Monday, December 28, 2009

lawak paling tak kelakar dlm dunia

hari ni aku moody . aku bangun tido seawal 7pagi dan terus pegi jogging dengan bersungguh2, aku sngt yakin berat badan aku dah turun sebanyak 1gram dan selepas itu aku rasa sangat lapar . jadi aku ambil keputusan paling dasyat sekali dlm dunia , iaitu makan nasik lemak kak misah . sngt sedap dan tengahari aku makan abc dgn nasik ayam dan putu piring . semua makanan menggoda aku hari ni . aku tak tahu kenapa. then , malam pula mak aku bawak balik nasi lemak antarabangsa . what the heckk .. so dipanjangkan cerita , aku kenyang .

semasa sedang makan nasik lemak antarabangsa , adik aku, Iman, tengok jam . dia tanya,

"EH, baru pukul 7:30?"

then , maid aku cakap dari dapur "jam tu dah mati la iman.. xde bateri"

tiba2, adik aku lagi satu , Amin, cakap "mati dah ? innalillah"

iman gelak. setelah 2minit kemudian , aku baru dapat pick-up lawak yang adik aku, amin, try buat so aku gelak . sampai terpelanting nasi aku dlm mulut . ish , sngt tak senonoh .

then , ketika aku sedang basuh pinggan sambil nyanyi lagi thinking of you dari katy perry , adik aku datang dapur letak pinggan kat singki sambil cakap ,

"janganlah nyanyi , karang mati semua jam dalam rumah kita ni"

seperti biasa , setelah 2minit kemudian , aku gelak . sorang2 .

thanks adik2 aku sbb buat aku gelak , hilang moody aku kejap . tak jadi aku nak emo lama2 . jadi untuk balas budi dorang yang baik tu even aku selalu curi sarapan dorang , aku nak imform kat korang . azam tahun baru adik2 aku .

amin "amin nak jadi superman yang boleh kuruskan kakaknya"
iman " iman taknak kencing dalam seluar lagi supaya tak kena smack down dgn mama"

azam aku ? entah lah . nanti aku fikir. anyway, amin kena pukul dgn aku lepas tu .

No comments:

Post a Comment