Thursday, February 11, 2010

post yang tentang aku sahaja

kebelakangan ni , aku baru perasan , yang aku banyak post entry yg bukan tentang diri aku (tapi apa yang aku rasa). korang perasan tak ?

bukan ke aku sepatutnya buat blog untuk tulis tentang apa yang aku lalui hari ni macam remaja 15tahun yang lain? aku kene tulis tentang apa yang jadi time aku lepak kat bb , bila aku gaduh dngn bf aku , aku terjatuh kat tangga sekolah , pak cik jual buger mengorat aku. HAHA. mungkin aku patut mula berbuat demikian , mana nak mula ? mybe akuw patot tulis mcm niew dan warnakan blog aku ni jadi warna warni . pink, purple, biru, hijau taik, kelabu mangga, semua . ergh . tak nak lah , pening kepala aku .

OKAY , soo nak tahu tak apa jadi kat saya hari ni ? haaaa , tak payah tahu . malas nak cerita . lagipun biasanya kalau ada benda menarik terjadi je aku tulis . hari ni boring sama mcm hari biasa.

aku pergi sekolah pagi2 , makan roti sekeping , belajar dlm class , eh , korang tahu tak budak yang duduk sebelah aku nama dia hidayah ? korang tak tahu ke ? haih . hidayah ni suka buat kerja cepat-cepat sbb dia mmg tak suka buat kerja sekolah kat rumah , aku pun pelik dgn dia ni , kat sekolah macam rajin tapi tak pernah siapkan homework , (mungkin dia ada adik 7orang kat rumah kene jage kot ) haa , okay sambung , aku pergi rehat , aku makan keropok lekor , aku beli air warna unggu , aku belajar balik . aku balik sekolah , tu je lah .

balik sekolah aku tidur , sbb letih sangat , then petang aku keluar naik moto dgn eyra and fara . dua orang ni kawan-naik-moto aku . mereka ni rambut perang , kulit putih dan kurus . so kalau jalan-jalan naik moto dgn mereka banyaklah lelaki mengorat kan . lagi satu , sikat dorang tertinggal dalam moto aku tadi. korang tahu tak kat malaysia ni , awek cun mana yang paling kerap sikat rambut ?haa , dorang lah . dorang ni tengah2 bawak moto pun cari sikat . 24jam sikat mesti kat tangan . rambut dorang dan lurus dah padahal . berapa kali dorang buat rebonding entah .

okay , tu jelah . aku mmg tak suka merepek bnyk2 . (padahal selama ni aku merepek je banyak) , so tu jelah . oh ya , tadi aku tak dinner , diet :) and and , nanti aku nak ambil kursus bahasa english . nanti aku dah pandai . aku se-pi-king2 lah kat sini okay .

p/s : mama aku skrg dah rajin bukak blog aku dan dia dah suruh aku delete post tentang "nak jadi hot dlm myspace" dgn "akibat seks" tu . sbb tulah dah hilang .

okay chow !

No comments:

Post a Comment