Monday, December 7, 2009

darjah1,2,3

time aku kecil , aku seorang yang kurus kering , selalunya berambut pendek dan aku sememangnya hitam . tapi aku comel . aku suka benda2 yang bewarna pink dan benda yang berkelip2, aku sngt girly tapi mak aku selalu memaksa aku memotong rmbt sehingga pendek. disebabkan dulu aku ingt mak aku boleh makan aku , aku ikot sahaja apa yg beliau inginkan. kadang2 mak aku gunting rmbt aku macam payung . aku suka jugak sebenarnya.

anyway, dulu semasa bersekolah rendah di sri delima, aku selalu dtg sekolah berambut tocang (ketika rmbt panjang) dan mengheret beg roda ku yg bewarna pink . buku2 sekolah ku habis aku lekatkan dgn sticker kelip2 yang boleh menjejasan penglihatan. dan aku ingt , sejak kecil lagi aku seorang yang penipu dan pencuri .

darjah3 : ketika bulan puasa , agak ramai kawan2 ku yg cuba untuk puasa . ketika rehat , semua pelajar melayu tidak pergi ke kantin . kecuali seorang bdk perempuan ni yg di rambutnya ada reben dan sepit pink. oh ! itu aku . ye , aku mmg selamba pergi ke kantin untk mkn, bila kawan2 ku tanya , "eh milla , kau tak puasa" . aku ckp " aku period" . dan disebabkan kwn2 aku ni pun agak bengap jugak . dorang terpedaya .

ketika aku darjah 3 juga , aku selalu curi2 duit mak aku untk membeli sepit dan sticker, gula2 dan ice cream. kesian mak aku . siapa suruh dia simpan duit dlm kotak barbie aku ? kan senang aku nak amek. haa, dulu, aku pandai , tapi aku malasss nak study , ketika ada hari report card , aku ckp dgn cikgu aku yg mak aku saket , lepas tu , aku ckp dgn jiran aku suruh amek kan report card aku , haa . pandai kan aku ? tapi akhirnya mak aku tahu jgk . lepas tu aku kena bantai dgn rotan , dulu , time aku tngk rotan , aku rasa nak pitam . fobia .

dan aku ingt lagi , aku paling benci perhimpunan , setiap kali hari isnin , aku akan pura2 saket , batuk2 , dan aku dgn sendiri nya akan pergi bilik saket dan tidur di sana . SETIAP ISNIN . dan dulu aku paling takut dgn cikgu ni . cikgu ni cina . aku lupa nama dia tapi kalau aku nak pergi tandas time class dia , aku akan tahan , sbb aku nak pandang muka dia pun takut . satu hari ,aku demam , aku rasa nak pengsan . ketika tu dia mengajar , aku tahan dan tiba2 kwn aku jerit , "cikgu, milla mcm nak pengsan , bdn dia panas cikgu" dan cikgu tu dtg kat aku, aku punya takut , sampai aku tak buka mata, aku tutup mata aku rapat . cikgu tu panggil pun aku diam je. lepas tu tahu2 , aku dah ada kat bilik guru.

time kecil, aku sngt bodoh . bila aku ingt2 balik zaman bdak2 aku , aku rasa nak bunuh diri .dulu aku ingt yang kalau dah kawen , kena cium pipi, lepas tu ade automatik dpt anak (tak payah buat seks) . and and dulu aku jatuh cinta dgn cikgu sklh rendah aku , konon2 cinta pertama , last2 bila dia ckp dia nak kawen , aku nangis 3 hari 12 malam. aku merajuk dgn cikgu tu siap tak nak belajar sume . kelakar betul . aku ingt. first time aku pakai make-up mcm hantu . aku je yg perasan makeup aku lawa . semua diam . puji tak , kutuk tak .

apa2 pun , sekarang aku mmg dah lain . kalau aku jumpa balik kawan2 aku time aku sekolah rendah , aku akan buat2 tak kenal . JANGAN HARAP , aku nak mengaku yang aku ni milla yang hitam , kering , gedik , penipu, dan selalu pakai benda2 pink kelip2 .

No comments:

Post a Comment