanya apa tu? MERPERJUDIKAN HIDUP. memperjudikan hidup tak sama dengan main 'satu juta money drop" sbb kalau kau kalah, kau hanya balik dengan tangan kosong. tak rugi apa-apa. tapi kalau kau memperjudikan hidup, apabila kau mati tanpa iman, tanpa solat 5 waktu, tanpa pahala, tanpa sempat menutup aurat, kau telah kalah dan rugi serugi-ruginya. kau biarkan diri kau terbakar selama-lamanya, tersiksa, sakit dan hidup semula, sakit dah hidup semula , sebab apa? sebab kau MEMPERJUDIKAN HIDUP. sbb kau tak sedar, kau boleh mati bila-bila masa.
aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku post tentang ini. mungkin aku harap ada orang, sesiapa sahaja ugut aku dan kata "kalau kau tak berazam nak pakai tudung sekarang, aku bunuh kau biar terbakar dalam neraka selama-lamanya"
arghh, okay, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment