Monday, March 14, 2011

riak itu dosa tau


aku tak tahu nak cakap apa , mungkin . mungkin satu hari nanti kau akan sedar betapa bodohnya kau nampak sekarang .
bila kau rasa diri kau nampak hebat, sebenarnya, heh, hampeh.



itu normal. bagi manusia , bila sudah dipuji , kadang-kadang dia lupa , yang dia cuma manusia. yang dia taklah se-hebat mana . dia rasa diri dia begitu berharga . mungkin . berharga sangatkah? heh.

aku mengaku , setiap manusia itu unik , tapi kadang2 bila tersalah tunjukkan keunikan itu , lain yang diharap , lain yang dapat .

aku bagi contoh , contoh paling biasa , seorang remaja , dia rasa dia hot. ohh kejap, aku nak tukar , hot sekarang dah lapuk, okay dia rasa dia cool , dia rasa dia sangat cool . orang lain puji dia cool macam 'wehh kau ni cool lah, aku suka cara kau' , lepastu dia akan rasa 'oh aku ni cool gila, aku lah org paling cool dalam dunia' , lepastu dia akan cuba apa sahaja cara untk menampakkan lagi 'ke-cool-an' dia dan cuba tunjuk pada dunia betapa cool nya dia . SAMPAI , sampai dia tak sedar , kini dia bukan lagi cool , kini dia menggelabah . dia tak sedar , tapi org lain akan sedar. satu pujian boleh buat dia kembang 10 inci . kalau sepuluh pujian ? mungkin dia akan meletup . bila dah kembang , dia akan pekak . pekak bagaimana ? pekak bila mendengar kutukan dan perlian halus orang lain .

same goes with 'hot people' , bila kena gelar hot sikit dah bangga sampai nak terjun banggunan dah! kalau boleh siap nak pakai t-shirt 'ramai org kata aku hot' . padahal kena perli . heh. itulah. tak dapat bezakan 'perli' dengan 'realiti' . bodoh.

ada juga yang , kalau blog ramai follower sikit , dah lupa diri , rasa macam 'wehh hebat oh aku ni, ramai baca blog aku, ramai suka blog aku' , bila ada peminat kirim salam sikit , dah rasa diri ni paling lawa dalam dunia , paling handsome dalam dunia. kalau dah ada kereta sendiri , dah rasa mcm dunia dia yang punya. kalau ada gf / bf hot sikit , dah mula aktiviti hidung kembang kempis.

heh. itu lumrah . bila dah kena puji sikit , akan bangga sampai rasa diri dah sempurna . orang lain kutuk diam2 pun takkan ter-bau , orang lain perli depan2 pun tak dikisahkan , orang cakap face-to-face pun macam mencurahkan air sirap di daun yang sama jenis dgn keladi. diri akan degil menerima realiti . itu manusia . itu juga aku . (ye, aku mengaku aku manusia)

dulu aku selalu macam ni jugak , rasa diri mcm hebat sbb gambar masa zaman myspace dulu bagi aku mmg paling hot ah! kalau edit tu pergh setengah jam semata-mata nak nampak hebat . dulu kalau ada budak ala-ala hot sikit cakap 'hai' , rasa macam wahhh aku ni hot jugakkkan . hahaha itu dulu . sekarang aku malas nak layan diri sendiri. sbb aku dah sedar betapa bodohnya aku nampak dulu . aku sedar , aku taklah sehebat mana dulu dan juga skrg . in the future , mybe . aku haraplah. kalau boleh hebat sikit pun jadilah.

actually, perasaan bangga tu kadang2 kita tak dapat nak elak . itu biasa . sangat biasa . sbb kita apa ? ye bagus murid-murid , kita manusia . ye murid-murid, manusia . manusia mmg begitu . benda 'show off' - 'show off' ni aku dah masak sangat dah . dah masak sampai hangus ! so , aku rasa setelah dibahagi ditolak dicampur dan didarab , aku rasa conclusion-nya :

kalau nak show off tu cover lah sikit.
kau rasa orang pandang kau hebat , tapi sebenarnya ?
tak semua kau rasa tu betul .
cuba buka mata, hati , telinga .
sedarlah, kalau nak bangga tu boleh.
tapi bangga diam-diam cukuplah.
aku meluat tahu ?


p/s : mungkin kau rasa aku post macam ni sebab jealous, sbb yelah aku ni kan loser. mana pernah kena puji. mungkin juga kau rasa aku tak puas hati , atau atau bajet bagus. haha. serious ! fikirlah apa kau nak. niat aku bersih tanpa sebarang bakteria. bye.


(aku rasa ramai orang akan benci aku)


Saturday, March 12, 2011

aku bukan manja

TAPI AKU CUMA TAK BIASA :

-bila kena bagun pagi 4 :30 pagi setiap hari.

-bila aku kena beratur mcm banduan sebelum mandi sambil pegang baldi dgn muka mengantuk penuh dgn taik mata (nak gosok mata pun tak larat sbb ngantuk sngt!)

-bila kena tidur dgn bertemankan dua kipas pusing2 atas kepala aku.

-bila semua jadual rutin aku diatur oleh org lain .

-bila kena jalan 2 kilometer pagi-pagi semata2 nak iron baju sekolah.

-bila aku takde masa nak tidur petang atau tengahari.

but MRSM is great. the school is huge! and fyi, my mrsm is the biggest mrsm in malaysia so far. the teacher is awesome . the student ? no different. the food is 'boleh laa' , the surau is good. the class is better . mrsm is great but the asrama is B.O.R.I.N.G okay? like seriosly. i hate living is asrama. yeah okay aku mengaku aku homesick hari ketiga. aku call mak aku nangis2 dgn hingus meleleh-leleh. okay fineee!

chill lah kan ? nanti biasalah kan ? kan ? CAKAP LAH KAN?! -.-

okay look at the bright side ,

-aku akan lebih mudah untk aku cemerlang dlm pelajaran (aku tahu aku skema gila skrg)

-aku boleh naik flight 8 x 2 kali setahun .

-aku boleh belajar buat kerja2 rumah supaya nanti bakal mak mertua suka. HAHA

-aku boleh jadi hebat di masa hadapan. (tak boleh bela betul aku ni kan)

okaylah aku cuma nak bagitahu mcm mana aku kt sana sbb ramai yg tanya and aku tak tahu nak jawab apa . best pun tak , tak best pun tak. but yeah , i ada kawan baru tau nama dia AMYYYYY. okay bye.


ALAH 2 YEARS JE PUNNNNNNNNNNNNN ---

kan ? O.O

Thursday, February 17, 2011

sorry aku update blog lagi

err .. hello ? anyone here ? haha ada lagi ke yang baca blog berhabuk aku ni. aku dah rasa nak delete dah blog ni tapi tulah , dah banyak benda aku lalui dgn blog ni, sayang pulak. hihi. so anyway, sebenarnya aku nak tulis 'sorry lama tak update blog' tapi bila fikir2 balik kenapa aku nak kena minta maaf pulak , im innocent tau . *sambil buat muka mintak tampar

oh oh and sorry lah post aku dah tak lawak mcm dulu. i have lost my sense of humour . biasalah budak baru nak jadi matang memang mcm ni. hahahaha . mintak kaki punya statement.

Lately , i had been busy with exam and life . oh and fyi, im still nobody mcm dulu . there's nothing much i can do about it. haha. being from4 is not that awesome. i was wrong okay, i thought from 4 will be a year without hardwork and full with enjoyness. gahhhh. life memang tak boleh nak senang. semua susah. so enough about myself and my boring life. i want to say something here. random things that i believe .

- I believe to get a bit of happiness , we mybe have to get through all the sadness . all the trouble. but it is worth it ! kepuasan tu adalah salah satu kebahagian yang sebenar. kan ? (;

- I believe being a nerd is not a loser . ada orang kata 'wehhh apa barang bawak buku time rehat siap baca buku sambil jalan lagi. bapak nerd' , aku jawab 'haha tu ah mcm loser kan? tapi tu ah bagi aku jadi nerd tak loser doh , tapi kalau failed exam tu baru loser yg sebenar. HAHAHA. berusaha untk jadi pandai tak loser, failed exam tu loser wa cakap lu .

- I believe the most important day in life is : birthday , wedding day's and the day I die.

- I believe everyone deserves a change and a second change .

- I believe in karma . what goes around comes around .

- I believe love sometimes hurt no matter it's right or wrong .

- I have to gooooooooooooo. bye!

Sunday, February 6, 2011

aku taip cinta , so ?

CINTA
cinta itu senang , sbb cinta tak perlukan apa-apa,
cinta hanya perlukan cinta .

tetapi

BERCINTA
bercinta itu susah , bercinta perlukan kesabaran , kejujuran , kesetiaan ,
pengorbanan , kasih sayang yg mendalam , rupa paras , credit, duit ,
restu , tolak ansur , toleransi , langkah berjaga-jaga ,
perubahan , persediaan , pencegahan ,
dan banyak lagi .


you know what i mean ?

takdir itu takdir

aku nak tanya kau,

kalau kau nampak someone with braces,
and kau kutuk 'wehh dah ah gigi besi, buruk dohh'
KAU FIKIR DIA PAKAI BRACES SBB SUKA-SUKA KE?
KAU FIKIR DIA PAKAI SBB GIGI DIA TAK BURUK KE?

kalau kau tengok lelaki or perempuan tu muka hodoh gila,
and kau kutuk 'muka dah ah hodoh gila, belah ah'
KAU FIKIR DIA NAK KE DILAHIRKAN DGN MUKA MACAM TU?
KAU FIKIR SALAH DIA KE DIA TAK LAWA/HANDSOME MCM KAU?

kalau kau nampak orang tu gemuk gila ,
pastu kau kutuk 'eee dah ah gemuk'
KAU FIKIR SALAH DIA KE METABOLISME BADAN DIA RENDAH?
SALAH DIA KE SBB ADA NAFSU MAKAN?
SALAH DIA KE DILAHIRKAN GEMUK?

kalau kau tahu someone tu miskin ,
and kau kutuk dia, kau hina dia, sbb dia dtg dari keluarga miskin,
KAU FIKIR DIA MINTAK KE JADI MISKIN?
KAU FIKIR DIA MMG NAK KE MISKIN?

DIA ADA GIGI BESI , DIA HODOH , DIA GEMUK, DIA MISKIN,
KAU INGAT DIA MINTAK KE JADI SEMUA TU?

HABIS TU KAU SIAPA NAK KUTUK2 ORANG ?
KAU TAHU TAKDIR TU APA TAK ?
kita manusia wehh mana ada yg perfect ,
kalau hebat tu pun tak hebat mana wehh ,
yang atas tu jugak yg hebat .

Friday, January 28, 2011

aku tak suka

nak tahu apa aku tak suka ?

1) aku tak suka bila tengok ada budak umur 7tahun pakai iphone. dan bila phone aku berbunyi , aku terpaksa buat tak tahu .

2) aku tak suka when i have a fight with my boyfriend and i shout to him 'DONT CALL ME AND DONT EVER TEXT ME!' dan aku tak dapat satu call or satu simple text 'sorry' pun dari dia .

3) aku tak suka bila aku nak nampak matang . dan cuba lari dari realiti yg aku cuma budak perempuan 16tahun yg shopping guna duit mak lagi. heh. aku sedar aku try pakai higheels, dress atau baju yg tak sesuai dgn umur aku , what is that ? that's stuuuuuuuuupid --'

4) aku tak suka bila aku tengok phone aku setiap 2 minit sambil tunggu bagai nak rak dia reply text dan apa yg dia jawab hanyalah 'k' .

5) aku tak suka bila ada orang cakap dia benci aku padahal aku tak pernah cakap dgn dia pun.

6) aku tak suka bila aku dtg rumah orang dan bila dia offer aku something like food ke , aku terpaksa cakap 'oh , its okay. thanks' untk jadi sopan. padahal aku memang nak !

7) aku tak suka bila aku tengah tengok tv dgn adik-adik aku lepastu tiba-tiba muncul part cium cium or goda goda .

8) aku tak suka bila ada orang badmood dan marah semua orang yg ada di sekeliling dia dengan alasan dia tengah badmood. oh kalau badmood je kau boleh buat apa kau nak ah ?

9) aku tak suka bila aku angkat call from unknown number dan dia cakap 'milaaaaaaaaaa , kenal tak ni siapa?' . kau fikir aku apa nak kenal pasti semua suara org yg aku kenal ?

10) aku tak suka bila someone buat lawak yang tak lawak dan aku terpaksa kena gelak .

Thursday, January 27, 2011

high school life

for me , high school ialah zaman untuk belajar . bukan belajar reproduction dan translation sahaja , tapi zaman aku jatuh dan belajar untuk berdiri semula , zaman aku kata aku nak cari siapa diri aku sebenarnya, zaman aku guna ayat 'nobody perfect' , zaman aku belajar mcm mana nak tampak hebat , zaman aku nak tahu apa tujuan aku hidup , zaman aku kata aku tak faham dgn manusia , dan dunia . zaman aku belajar kawal emosi remaja dalam jiwa .

And last but not least , benda yg wajib ada, 'cinta' , high school ialah zaman aku belajar bercinta . selain cinta pada ALLAH dan family. well, siapalah aku . aku cuma remaja perempuan biasa yang tak boleh lari dari melalui semua ni .

problems suckss

for just a second, i feel like i know exactly what to do with my life ,
but i just dont . you know?

complicated tahu tak benda ni ?!!
emosi remaja aku yg tak stabil ke aku yg banyak berfikir ?

whatever it is , i am seriously tired.


Sunday, January 23, 2011

KALAU

kalau aku ada gigi yg perfect, setiap kali bergambar , aku akan tunjukkan gigi aku sahaja .

kalau aku dapat kahwin dgn farid kamil aku akan bahagia seumur hidup .

kalau aku lawa mcm akak 7E tadi aku akan pengsan setiap kali aku tengok cermin .

kalau aku tahu aku takut mati , aku taknak hidup .

kalau aku dapat emak yg bukan seperti emak aku sekarang , aku mungkin rosak .

kalau aku kurus aku akan kerap pakai t-shirt bertulis 'dunia, lihatlah aku dah kurus sekarang!'

kalau aku pandai cakap english britain , aku akan bercakap setiap masa .

kalau aku kaya nanti , aku nak shopping setiap minggu ! imma fashion freak man! *err sikit

kalau aku diberi pilihan untk tidur atau untk sambung benda alah ni ,

AKU PILIH TIDUR!


*pelikkan post aku sikit je ? okay bye!

Sunday, January 2, 2011

aku bukan pakar cinta

but , here's somes advice for :

perempuan yg tengah sedih sbb tak ada pakwe : wehhh bukan kiamat pun lah kalau kau takde pakwe pun , okay mmg lah susah sbb well di-sekeliling kau penuh dgn couple2 yg sweet semua , pastu blog pulak skrg penuh dgn cerita cinta je memanjang , tapi fikir macam ni ah okay , satu hari nanti ada jugak untk kau . kalau kau penat tunggu dan bantai je yang kau jumpa kat facebook , one day kau akan menyesal . takdir kita tak boleh nak lawan . jangan ah hidup hanya untk cinta sbb bila cinta tu hilang , kau boleh jadi manusia yg hidup tapi dah mati . sbb apa ? sbb cinta kau mati . tak rock ah . try lah fokus kat benda lain selain cinta ni . cinta mmg lah indah tapi bila cinta dah hancur kau akan rasa baik kau tak bercinta in the first place . percayalah .

perempuan yg tengah nangis sbb pakwe curang : pernah dengar pasal karma tak? kalau tak kau pergi google sekarang . what comes around goes around darling . lupakan lelaki tu , kalau dia dah ada yg lain kau nak kesah apa lagi wehhh , tunjuk middle finger dah lah wehh . kau boleh nangis kalau kau rasa tu boleh buat kau feel better tapi lepas nangis kau kena bangun dan tunggu pakwe baru! bukan sorang je lelaki je kat dunia ni , bukan sorang je lelaki yg special . remember this , he is not worth it . okay ? biar dia menyesal curang dulu.

perempuan yg tengah gaduh dgn pakwe dia or dah break : when its over , IT IS OVER . cinta boleh datang dan boleh pergi wa cakap lu ! Allah boleh bagi cinta tu dan bila-bila masa je Allah boleh ambil balik wehh . kalau dia untk kau , everything will be fine later tapi kalau dah sah2 dia bukan utk kau, redha je lah. kita manusia , bukan tuhan . tak semua kita nak , kita dapat. kalau kita rasa lelaki tu dah bosan dgn kita dan tak menghargai kita , just move on with your life ! fikir ah , sampai bila kau nak sedih muram mcm ni ? kau masih muda wehh . tak payah nak kesal2 sgt ah cita dia . lain ah kalau kau dah 'buat' dgn dia , pastu dia tinggalkan kau , tu pandai2 ah kau handle .

perempuan yg rasa tak dihargai : sayang , lelaki tu makhluk yang sukar difahami . kdang2 dia bukan macam kita , dia takkan tulis pasal perasaan dia dlm blog mcm orang lain , kadang2 dia tak akan buat benda romantik mcm yg kita nak , dia tak cerita pasal gf dia kat kawan2 dia yg lain . lelaki ni ego tinggi , (okay okay bukan ego , maruah tinggi , fineee) , kita kena faham . selagi dia cakap dia sayang kita dan kita tak nampak tanda2 dia curang , stay with him :) you will be fine .

sorry lah kalau apa aku cakap ni salah ke korang tak setuju ke apa , aku pun main type je ni . aku bukan doktor cinta .

lagi satu , for every couple yg masih bersekolah menengah (termasuk aku) ingat ni, 'ITS HIGHSCHOOL LOVE , BE PREPARED ' .

Sunday, December 26, 2010

fakta random

1. Cardigen itu sangat penting . sbb first kalau pergi jalan dkt mana2 (terutama shopping complex seperti mid valley pavilion atau the curve) lepastu 'erkk terjumpa manusia yg lain memakai baju yg sama mcm yg kita sedang pakai" , teruslah sarungkan cardigen anda untk cover sedikit . ataupun , kalau-kalau anda hendak shopping di tempat yg sama anda membeli baju yg sedang anda pakai , sarunglah cardigen anda sebelum masuk ke dlm butik berkenaan . aku banyak pengalaman.

2. Biasanya bila seorang perempuan tangkap gmbr, masukkan gambar tersebut di dalam facebook dan tulis caption macam "oh my buruk kan muka i? or burukkk" , padahal gambar tu tak lah seburuk mana sbb gmbr itu telah di-edit dgn bersungguh-sungguh sehingga hilang segala jerawat dan segala cacat-cela , well itu maksudnya dia mahu dipuji . puji lah dia .

3. Ada banyak perkara yang seorang suami akan jawab bila kita tanya "kenapa kau syg sngt isteri kau?" , jawapan biasa mestilah sbb dia pandai masak , dia cantik , dia prihatin dan sebagainya tapi hampir 20% daripada mereka akan jawab "sbb isteri aku suka beli baju kat uptown je , jimat duit aku , sbb tu aku syg dia sngt" (tak percaya pergi google, kau google skrg!)

4. kebanyakan perempuan yang betul-betul hot (cantik , sexyy , kaya dan dari segi luarannya mmg perfect) tidak akan kelihatan betul-betul hot di dalam laman sosial seperti facebook manakala untk mereka yg tak berapa nak putih , muka tak berapa nak clean , baju tak berapa nak mahal akan kelihatan hot di facebook kerana mereka akan berusaha untk kelihatan hot di dunia facebook kerana realitinya , mereka hanya biasa-biasa dan tak ah hot mana pun . sama juga dengan lelaki . kebanyakan okay , bukan semua .

5. kalau nak banding lelaki dgn perempuan , oh mmg banyak perbezaan . tapi bila bercinta , semua nak cari yg banyak persamaan , kenapa ? sebenarnya yang banyak persamaan lah yg boring , yang bnyk perbezaan lah yg mungkin boleh tahan lama . yg perlu hanyalah tolak ansur.

6. aku tak faham kenapa justin bieber sngt famous. (okay ni bukan fakta , ni macam persoalan . salah entry , salah entry )

7. tak salah untk perempuan make-up . sbb perempuan make-up untk dapatkan keyakinan diri , tapi kalau perempuan make-up dgn niat nak show-off dan nak berlagak lawa, mmg kena bahan . so kalau nak make-up (lagi2 yg tebal2) , pastikan perangai tu jaga . kalau mulut perangai semua serba serbi buruk lepastu cakap main lepas je comfirm ah kena bahan sebagai "minah make-up".

8. kalau seseorang tak kira lelaki atau perempuan libatkan diri dalam pergaduhan lepastu sepanjang pergaduhan tu dia lah yg tinggi kan suara , dialah yg guna ayat-ayat seperti "puk*mak lancau babi fu*cking dan sebagainya" , lepastu kasi gempak2 kat blog atau status facebook so that dia rasa dia menang , hehh believe me , that guy or girl buat macam tu sbb dia cuba sembunyikan kekurangan dia , sbb dia tahu dia akan kalah so dia buat apa sahaja supaya dia rasa dia menang, hakikatnya ,dia nampak bodoh dan dia kalah sejak awal lagi .

9. zaman sekarang ni , dosa lelaki banyak bertambah sbb perempuan , pergi mana-mana ada je nampak lurah sana-sini , celah sana sini, yg keluar sana-sini , yg terbukak sana-sini , yg kudis sana sini (haha yg ni tak boleh tahan, aku betul2 tak faham dgn perempuan melayu yg pakai short tapi kaki berkudis) . anyway , kesian lelaki . nasib baik aku perempuan .

10. bro , zaman sekarang muka org tak pandang sngt , yang penting kaya , duit . tapi nak tahu apa lagi penting dari semua tu ? heh heh , kebijaksanaan . sbb bila kita bijak , kita tahu mcm mana nak survice . bila kita tahu mcm mana nak survive , org akan pandang kita . kalau setakat hidup nak enjoy , awek hot , duit takdek , budi bahasa haprak , takde org respek kat lu lah brader.

so , ada siapa-siapa nak cari gaduh dngn aku pasal post ni ? aku harap takde . bye

Wednesday, December 22, 2010

aku mintak rm800


Ya Allah , terima kasih :)
terima kasih sangat sangat sangat sangat .

i mind my own business

okay ramai orang salah sangka bila aku kata 'i mind my own business' dekat facebook . ada kata aku sombong , ada kata aku mcm arrogant and bajet mcm hebat sangat , mcm bagus dlm semua benda and tak perlukan orang lain .

tapi mereka salah .

mind my own business tak bermaksud aku tak peduli tentang apa yang jadi dekat orang yang aku sayang , aku tak peduli tentang apa yg jadi kat sekeliling aku , aku boleh buat apa je yang aku nak ,bukannya aku akan ignore apa orang lain cakap tentang aku . mind my own business tak bermaksud bila kau cakap 'hi' , aku jawab 'hmphh' .

what i really mean is , i mind my own business sebab aku nak jadi diri aku. aku tak nak jeles dekat orang yang lebih happy , lebih bagus , lebih lawa , lebih kaya , lebih segala-galanya dari aku . sbb bagi aku, biarlah aku nak jadi diri aku . walaupun aku tak berapa sure tentang siapa diri aku sendiri tapi aku taknak selalu jadi poser , ikut style orang lain . biarlah orang nak kata aku ketinggalan sekali pun , plus, aku dah penat berusaha nak jadi orang yang up-to-date dan lebih hebat dari org lain .

i mind my own business because i want to be want i to be . i want to live like i want to live . i mind my own business because i want to be myself . even im not that special , im still happy . because i can be myself .

but im just human , mistakes is what i always do .

so , i mind my own business , how about you ?

budak2 kelakar

aku suka one blog ni , which aku rasa pemilik blog tersebut seorang yang sngt sngt genius , semua benda dia boleh manipulate , dia ada pendapat tentang , well everything ! which i love . and yes, he's a man , not a boy . Fr me , when it's come about blogspot , i prefer to follow a blog yang ditulis oleh manusia yang berumur lebih kurang 20-30 tahun mcm tu , sebab , bagi aku apa yang dorang cakap (type) lebih realistik , lebih matang , and yes , lebih genius . there's many things i can learn . exspecially about life and 'the truth' about many things.

compare to us (budak-budak bawah 18 biasanya) , kita lebih banyak tulis blog tentang hidup kita , dunia kita , apa yang kita nak , senang cerita blog ni mcm tempat dorang (okay, okay, kami) mencaci , meluahkan perasaan , mengutuk orang , tempat kita tulis pasal boyfriend kita , time gaduh , time break , tempat kita memerli, tempat kita mengadu yang kita nak boyfriend, tempat kita tulis something untk bagi orang lain jeles dan juga , tempat kita rasa kita hebat . bagi mereka (okay salah , bagi kami) , blog tempat paling bebas untk tulis apa sahaja .

which is sometimes , boring and predictable .eh bukan nak kutuk , cuma nak compare je . suka hati kau lah nak tulis apa pun kat blog kau and suka hati akulah nak tulis apa kt blog aku,kan?

okay sambung , so one day , aku nak tahu pendapat dia tentang something , so aku tanya dia dekat formspring . dia ni kalau jawab soalan dari siapa2 mesti ringkas . ringkas tapi meaningfull. so here is the question and the answer :

apa pendapat anda tentang pavilion , bukit bintang , kl ?
Tempat tengok budak2 kelakar

aku tak puas hati dgn jawapan tu so aku tanya lagi

kenapa pavilion tempat tengok budak2 kelakar ?
sebab semua ikut template yang seakan-akan sama


lepastu aku gelak . okay aku dah cukup puas hati dgn jawapan tu . engkau pulak ?


jap nak tambah , sebenarnya , aku bukan nak kutuk or perli siapa2 , takde niat langsung , tapi aku just rasa kelakar sangat dgn jawapan dia . and IT'S TRUE like i said , he's a genius . dia describe budak2 dekat pavilion bb semua budak2 kelakar -__- HAHA . sbb semua style kan diri sama (okay tak semua lah ) . but still , its funny and genius :P

sekarang ni kat seluruh pelosok bandar dah dilanda fashion diseases . kalau nampak je orang lain pakai baju or seluar yg lawa , mesti ah dlm hati nak try pakai jugak kan? sekarang ni kalau nak cari baju yang sebijik atau nak dekat2 sama , comfirm dapat cari . tempat paling strategik nak cari ialah dekat pavilion atau bukit bintang , kat mana lagi ?

tapi tak salah pun , semua org nak nampak hebat . semua org nak nampak cool . lagi-lagi pulak benda senang nak dpt sbb pembekal - pembekal dari china akan sentiasa peka dgn fashion semasa dan memasarkan baju2 yang up-to-date untuk kita semua . HAHAHA.

but actually , what im trying to say is, bila hidup dah senang , banyak yg nampak hebat , bila banyak nampak hebat , susah nak cari yg special . sbb tu aku tak suka . aku nak jadi special -__-

apa-apa pun , jangan sesekali judge someone , anyone lah by his/her cloth . okay ?

Monday, December 20, 2010

siapa kau ?

Aku milla dan aku cool