Wednesday, November 18, 2009

apa aku nak

aku pening . aku sngt pening sebenarnya . aku baru lepas baca blog seseorang . aku tak kenal penulis blog itu . dan blog dia sngt membuka minda dan memberi kesedaran . aku sngt sngt respect pada manusia jenis ini . dia cakap semua jadah dia nak cakap . tanpa takut kena benci dan kena saman . satu hari nanti , kalau aku dpt jumpa dia , aku akan salam dia dan ckp "ur blog is so amazing. kalau pun satu malaysia benci blog kau , aku still akan suka' . dia ada ckp :

"Kamu percaya tak, ramai orang rasa kosong kerana mereka dah dapat segala yang mereka mahukan? Dan mereka tak tahu hendak mahukan apa lagi. Dan mereka berasa lagi sedih kerana mereka tak paham kenapa mereka masih belum tenang dan gembira walaupun dah memiliki semuanya."

entah kenapa , aku rasa ayat di atas agak berkaitan dengan aku . aku tak cakap aku dapat apa yang aku mahukan . tidak sama sekali . i mean, aku tak dapat nikon , aku tak dapat keluar sesuka hati aku lagi , aku tak dapat muka yang betul2 lawa mcm yang aku nak, body yang hot , mcm2 lagi aku tak dapat . tapi aku dapat apa yang aku perlukan . aku beruntung dan kadang2 aku tak sedar tentang perkara tu .

aku dibesarkan dengan keluarga yang cukup sempurna . ayah aku kuat agama . satu keluarga tak sesat . mak aku garang tapi seorang yang memahami dan sayang pada anak2 nya. terlalu sayang . aku selalu dapat apa yang aku nak . apa yang aku minta . biasanya aku akan dapat. aku anak sulung dan sorry lah adik2 yg lain , biasanya kalau apa2 , aku yang dapat dulu . keluarga aku jarang gaduh dlm kata lain , aman dan harmoni .

aku ada kawan yang cukup baik dan caring pasal aku . gentle , aku sayang dorang . aku ada boyfriend yang sngt aku sayang , yang selalu jaga aku dan buatkan hidup aku lebih bermakna . dia dah cukup buat aku happy . see . aku ada family , kawan , bf yang cukup cukup baik .

semua yang aku perlukan , aku dapat . tapi semua yang aku nak . setengah je yang aku dapat . kesimpulannya , aku dah cukup bertuah . tapi kenapa aku tak pernah nak hargai dan kenapa somehow , dlm hati aku . aku still tak gembira dan happy ? aku rasa kosong .

sebenarnya , aku pun tak tahu apa yang cuba aku sampaikan . aku tak tahu apa yang aku nak tulis lepas ni . jgn tanya aku kenapa. aku pelik kenapa manusia tak pernah nak puas hati dngn apa yang dia miliki? sentiasa mahu jadi lebih dan lebih baik drpd orng lain . kalau aku , aku tak nak jadi lebih baik , i mean , tipu lah kalau aku cakap aku xnak jadi lebih baik dari orang lain -the best ! tapi still , apa aku peduli pasal orang lain , janji aku rasa happy . kan? sebenarnya apa yang aku nak ni ?

No comments:

Post a Comment