Monday, November 30, 2009

u such a gay boy

kau tahu ? bila ada perempuan lawa atau hot , cakap yang aku ni buruk , ta lawa . aku takde nak kutuk dia lebih2 balik . sbb aku tahu . aku ta lawa . dan dia lawa so aku nak cakap apa lagi ? dia mmg lagi lawa so better aku shut up . kan ?

tapi kalau ada perempuan tak lawa, tak hot , cakap yang aku ni tak lawa , hodoh . pergh , pegi mati ah . jgn harap aku nak diam . kau tak lawa , nak ckp2 aku hodoh, perasan cun, apa kes? menggelabah .

face-it , if u NOT pretty , u are fucked(:

aku benci dgn perempuan yang tak reti nak cermin diri sendiri dan cuba mengejek org lain (tak kira yg lawa atau tak) . aku tak ckp , "kalau kau tak lawa, aku benci kau" . aku ada ramai kwn tak lawa mcm aku , aku tak bagi shit kt dorang hanya sbb dorang ta lawa . tapi tolonglah , kalau ta lawa, jaga perangai . jgn sukasuka nak kata org hodoh kalau kau sendiri tak lawa. aku ada cermin kalau kau nak pinjam .

nyway , aku mmg tabik dgn perempuan lawa yang perangai baik. -mmg susah nak jumpa . untk perempuan yang muka lawa tapi perangai mcm setan tu , gth . but you lucky , u are NOT ALWAYS FUCKED .

Sunday, November 29, 2009

selamat hari raya haji

Hari raya haji aku merupakan hari paling malas aku , aku bgn seawal 12tengahari dan aku tido balik. ketika aku bgn , aku melihat semua orang sudah berpakaian raya . aku bgn dengan muka busuk dan bdn yang busuk lalu semua org yang ada disitu melihat aku yang busuk . sememangnya aku mmg busuk . aku mandi dan memakai baju yang tidak busuk . (baju kurung) aku rasa panas sampai nak buka baju. tapi aku malas nak buka baju .

nenek aku memerintahkan aku untuk pergi ke kedai , membeli kunyit . disebabkan aku tidak beberapa pasti bentuk dan warna kunyit tersebut , aku menolak dgn alasan, kaki aku saket . setelah nenek aku menyepak kaki aku sehingga ia jadi betul2 saket , aku pun setuju untk pergi ke kedai . ketika aku berada di kedai , sekumpulan remaja kampung datang menaiki moto . ketika itu aku rasa hendak membunuh diri kerana mereka semua TIDAK MEMAKAI BAJU KURUNG DAN BAJU MELAYU . semua memandang ke arah ku . kesian dgn aku .

aku membeli kunyit dan terus cepat2 keluar dari situ . lelaki2 yang berada di situ membuat bunyi tikus sambil menjeling ke arah ku . aku jeling balik . lepas tu aku belah . ketika sampai di rumah , aku dimarahi nenek dan nenek hampir2 mematahkan kaki aku kerana aku membeli kunyit satu je . nenek aku pesan 3. nenek aku suruh aku pergi ke kedai semula . aku menolak dan masuk ke dlm toilet dgn alasan saket perot selama 2 jam . nasib baik toilet tu wangi (:

cullen (:

kalau aku jadi lelaki , kemungkinan besar sekali aku akan jadi gay jika aku dpt melihat dia naked LIVE . HAHA . i think everyone should adore him . face it , he's HOT .

meet my new bestfriend (:

ketika sedang berjalan2 dekat kampung . ada beberapa lembu jeling dekat aku . aku jeling balik . dan kemudian patung domo ini jatuh ke atas riba aku . so betul la org ckp , bulan tak boleh jatuh ke riba tapi domo boleh (: so dialah yang jadi bestfriend aku dekat kampung disebabkan satu kampung sume tak suka aku (sbb aku lawa sngt) jadi aku bercakap dgn dia everything , *aku tahu kau rasa aku bodoh . tapi siapa je yang tak bodoh kan ?

Tuesday, November 24, 2009

tiada beza


setelah potong rmbt di saloon yang mahal ,
inilah hasil nya , tiada perubahan pun . HAHA .

aku malas nak fikir

Tahniah !
tahniah tahniah tahniah kepada saya . (saya , bukan awak!)
kerana telah memaksa ramai orang membaca blog saya (saya oke ,bukan awak ! yang awak nak menyebok sekali ni kenapa? huh )

hari ni saya rasa tidak mahu bahasakan diri sebagai 'aku' lagi . kalau aku (eh sape sebut aku tadi?!). huh , kalau saya ckp juga . sila cium saya sebanyak 6kali . kenapa 6? (sbb aku cakap mcmtu)

korang tahu tak kenapa aku lapar? (btw , aku dah putus asa , aku nak ckp 'aku' jugak) . sebenarnya , aku nak diet . YE , perempuan mmg suke diet . dan kalau korang tak perasan , aku perempuan . aku dah tekad siap baca nawaitu ckp tak nak dinner malam ni . kononnye , aku dah mkn bnyk time lunch . sebenarnya aku just mkn nasi lemak , nasi dagang , mcd , dgn chicken chop je . tapi aku yakin kan diri aku yang aku dh bnyk mkn so aku tak payah dinner . aku ingt aku dpt bertahan . .

sehinggalah pukul 10 , kaki aku berjalan sendiri ke dapur . AKU TAK TIPU ! ia berjalan sendiri . dekat dlm perut aku dah buat satu konsert free . aku ckp kat diri aku ketika berjalan ke dapur .

aku tak lapar , aku tak lapar,
aku tak lapar , aku tak lapar .

sampai kat dapur , aku ckp "shit ! aku betul betul lapar!" . aku buka peti sejukk . time tu aku doa , "tolonglah jgn ada makanan kat dlm ni , tolonglah , tolonglah ! " dan seperti yang aku sangka . ada makanan kat dalam tu ! ohh my! WHY THIS IS HAPPENING TO ME? WHY?!

aku tenung mknn kt dlm peti ais tu selama 10minit , (aku tipu, 5minit sbnrnya) . aku ambil semua jenis buah dan makan slow2, dgn harapan , aku tak lapar . aku ambil puding sekali . lepas tu , aku makan roti . lepas tu aku berlari meninggalkan dapur . *aku tak nak mkn apa2 lagi .

setengah jalan , aku stop . aku lupa . aku belum minum air . so aku patah balik . masuk dapur , aku tuang air , aku minum . time tengah minum , aku nmpk ada maggie . aku jeling kt maggie tu , maggie tu jeling balik kat aku . lepas minum air , aku keluar dapur , lepas tu , aku masuk balik . aku masak maggie .

THE END .

dslr

ada satu hakikat yang aku benci dlm gmbr aku ni .
iaitu dslr yang aku pegang tu , BUKAN aku punya .
aku nak , nak sngt bende ni dan aku pasti kalau aku dpt ,
mmg aku jaga baikbaik. aku guna sampai karat .
so korang rasa ? mcm mana aku nak dapat bende ni . A.S.A.P.
mintak dari parents? pmr kena 8A . ergh .
mencuri ? haa . aku pertimbangkan .

*thanks rara sbb bagi aku guna benda ni satu hari .
sori aku terbuat harta . *batak siket .

Monday, November 23, 2009

aku bangun awal harini

aku tido lmbt malam tadi . aku bgn awal kerana dia call dan suruh aku bgn ,
aku lupa aku dah janji ngn dia nak breakfast sama2 pagi ni ,
aku ngntuk ni . apa kata aku tidur balik ? oke ?
yee , korang pun rasa aku patut tido balik ?
alamak . ni yang sayang korang ni . thankss. korang mmg syg aku .

Sunday, November 22, 2009

pengalaman malam pertama

sebenarnya tajuk entry ini adalah tidak benar . aku tipu sebenarnya .
*padan muka kat korang sbb kena tipu .

aku nak bercerita tentang pengalaman pertama aku dipanggil cikgu di sekolah . aku tahu korang pernah kena panggil dgn cikgu kann . *yang kat belakang pakai baju warne oren tu jgn senyum2 , aku tahu kau pernah . ada yang kena panggil sbb bagi monyet mkn time cikgu mengajar , ada yang kena panggil sbb pukul org sampai keluar air mani . ada yang sbb buat peta dunia kt atas meja .

tapi aku ingt lagi , first time aku kena panggil dgn cikgu sbb cikgu jumpa surat permainan aku dlm beg . ketika itu aku masih bersekolah rendah . *jgn sebok tanya aku sekolah rendah kt mana , denga dulu aku nak cerita . ishh . haa . mana tadi . oke . rendah . haa cikgu tu mmg rendah . sama tinggi dgn aku . nama dia cikgu khadijah , KOT .

masa tu ada spotcheak , cikgu jumpa sehelai kertas warna merah tak silap aku , dlm beg . cikgu tu amek dan baca , kemudian dia masukkan kertas itu ke dlm poketnya . aku buat tak tahu je. sbb aku lupa tu kertas apa . satu jam 5saat kemudian , dia panggil aku masuk bilik guru . time tu aku tngk cikgu apa ntah tengah mkn nasik ayam . aku dpt rasa nasik ayam tu tak sedap .

cikgu tanya " ni apa ni?" aku jawab , "tu kertas warne merah saya , cikgu curi dari saya tadi . ingt saya tak nmpk eh ? saya nmpk tau . cikgu curi . cikgu amek senyap2." aku ingt kan cikgu tu nak gelak , sbb aku melawak je sebenarnya . tapi cikgu tu buat muka serius . aku takut lah . *masa tu aku darjah 4 oke , jgn gelak .


haa , lepas tuu . alamak weyh , bateri laptop aku nak habis lah . sori. aku cerita sampai sini je lah oke . bye ! *sebenarnya aku malu nak cerita tentang apa yang aku tulis kat kertas merah tu , hehe .

kampung

aku baru sahaja balik dari kampung . semasa di kampung , aku berasa seperti mahu membunuh diri . kerana aku sngt boring . YE . aku mmg seorang yang senang boring . disebabkan kampung aku tiada laptop , dan astro . aku tiada sebarang aktiviti yang hendak dibuat . aku hanya text orang , makan dan tidur . *aku rasa kalau aku duduk lebih lama di kampung , aku akan mati dlm keadaan gemuk .

mak aku ada menyuruh aku bersembang dgn atuk dan opah ku . tapi aku menolak . aku sayang mereka , tapi aku mmg jarang bercakap dgn atuk dan nenek ku . aku pelik melihat kebanyakkan cucu mereka rapat dgn mereka . ada dua sbb kenapa aku jarang bercakap dgn mereka .

pertama , opah aku seorang yang sengau . aku tak faham apa yang dia cakap ! *menangis . kadang2 bila dia tanya aku "kau buat apa" aku akan jawab "milla sehat la opah" . bila dia suruh aku ambil pinggan , aku akan pergi cari ubat saket pinggang . see . aku malu . sbb tu aku jauhkan diri . kedua , atuk aku seorang yang kuat berceramah . aku bukan nye tak suka dengar ceramah , tapi aku benci dengar ceramah . maaf atuk .


btw, dekat kampung , aku tengok satu iklan ni ,
sekumpulan budak kompang , nyanyi "potong2~"
banyak kali . HAHA . dlm perjalanan ke rumah , aku nyanyi kuat2 ,
"poootong! pootong! poootong! pootong !"
lepas aku habis nyanyi , adek aku muntah .
oh ! no wonder , dia belum sunat .

Friday, November 20, 2009

harini aku bunuh ramai orang dan aku tahu kau tak percaya

oke semua , hari ni , aku nak semua orang tepuk tangan kerana ,

AKU DAPAT NO 14 DLM CLASS .
kira okey la tu , *aku class first oke .

jadi yee , aku belum terfikir lagi nak minta apa pada kedua ibu bapa aku , tapi aku rasa aku takkan dapat apa2 . jadi aku tak minta .tapi ameerul dan janji nak bagi patung elmooo . weeeeeeeee .
*entah2 dia tipu . haha :P

Wednesday, November 18, 2009

sukahati aku lah

disebabkan ada sesetengah blog yang suka cakap pasal lelaki jenis apa yang dia benci dlm kata lain , tak suka . aku tertarik untuk luahkan benda yang sama . plus, aku tak keluar mana2 harini , aku xde credit na text sape2 ,myspace bosan sbb aku taken, xde org na try aku , aku xde bende nak buat . so , here we go ,

- aku benci bila lelaki minta topup dekat perempuan , tak kira lah emergency mcm mana pun .

- aku benci lelaki yang perangai punya la mcm sial tapi ckp "aku suke gurl bertudung" .

- aku benci laki yang lepak dgn kawan2 dia dan tinggalkan gf dia sorang2 mcm jahanam .

- aku benci lelaki yang pakai baju ada tulisan . kalau perempuan boleh lagi . laki? cannot go .

- aku benci lelaki yang ckp "i tak suka u pakai mcm ni , mcm tu , tak class betul, old fashion la my dear" kepala hotak kau . awek kau nak pakai apa , suka hati dialah .

- aku benci lelaki yang cakap manis mcm gula2 skittles tapi hakikatnya ? HAJAM JADAH .

- aku benci lelaki yang tak suka baca buku . and ckp buku tu low class , yes aku mengaku , lelaki mmg dah pandai malah lebih bijak dari perempuan , ade bukti. mmg fitrah . tapi laki jenis ni , aku rasa otak tak berkembang . come on , baca lah buku oke .

- aku benci laki yg show off , kalau duit xde , buat mcm xde duit buleh tak ? perempuan yang betul2 ikhlas tak pandang duit kau dlm poket .

- aku tak suke lelaki yang tulis mcm ni "akuw rasew kaw buat aq macam niew coz" . buleh tak type normal dan skema . aku tak faham .

-aku benci laki yang suke ckp lucah mcm sial pukimak lancau butoh depan perempuan , aku mengaku kdg2 aku terlepas ckp jgk bende ni, tapi at least , aku bukan nak tunjuk cool mcm korang .boleh belah la woi .

-aku benci bila laki yang pergi date tapi buat muka masam . kesian lah siket kat gf kau .

- aku rasa tak semua laki kena terus terang je bila nak ngorat perempuan , kadang2 kene jadi lebih misteri . kebanyakkan perempuan suka .

- aku faham , skrg ni zaman kalau nmpk awek cun lalu , buat bunyi tikus sambil muncungkan mulut , tapi sorry , aku benci bila laki buat mcm tu. xde class langsung . respect la siket awek tu

-tu jea la kot . otak aku dah low nak fikir benda lain .

everybody lies

siapa yang tak pernah menipu ? i mean , come on dude .

tipulah kalau kau cakap kau tak pernah menipu kan ?

1) menipu untk melindungi diri sendiri , bisanya drpd malu .
2) menipu untk melindungi seseorang .

biasanya aku menipu , dlm kata lain tidak bercakap benar apabila aku rasa aku perlu melindungi diri sendiri . aku ada dua pilihan , menipu atau memalukan diri sendiri . biasanya aku akan pilih yang pertama. aku lagi sanggup menipu dan menanggung dosa drpd memalukan diri sendiri . i mean , siapa yang tak ? mungkin segelintir . tapi aku bukan yang segilintir itu .

CONTOH , kalau aku datang sekolah , baru lepas break up dgn bf , mata baru lepas nangis , dan kawan2 baik aku tanya , asal mcm baru lepas nangis ni , milla ? hahh , jangan harap lah aku akan menangis lagi kat bahu dorang dan cerita semua benda pasal break up tu . NO WAY. aku bukan jenis yang akn bercerita sambil nangis2 pasal break up , lagi2 melibatkan lelaki . aku akan ckp aku baru lepas jatuh tangga kea, baru lps tngk movie hindustan kea , apa2 jea , but NOT the truth . kalau orang lain mybe akan buat mcm tu , tapi aku ? TAK .

kalau aku pergi sekolah , tudung lupa nak gosok , aku akan ckp maid aku lupa nak gosok padahal mmg aku lupa nak gosok tudung haritu . kalau cikgu aku tanya , asal ta pergi sekolah , aku tak akan jawab aku lmbt bgn , malas nak pergi sekolah , aku akan ckp , aku sakit . see, simple .

macam2 lagi penipuan aku pernah buat . tak kira penipuan itu bertujuan baik atau buruk . dan aku mengaku aku selalu menipu , tapi seperti tajuk entry ini . everybody lies . right ?

apa aku nak

aku pening . aku sngt pening sebenarnya . aku baru lepas baca blog seseorang . aku tak kenal penulis blog itu . dan blog dia sngt membuka minda dan memberi kesedaran . aku sngt sngt respect pada manusia jenis ini . dia cakap semua jadah dia nak cakap . tanpa takut kena benci dan kena saman . satu hari nanti , kalau aku dpt jumpa dia , aku akan salam dia dan ckp "ur blog is so amazing. kalau pun satu malaysia benci blog kau , aku still akan suka' . dia ada ckp :

"Kamu percaya tak, ramai orang rasa kosong kerana mereka dah dapat segala yang mereka mahukan? Dan mereka tak tahu hendak mahukan apa lagi. Dan mereka berasa lagi sedih kerana mereka tak paham kenapa mereka masih belum tenang dan gembira walaupun dah memiliki semuanya."

entah kenapa , aku rasa ayat di atas agak berkaitan dengan aku . aku tak cakap aku dapat apa yang aku mahukan . tidak sama sekali . i mean, aku tak dapat nikon , aku tak dapat keluar sesuka hati aku lagi , aku tak dapat muka yang betul2 lawa mcm yang aku nak, body yang hot , mcm2 lagi aku tak dapat . tapi aku dapat apa yang aku perlukan . aku beruntung dan kadang2 aku tak sedar tentang perkara tu .

aku dibesarkan dengan keluarga yang cukup sempurna . ayah aku kuat agama . satu keluarga tak sesat . mak aku garang tapi seorang yang memahami dan sayang pada anak2 nya. terlalu sayang . aku selalu dapat apa yang aku nak . apa yang aku minta . biasanya aku akan dapat. aku anak sulung dan sorry lah adik2 yg lain , biasanya kalau apa2 , aku yang dapat dulu . keluarga aku jarang gaduh dlm kata lain , aman dan harmoni .

aku ada kawan yang cukup baik dan caring pasal aku . gentle , aku sayang dorang . aku ada boyfriend yang sngt aku sayang , yang selalu jaga aku dan buatkan hidup aku lebih bermakna . dia dah cukup buat aku happy . see . aku ada family , kawan , bf yang cukup cukup baik .

semua yang aku perlukan , aku dapat . tapi semua yang aku nak . setengah je yang aku dapat . kesimpulannya , aku dah cukup bertuah . tapi kenapa aku tak pernah nak hargai dan kenapa somehow , dlm hati aku . aku still tak gembira dan happy ? aku rasa kosong .

sebenarnya , aku pun tak tahu apa yang cuba aku sampaikan . aku tak tahu apa yang aku nak tulis lepas ni . jgn tanya aku kenapa. aku pelik kenapa manusia tak pernah nak puas hati dngn apa yang dia miliki? sentiasa mahu jadi lebih dan lebih baik drpd orng lain . kalau aku , aku tak nak jadi lebih baik , i mean , tipu lah kalau aku cakap aku xnak jadi lebih baik dari orang lain -the best ! tapi still , apa aku peduli pasal orang lain , janji aku rasa happy . kan? sebenarnya apa yang aku nak ni ?

Tuesday, November 17, 2009

baca balik post bawah

tadi aku baca blog sendiri , TIDAK aku tak terasa bodoh membaca blog sendiri . then aku baca post bawah ini dan tergelak dgn sendiri . kenapa ? kerana sbb utama aku post entry di bawah kerana aku sebenarnya nak merepek tentang "realiti itu bosan" . HAHA . tapi aku end up dgn "HARAM J".oke. dah la . hari ini aku rasa tak terdaya nak type panjang2 kerana aku rasa aku belum makan . nanti lah . choww .

*chow ? chow ? sejak bila aku guna perkataan tu ? HAHA .