Wednesday, December 19, 2012

eh gemuknya kau, Milla.



"alah kau bukan gemuk sangat pun chill lah kau nak frust ni apehal. gedik sangat eh"
"biasalah naik a few kg. janji spm gempak. kau tak payah fikir lah"
"alah milla lelaki mana suka perempuan kurus kurus sangat"
" ramai je orang gemuk tak mati pun kau ni apesal"


kau tak akan faham perasaan aku selagi kau tak gemuk. kau faham?

tahu tak sakit hati bila orang lain pandang kau then hanya buat satu conclusion iaitu kau gemuk. then you have nothing. because you are fat. and again, you are fat. tak kira lah kau pandai kaya baik hati macam mana pun selagi kau gemuk kau akan terus nampak gemuk.

"ahh dia ni pandai tapi tulah, gemuk kan. nak buat macam mana". yang ni sumpah rasa terinsult gila nak mati.


lepastu sakit hati bila ada perempuan yang kurus tanya soalan macam "oh my, milla kau tengok aku macam dah gemuk kan? gemukkan aku sekarang. haih nak buat macam mana ni eh" - yang ni aku tak boleh go. i mean, you are like 45kg and still complaining about your wonderful body like heck kau tengah perli aku ke hape? -.- ni nak emo ni.

ni nak cerita tentang hidup aku yang sedang pathetic ni.
dulu aku kurus macam takde masalah lah nak makan buger pukul 1.00 pagi pun takde hal lah. pastu pulak dulu aku ada pakwe yang selalu bawak aku jogging setiap pagi dan petang. then lepas dapat 8A dapat masuk mrsm terus kembang macam kembang punya kembang kau faham tak ? aku dah tak jogging, aku homesick so aku makan banyak banyak like gila nak mampus punya banyak. akhirnya, aku gemuk tanpa aku sendiri sedar. aku balik rumah aku makan lagi banyak. pastu break dgn pakwe terus rasa mcm kesah apa gemuk ke kurus ke bukan ada orang kisah pun. okay fine.

sepanjang belajar kat mrsm aku dah ternak banyak lah jugak lemak dalam badan tapi masa tu aku dikaburi dengan buku buku pastu pulak result aku boleh lah tahan cemerlang sebab dapat anugerah pengetua every semester so aku macam tak kisah sngat lah kan fikir macam oh takpelah nanti diet kecut lah balik. masa tu tak perasan lagi diri ni gemuk nak mampus.

kena ejek gemuk dari semua budak lelaki pun aku buat pekak je. kau tau?

lepas spm aku terus pergi singapore lepastu baru aku perasan jeans aku dah ketat, baju aku dah banyak tak boleh pakai. apa apa aku pakai pun dan macam nangka. haaaaaa masa tu, masa tu baru lah aku sedar yang aku ni betul betul betul gemuk. like HELL BARU NAK SEDAR KE MILLA?- nak kata bangang budak mrsm. okay then aku macam baru nak sedar aku dah takde life.

semua crush crush masa study kt mrsm dulu semua aku lupa kan sbb aku sedar aku gemuk siapa pun taknak. walaupun dia macam melayan tapi yelah lelaki kan nama lagi lelaki. layan sbb mainmain lepas dapat yang betul2 tinggal terkapai-kapai. cehh memang haram jadah betul -okay emo

pastu en, aku jadi semacam takut tau nak keluar rumah kau tau? mak aku pulak macam pressure aku suruh duduk rumah. dia siap kata lagi "kau tak malu ke dengan kawan kawan kau semua dgn badan gemuk macam tu" so yeah i know.. she dont want me to get hurt and aku pun macam takde keyakinan nak jumpa orang pun masa tu sbb memang berbeza gila badan dulu dgn sekarang yang macam orang baru lepas bersalin ni.

ada satu pagi tu najwa minta ex-pakwe aku hantarkan aku kat rumah dia sbb nak pergi jogging. aku pun like haaa gila kau nak jumpa dia dengan badan gemuk gila ni . tapi nak tak nak dah janji dgn najwa kan padahal selama ni ex-pakwe ajak keluar memang simpang malaikat 44 pun taknak. direct cakap "i cant meet you because im freaking fat" tapi pagi tu aku dah takde pilihan. aku masuk dalam kereta. dia pandang aku. aku rasa nak sepak je dia. pastu dia senyum dan kata "eh milla, mana ada gemuk. biasa je" . masa tu aku terus jerit kat dia "jangan nak tipu boleh tak? apa pandang2. drive la". okay i know. imma bit sensitive tapi masa tu aku dah tahu dah aku ni gemuk so bila ada orang cakap mcm tu aku rasa tertipu. faham tak? mestilah tak sebab kau kurus.

pastu ada satu part tu kawan ajak keluar, aku pun hmm okaylah then janji nak keluar pukul 10 , pukul 10:30 aku masih ada dekat depan almari tengah pilih baju. kawan aku call cakap dia dah kat bawah pastu aku turun bawah masuk dalam kereta terus nangis. dia dah macam panic ah apesal pulak budak ni kena cerai ke hape. tapi masa tu aku memamg tak tahu malu dah aku nangis je macam nak mati. tahu kenapa aku nangis? sebab everything look fat on me! like hell kalau kau gemuk, kau tak kisah baju tu cantik ke tak janji kau nampak kurus kau faham tak? dulu kalau nak pilih baju senang je sekarang satu almari rasa macam nak baling. pastu aku sedar, bukan everything look fat on me, is - i am fat on everything! lagi lah nangis doh. okay tahu tak matang nangis pasal benda ni tapi haih. kau apa tahu?

pastu tak cerita lagi setiap kali tengok perempuan kurus rasa nak nangis. tahu unacceptable tapi like come one how come they can be sooooooooo fuckin' skinny while im so this fuckin fat. like damn tengok aku dah mencarut.

to be honest, im so tired to be fat. lagi banyak senyum lagi banyak terluka kau tau. sejak gemuk ni semakin sensitive pula. so apa apa pun, i hv move on. balik singapore terus tak makan nasi sampai sekarang tapi still makan jugak benda lain . pastu kalau termakan banyak terus rasa nak nangis. orang lain kalau kenyang gembira, aku nangis. memang best. nak buat macam mana teringin sangat nak kurus macam dulu.

aku ni pun satu hal lah nak kurus patutnya jogging tapi bangun YA RABBI memang awal pun bangun. lepas tu bukan nak minum air kosong banyak banyak. ciss. okaylah aku nak berubah ni k bai.

doakan aku. tak doakan siap kau. *muka gengster*

2 comments:

  1. dulu kan hang kurus..ok la daripada asyik gemuk ja..at least penah jugak hang pakai baju saiz S

    ReplyDelete
  2. Mcm bodoh je..cmtu pon ko ckp gemok?berat aku 90kg,gemok ke x?ko xkn tahu perasaan org yg gemok,sbb ko mmg xgemok langsung..bodoh!

    ReplyDelete