Sunday, November 29, 2009

selamat hari raya haji

Hari raya haji aku merupakan hari paling malas aku , aku bgn seawal 12tengahari dan aku tido balik. ketika aku bgn , aku melihat semua orang sudah berpakaian raya . aku bgn dengan muka busuk dan bdn yang busuk lalu semua org yang ada disitu melihat aku yang busuk . sememangnya aku mmg busuk . aku mandi dan memakai baju yang tidak busuk . (baju kurung) aku rasa panas sampai nak buka baju. tapi aku malas nak buka baju .

nenek aku memerintahkan aku untuk pergi ke kedai , membeli kunyit . disebabkan aku tidak beberapa pasti bentuk dan warna kunyit tersebut , aku menolak dgn alasan, kaki aku saket . setelah nenek aku menyepak kaki aku sehingga ia jadi betul2 saket , aku pun setuju untk pergi ke kedai . ketika aku berada di kedai , sekumpulan remaja kampung datang menaiki moto . ketika itu aku rasa hendak membunuh diri kerana mereka semua TIDAK MEMAKAI BAJU KURUNG DAN BAJU MELAYU . semua memandang ke arah ku . kesian dgn aku .

aku membeli kunyit dan terus cepat2 keluar dari situ . lelaki2 yang berada di situ membuat bunyi tikus sambil menjeling ke arah ku . aku jeling balik . lepas tu aku belah . ketika sampai di rumah , aku dimarahi nenek dan nenek hampir2 mematahkan kaki aku kerana aku membeli kunyit satu je . nenek aku pesan 3. nenek aku suruh aku pergi ke kedai semula . aku menolak dan masuk ke dlm toilet dgn alasan saket perot selama 2 jam . nasib baik toilet tu wangi (:

No comments:

Post a Comment