Friday, October 8, 2010

7/10


I want to be someone that hold dslr camera and know how to use it perfectly .
I want to make people adore what i capture with my lens.
but hell no , i dont want to be a photographer .

mybe one day ,
I tak akan di sama kan dgn type of people yang habiskan beribu , HANYA UNTUK,
pegang dslr camera dgn muka arrogant hidung kembang kempis ,
sebab nak tunjuk dia kaya, hot and untuk dapat lebih ramai kawan . that is shit .

That is really shit . soooo shit .

Friday, August 13, 2010

happy fasting!


Assalamualaikum kpd semua umat islam yang berpuasa . sempena bulan puasa ini , saya telah berazam akan kurangkan bercakap kurang sopan dan akan cuba berperangai baik sebaik-baik yang mungkin .


5 minutes later ,


Okay , Aku decide untuk batalkan azam itu .


Actually , banyak cerita aku nak tulis seperti macam mana hebatnya party birthday aku (okay its not a big party but then its fun) , betapa lembabnya aku belajar menggunakan nikon aku , betapa menyampahnya aku dengan budak itu yang mulut macam babi , malah babi pun tiada mulut busuk macam dia . betapa takutnya aku dengan percubaan PMR yang bakal menyerang semua calon pmr (cehh saja nak besarkan cerita) , tidak lupa juga tentang betapa laparnya aku hingga ayat-ayat yang aku taip sekarang semua skema nak mampus .

tapi malangnya , masa itu melarang sekeras-kerasnya aku berbuat demikian kerana aku dah lapar , sekarang pukul 7 suku aku nak buka puasa percubaan makin dekat aku sesak nafas . bye .

Sunday, July 25, 2010

love

Bagi aku , when someone , ecspecially a guy , said 'okay couple menyusahkan' dan cuba berlagak cool , aku rasa kesian dengan lelaki itu , fikiran sempit . yeah aku mengaku memang kadang2 girls boleh jadi makhluk paling rumit untk difahami , sensitive , asyik nak menggedik , kuat jelous , dan lelaki yang selalu kena mengalah berbanding perempuan kan ? HAHA

pernah dengar tak : what all girls want is someone who want them back , i guess , entah .

so anyway , semua orang yang in love , mestilah nak bagitahu semua orang yang , okay kami sweet , kami pasangan bahagia , jeles lah dengan kami , macam okay-bf/gf aku lagi hot dari korang . nak cerita kisah cinta mereka dan expect semua orang yg tahu akan 'wahhh sweet gila , kenapa aku tak jadi macam tu' kan? haha tak ke ? haha tak kepala lutut kau tak , yang dalam mypace facebook tu apa ha? haha .

the thing is , ketika bercinta , semuanya indah .. itu apa yang orang kata .

macam mana tak indah , setiap malam call , dating penuh dengan bunga bunga dan pelangi , dia lah tempat kita nak mengadu , bermanja , bercerita , dan cerita yang kecil pun boleh jadi comel , setiap sentuhan , macam ada satu power , power di antara mereka , kaum adam dan hawa .

kita rasa okay dialah everthing , dia lah segala-galanya , kita mula berangan untuk bersama dia sampai bila bila , fikirlah , berapa banyak kali kita cakap 'iloveyou-forever' , setakat ini berapa ramai lelaki? , sebab tu lah , ketika bercinta , semuanya indah .

bila sesuatu relationship tu berakhir , some people akan jatuh dgn teruk , some people akan bangun dan bangkit semula , memulakan relationship dgn manusia yg berbeza , tetapi sama .

'iloveyou forever , you the only one that i need , you are the best' sama kan ?

actually i dont know how to manipulate this topis okay , entah just suddenly nak type about this . im not pro okay , haha . about my-love-story pulak , aku dah banyak kali in love , banyak kali kecewa , banyak kali rasa rumit , banyak kali rasa indah , segala-gala . to be honest , i dont really give a damn when people said 'time bercinta semuanya indah' , plus i think it may be true .

Saturday, July 24, 2010

UP

sekarang , pukul 5petang .. satu lagi hari yg aman untuk aku duduk di hadapan laptop ini , memikirkan apa yang aku nak type so that aku tak pergi makan . buka facebook , okay cakap pasal laman web sosial ni ,

aku sering tergelak . you know , bila aku buka facebook atau myspace dan dapati orang yang dulunya skema bagai nak gila dan gila punya ntah-apa-apa , now dah hot . dah speaking . baju semua dah bajet mahal je beli kat topman kan ? beli kat forever21 kan? cehh . HAHA .

okay . its not like aku kata aku menyampah ke apa , cume kelakar , sangat kelakar macam mana personaliti hot tu boleh ubah seseorang . completely .

tapi kalau setakat pakai hot hot je semua orang boleh buat , aku pun join, semua orang kena UP kan ? takkan still lagi nak pakai lame lame macam dulu kan , kita kena lah ikut trend , kan ? semua dah sampai kat england , kita stuck dekat singapore lagi , mana boleh beb , haha

okay fine . if nak ubah penampilan je aku memang tak boleh nak complain langsung , tapi bila perangai pun berubah , semua pun lain , lepastu nak berlagak bagai nak rak, and nak perasan serba serbi, aku memang nak kutuk .

okay

tak jadi lah kutuk

sangat sukar

kadang2 , aku suka cari something . apa yang aku ada tapi orang lain tak ada . aku suka begitu , aku suka jadi lain dari yang lain , dan tipulah kalau kamu tidak berperasaan begitu , bukan? jadi aku sama seperti kamu dan kamu sama seperti aku. jadi aku masih lagi sama dgn orang lain . Dalam permainan ini , aku dah kalah . tapi tak mengapa , aku cuba cari , aku cuba cari dan aku masih lagi akan cuba mencari , tak salah kan ?

bila aku penat , aku berehat , dan aku mula memerhati , sekeliling , gelagat manusia, berlainan rupa , berlainan gaya ,

toleh kanan , sekumpulan budak yang kebanyakannya berjaket kulit , skirt , dan lutut yang sememangnya tidak lawa , mereka nampak happy , mereka bergelak ketawa .

toleh kiri , sepasang couple , nampak indah , mereka mungkin sekali sedang bercerita tentang apa yang mereka rasa , mereka kongsi , setiap perkataan yang disebut dan setiap sentuhan yang ada , terasa hangat dan indah . ketika bercinta , semuanya indah bukan ?

toleh depan , seorang demi seorang lalu , wajah mereka , nampak kosong , nampak murung , ada juga yang senyum , ada juga yang seperti terkejar-kejar .

dan aku mula berfikir, melihat mereka , mencerminkan diri aku , aku sama sahaja . kadang2 , dalam sesuatu waktu , aku juga akan mempamerkan wajah2 yang mereka pamerkan .

kita manusia tak banyak beza , kan ? kita persoalkan semua yang terjadi , kenapa aku tak jadi macam dia ? kenapa aku tak dapat ini , tak dapat itu , huhh

kita mula rasa hidup ini tak adil , kita mula persalah kan Tuhan , tapi pernah kita fikir tentang mereka yang jatuh teruk dari kita ? pernah ? hmph ?

kita manusia , kita hamba , kita akan sentiasa jadi hamba , badan ini hanya sementara , segala-galanya hanyalah sementara , bukan ?

mungkin aku tak layak untuk mengatakan ini kerana aku sering terlupa , dan aku tahu kau juga sering terlupa .

masih lagi - kosong

when people look at me , they will say something like 'okay dia mesti always dapat apa yang dia nak, keluarga berada , okay boyfriend dia boleh tahan , dia nampak happy dan jenis yang tak ada perasaan , dia suka gelak , dia nampak okay , she seem sooo fine and fine'

well , the problem is , I am . urgh ,

Aku tak boleh tidur , aku selalu fikir , bila aku bangun dari tidur ,

aku harap aku bukan perempuan ini , perempuan yang 'banyak berfikir' tentang semua perkara , cuba untuk happy , cuba untuk happy , cuba untuk happy , aku cuba untuk dapatkan happy ending yang sememangnya bukan untuk aku .

aku dah penat untuk cuba . im tired with all this !

aku penat nak layan perasaan sendiri ,

Dia cakap , aku terlalu banyak berfikir , aku banyak berfikir ,

Aku rasa aku banyak berfikir dan aku dah penat berfikir .

I hate this . you know , when i dont have any problem , I want to create one.


I always feel the same , something like-nothing . empty and still nothing . serious shit what the hell im typing and what the hell im thinking ?

huhh .

I guess , aku hanya perempuan normal yang sama seperti perempuan lain dan aku kena berhenti berfikir dengan banyak . aku kena berhenti .

still , nothing-

Sunday, April 4, 2010

love me or hate me ?

im fifteen , normal girl , i hate spagetti , i love music and fashion , im loud , my personality is depends on my mood, i hate when people hate me and im sensitive . satu-satu nya perkara yang aku tak suka tentang diri aku ialah , aku sensitive . sangat-sangat sebenarnya . kalaulah aku boleh buang sifat sensitive aku ni macam aku buang kulit pisang dalam tong sampah , aku pasti dapat hidup dgn gembira tanpa pedulikan kata-kata orang lain .

tapi mulut orang kita tak boleh tutup .

hari ni aku belajar something , kita tak boleh buat semua orang suka kat kita . macam yang selama ni aku try buat . mybe ramai yang tak tahu , mungkin takde orang tahu , tapi selama ni aku cuba buat orang suka aku , at least cuba buat dorang tak benci aku and tak jadi kan aku topik utama dalam mana - mana sesi mengumpat dorang .

BUT I CAN'T .

Some people akan suka aku , and some people akan benci aku . tak kira sekuat mana aku cuba , aku tak boleh paksa orang suka aku . macam karma , tak semua orang akan suka aku , dan tak semua orang aku suka . mungkin aku patut mula jadi tabah dan tak senstive macam dulu lagi . aku patut mula belajar macam mana nak ignore apa yang orang lain cakap , susah tu memang lah susah , aku dilahirkan dgn sifat ni . tapi aku kena cuba . dan jangan putus asa , yeahh !

anyway , aku baru perasan , aku macam budak-budak kan sbb baru nak sedar this thing. eh wait a minute , aku memang budak-budak . shit !

cina & botolnya

EHEM-EHEM , sebagai salah seorang calon pmr pada tahun ini , aku banyak study . masa aku from2 dan form3 aku masih boleh serong sekolah , lepak bb every week dan ponteng tusyen . tapi sekarang , haihh bukan nak cakap apa lah kan , tapi aku rasa aku lah perempuan paling rajin dalam dunia . study bagai nak rak je tapi malangnya, time exam tak dapat jugak 8A tuu . jadi aku dengan berpura-pura pandai nye , cuba cari jalan untuk , well dapat jugaklah 8A tu kan .

aku start tusyen kat one place ni , memang fucking hell gila lah kan sebab im the only malay kat sana . memang terdiam aku lah sorang2 kat tempat tusyen , first masuk memang A tak cakap B pun tak cakap. rasa macam tercampak kat negeri cina mana ntah . semua stok cina comel2 dgn short segala ,memang silap lah masuk sini . but well , duit dah bayar , nak tak nak aku memang kene bersifat 1 malaysia lah kan .

2 things aku belajar kat tusyen center ni , first , orang cina memang tak suka najib . not all of them lah , mybe dalam 2/3 . and second , kebanyakkan pelajar cina mmg hampir semua rajin2 dan pandai kan ? well , aku rasa mybe sebab dorang semua jenis bawak air mineral setiap masa dorang belajar . tengok jelah botol dorang besar mana . satu keluarga aku minum pun ntah boleh habis ke tak . kan kannn ?

mungkin aku nampak bodoh , tapi kesah apa aku . lepas ni aku akan bawak botol besar besar punya pergi tusyen dan sekolah !

tu pun kalau aku ingat .

Tuesday, February 23, 2010

aku-tak-minat

ayah aku excited sbb dia dapat pekerja yang handsome (ayah aku bukan gay ) , aku rasa mungkin sbb dalam banyak2 pekerja dia , dia lah satu-satunya pekerja ayah aku yang handsome . ayah aku cakap kat mak aku "ma , handsome gile ma dia tu" . mak aku macam excited jugak . anyway, aku ada bagitahu tak dia akan dtg rumah aku 2kali sehari untk amik laptop and pulangkan laptop ? so , dia dtg rumah aku pagi tu , mak aku intip dia dari tingkap , mak aku terkejut tahap tak masuk akal dan ckp kat aku " nina , handsome doh dia , muda lagi , muka macam budak2, umur batu 19tahun, putih , bibir merah , muka suci , handsome gile lah!"

ouh and aku pun start jadi excited jgaklah kan sbb biasanya kalau mak aku ckp "gile lah!" , maksudnya mmg "gile lah!" . HAHA . so petang tu aku intai2 lah tengok dia , dari jauh aku tak nmpk sngt , plus aku ni bukan pandai usya-usya orang ni , so mak aku suruh aku bukakan pagar untuk dia , nak taknak aku pun cover cun , dgn sopan aku bukakkan pagar untuk dia , aku taknak lah nmpk gedik pulak kan sbb aku bukan nak menggatal pun , setakat ikut kata mak aku je . aku bukak pagar , aku tak sabar nak tengok muka dia ni , tapi aku gabra pulak sbb mak aku cakap dia handsome gila ! so , tanpa aku sedari , aku terlalu tunduk dan gabra sampai aku tak sempat pun nak tengok muka dia .

HA , HA . korang boleh gelakkan aku tapi setiap hari aku boleh bukak kan pagar untuk dia tau. aku akan pandang straight kat mata dia bebeh !

tentang aku jugak

Aku dah mula jadi malas balik . nak mampus . ni kerja sekolah, folio semua belum siap lagi ni. aku mmg suka tangguh kerja . kadang2 aku biar kerja tu berbukit sampai kalah ketinggian gunung kinabalu baru aku buat . (korang perasan tak aku suka cakap benda yang tak masuk akal?) kadang2 aku rasa macam nak menjerit (macam kene histeria) sbb aku tak-dapat control diri aku . aku nak study , aku nak study , aku nak study , tapi tak sampai setengah jam aku tutup buku . aku baring , aku buang masa fikir masa depan . ye , aku mmg suka fikir masa depan . bukan sbb aku tak sabar nak kawen dgn orang kaya okay .

tadi aku fikir, jadual aku mmg penuh jugak . isnin and rabu aku tusyen lepas habis sekolah , selasa atau khamis aku jogging (dlm kata lain lepak) atau aku pergi rumah liyana belajar main gitar , pergi intip budak2 skate yang hot-hot atau makan kat taqwa . sabtu dan ahad aku ada class swimming and kursus bahasa enggeris .(kalau free , aku out) -tapi sekarang aku malas nak keluar sbb tak tahulah kenapa . malam aku mmg akan buka komputer and lepas solat isya' baru aku start bukak buku . kalau aku ngantok , aku mesej ahpeng then tido .

APA MOTIF AKU POST ENTRY NI ?

takde motif .

padan muka korang sbb baca

Sunday, February 14, 2010

first ,


siapa kata aku tak comel pakai tudung ?

oh , aku .

aku-tak-percaya-cinta

terpaksa di-delete kerana terlalu penuh dengan unsur jiwang terlebih sangat sampai berkarat . haha . amirul syahiran bin daud , you are my first and i always remember youuuu for the rest of my life :')

Thursday, February 11, 2010

post yang tentang aku sahaja

kebelakangan ni , aku baru perasan , yang aku banyak post entry yg bukan tentang diri aku (tapi apa yang aku rasa). korang perasan tak ?

bukan ke aku sepatutnya buat blog untuk tulis tentang apa yang aku lalui hari ni macam remaja 15tahun yang lain? aku kene tulis tentang apa yang jadi time aku lepak kat bb , bila aku gaduh dngn bf aku , aku terjatuh kat tangga sekolah , pak cik jual buger mengorat aku. HAHA. mungkin aku patut mula berbuat demikian , mana nak mula ? mybe akuw patot tulis mcm niew dan warnakan blog aku ni jadi warna warni . pink, purple, biru, hijau taik, kelabu mangga, semua . ergh . tak nak lah , pening kepala aku .

OKAY , soo nak tahu tak apa jadi kat saya hari ni ? haaaa , tak payah tahu . malas nak cerita . lagipun biasanya kalau ada benda menarik terjadi je aku tulis . hari ni boring sama mcm hari biasa.

aku pergi sekolah pagi2 , makan roti sekeping , belajar dlm class , eh , korang tahu tak budak yang duduk sebelah aku nama dia hidayah ? korang tak tahu ke ? haih . hidayah ni suka buat kerja cepat-cepat sbb dia mmg tak suka buat kerja sekolah kat rumah , aku pun pelik dgn dia ni , kat sekolah macam rajin tapi tak pernah siapkan homework , (mungkin dia ada adik 7orang kat rumah kene jage kot ) haa , okay sambung , aku pergi rehat , aku makan keropok lekor , aku beli air warna unggu , aku belajar balik . aku balik sekolah , tu je lah .

balik sekolah aku tidur , sbb letih sangat , then petang aku keluar naik moto dgn eyra and fara . dua orang ni kawan-naik-moto aku . mereka ni rambut perang , kulit putih dan kurus . so kalau jalan-jalan naik moto dgn mereka banyaklah lelaki mengorat kan . lagi satu , sikat dorang tertinggal dalam moto aku tadi. korang tahu tak kat malaysia ni , awek cun mana yang paling kerap sikat rambut ?haa , dorang lah . dorang ni tengah2 bawak moto pun cari sikat . 24jam sikat mesti kat tangan . rambut dorang dan lurus dah padahal . berapa kali dorang buat rebonding entah .

okay , tu jelah . aku mmg tak suka merepek bnyk2 . (padahal selama ni aku merepek je banyak) , so tu jelah . oh ya , tadi aku tak dinner , diet :) and and , nanti aku nak ambil kursus bahasa english . nanti aku dah pandai . aku se-pi-king2 lah kat sini okay .

p/s : mama aku skrg dah rajin bukak blog aku dan dia dah suruh aku delete post tentang "nak jadi hot dlm myspace" dgn "akibat seks" tu . sbb tulah dah hilang .

okay chow !

Friday, February 5, 2010

mereka

aku sangat TAK respect dgn orang yang suka cakap belakang . dan aku sngt benci orang yang suka dedahkan keburukan orang lain tanpa tngk batang hidung sendiri . orang melayu suka hot kan cerita . jujur aku cakap , sepanjang aku hidup kat malaysia ni , aku rasa orang melayu lah yang paling tak guna sekali . okay , ni bukan pasal tak puas hati atau kutuk kaum sendiri . tapi aku dapat nmpk . mungkin aku salah , mungkin korang betul . tapi, ini hanyalah kata-kata budak 15tahun yang masih mentah dan rasa semua nye dia yang betul . anyway ,

untuk mereka-mereka yang berkenaan : daripada korang berkumpul , mengumpat dan judge anak orang daripada myspace dan blog dia . stop lah . aku nasihatkan korang tengok anak sendiri dulu . okay , mungkin korang nak cakap yang 'kononnya' korang nak cegah kemungkaran . tapi perlu ke korang nak tunggu bagi satu geng tahu , cerita sana-sini , then baru nak bagitahu ? perkara ni simple je , kalau korang rasa korang perlu bagitau perkara ni , bagitau face to face as soon as possible dan bukannya peram dan tunggu masa sesuai . sbb korang akan buruk kan lagi keadaan sebenar . come on , korang dah tua dan nak mati dah , takkan tak boleh nak fikir ?

look , i know who i am , and my mom also know who i am . i know what i did . and aku tahu aku salah . aku tahu aku memalukan parents aku . mak aku tahu macam mana nak didik aku dan korang perlu jaga anak korang sendiri. skrg ni , korang kene kenal anak korang betulbetul . remaja , mmg cepat buat silap , kalau korang nmpk anak korang dah cukup baik , korang salah. zaman dan berubah dan bukan macam korang duludulu . dari apa yang aku tahu , anak korang sebenarnya lebih teruk dari aku . aku bukan tak puas hati dgn apa yang korang buat , (aku dapat terima . plus , aku siap rasa nak ckp thanks lagi) . but honestly , anak korang belum cukup baik lagi untk korang cakap pasal ank orang lain .

ada yang merokok/shisha , ada yang hilang dara/teruna , ada yang penah jadi lesbian , ada yang penah kene raba dgn rela , ada yang hafal al-quran tapi minum arak , buat maksiat , ada yang benci ibubapa (iaitu korang) , ada yang , haihh , tak sampai hati dah aku nak cakap . plus , ini je yang aku tahu . aku tak boleh nak ckp sbb aku xde bukti . satu hari nanti , bila anak korang jadi sampah masyarakat ,dan tak guna . aku harap korang sedar . face it- mak cik2 dan pak cik2 , anak korang hipokrit . korang belum kenal lagi siapa dorang sebenarnya .

so , didik lah dorang . dan fahami dorang .

sangat tak matang

apa yang aku lalui , mungkin lain dari apa yang kau lalui . atau mungkin jugak apa yang aku lalui sekarang adalah perkara yang kau tengah atau pernah lalui . basicly , aku just remaja 15tahun yang baru nak belajar macam mana nak buat kesilapan dan macam mana nak belajar dari kesilapan tu . time mcm ni , parents bukan keutamaan , kita akan lebih dengar dan rasa kawan kita lagi betul. actually , aku just nak have fun , aku tak peduli dan aku pentingkan diri sendiri . start sekolah menengah, aku menjalani hidup aku dengan satu prinsip "this is my life , sukahati aku lah nak buat apa dan ikut siapa" . tapi slogan tu dah buat aku sedar dgn banyak perkara . sngt banyak .

what is life ? aku sendiri pun tak tahu . tapi yang aku tahu , terlalu banyak benda yang aku belajar dari hidup ni . kawan bukan lah sesuatu yang boleh kekal . manusia ? manusia ni adalah makhluk yang mempunyai bnyk hasad dengki , manusia mudah lupa dan sngt sngt pentingkan diri sebenarnya . cara aku ckp , bunyi dia macam sngt mendalam , tapi sebenarnya tak . well , aku dah malas nak bagi pendapat aku . sbb aku naive dan tak pandai nak fikir , aku tak pernah serik dan aku mudah terpedaya , kadang2 aku rasa tak layak nak digelar 'manusia' pun . straight to the point , aku memang bodoh .

here is my problem , aku tak boleh nak ckp bnyk, tapi apa yang bolah aku ckp, parents . aku dah taknak malukan dorang , frankly , dorang lah everything bagi aku . fikir je lah , kalau dorang xde , kat mana aku kat dunia ni skrg . sbb dorang lah , at least aku tahu kenapa aku hidup , sbb dorang lah aku dapat belajar eveything . sbb dorang lah aku masih lagi bertahan . sbb dorang lah , aku ada lagi tekad untuk jadi manusia yang berguna . but like i said , aku just remaja 15tahun yg baru nak belajar membuat kesilapan . dan sbb tulah , aku dah hancurkan hati dorang , satu-persatu . even aku syg macam mana pun kat dorang , aku tetap dgn hati dan kedegilan aku . aku kejam dan aku tahu tapi aku tak boleh nak berubah . mungkin sbb aku mmg macam ni .

manusia boleh berubah , tapi individu tu sendiri yang kene ubah diri dia sendiri . same teori , aku boleh berubah tapi hanya aku yang boleh ubah diri aku sendiri . bukan sbb orang lain . aku ada otak dan aku tahu macam mana nak hidup dan tentukan hidup aku . tapi aku dapat belajar something tadi , aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri . aku tak boleh nak buat apa yang aku suka sesuka-hati sbb apa yang aku buat akan memberi impak kepada hidup org lain . dan apa yang aku buat akan tentukan masa depan aku kat "akhirat" nanti .